Baru-baru ni saya beli dua jenis glue stick di MR.DIY. Satu berwarna jernih, manakala satu lagi nampak sedikit pekat dengan warna putih susu.
Nampak macam sama saja, kan? Tapi bila dah guna untuk kerja saya, saya perasan ada sedikit perbezaan dari segi penggunaan.
1. Glue Stick Jernih
Glue stick yang jernih lebih mudah mencair apabila dipanaskan menggunakan glue gun. Tak perlu tunggu lama untuk gam mula keluar.
Cuma, kena berhati-hati semasa menekan glue gun. Kalau terlebih tekan, gam boleh keluar terlalu banyak. Untuk kerja yang memerlukan penggunaan gam dalam kuantiti kecil, memang kena kawal tekanan tangan.
2. Glue Stick Warna Putih Susu
Berbanding jenis jernih, glue stick yang berwarna putih susu ini mengambil masa sedikit lama untuk mencair.
Tapi bagi saya, ada kelebihannya. Saya selalu menggunakan glue gun untuk melekatkan bahagian kecil seperti huruf foam, jadi saya lebih suka jenis ini kerana lebih mudah mengawal jumlah gam yang keluar.
Kalau terlebih gam, kerja boleh jadi kurang kemas, terutama apabila melekatkan huruf yang kecil-kecil.
3. Adakah Kekuatan Gam Berbeza?
Berdasarkan pengalaman saya menggunakan kedua-duanya, saya rasa tiada perbezaan ketara dari segi kekuatan gam.
Namun, ini bukan ujian perbandingan secara khusus. Saya hanya berkongsi pemerhatian berdasarkan penggunaan sendiri untuk kerja kraftangan.
Kesimpulan: Saya Lebih Suka Glue Stick yang Mana?
Untuk kerja Chummy Craft, terutamanya melekatkan huruf foam yang kecil, saya lebih suka glue stick berwarna putih susu kerana lebih mudah mengawal penggunaan gam.
Tapi kalau nak gam cepat mencair dan terus digunakan, jenis jernih juga ada kelebihannya.
Nota:
Perkongsian ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Pengalaman crafter lain mungkin berbeza, bergantung pada jenis glue stick, glue gun dan cara penggunaan masing-masing.
Kalau korang pernah guna kedua-dua jenis glue stick ini, mana satu yang korang lebih suka?

No comments:
Post a Comment