Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Mar 30, 2012

Purse

purse

coin purse

AsSlm & slmt ptg..
kak sue x sure dah upload ke belum gambar ni... ni saje test je..
coin purse tu  laaamaaa sudah potong kainnya.. tapi baru2 ni je kak sue siapkan jahitan. 
Malas punya citer..tampal je red monkey tu.. x decorate pun.. 
actually nak tgk hasilnya je, menjadi ke tidak purse nya.

Purse yg panjang tu pun try2 juga.. sorilah kak sue punya bahasa rojak ni dah teruk sgt ni..
better stop dulu ye..

Wassalam.

Mar 27, 2012

Tip craft - tulisan benang

Asslm & slmt sejahtera..

hihi..apa punya tajuk tu, actually kak sue tak tau nak sebut apa. Biasa kan antara kita ada yang jahit sendiri tulisan menggunakan benang. Boleh tgk gambar dibawah..


kak sue tulis nama ALIFF pada bahagian belakang keychain.
Apa yang kak sue nak kongsikan ialah.. supaya tulisan benang lebih kemas dah tak mudah terungkai. Ambil sedikit perca kain felt dan tampalkan pada bahagian dalamnya. lihat gambar atas & kiri (bwh).

Macam tu saje kawan2.. perkara kecil mcm ni kalau kita ambil kira, hasil kraf kita akan jadi lebih kemas & cantik. Biarlah cerewet sikit asalkan pelanggan berpuashati.

Wassalam.

Mar 21, 2012

Pillow

Assalammualaikum ..

Nak tengok bantal pertama yang kak sue buat?
Orang lain buat bantal, kak sue pun nak try jugak..tapi tak tahulah jadi cantik ke tidak. U all komen ye.

Bantal ni kak sue buat guna poly felt je. Keras lah sikit.. nak peluk2 tu tak leh la..buat display ok. Actually , ni utk adik kak sue (adik suami) yg bertunang last week. Kak sue buat warna dark purple, tapi dlm gambar nampak cam warna biru.

Saiznya - 1/16m - sama saiz ngan felt yg kak sue jual. malas nak potong2 lain dah..amik je yg tu :)

jom tengok..
macamana? okay tak..

Mar 20, 2012

Fridge Magnet Baru..

Assalammualaikum.. & afternoon ,

Last week kak sue sibuk sangat buat fridge magnet.. bukan ada sape tempah pun. Sebenarnya sebab fridge kak sue nampak kosong je. Fridge magnet kat peti tu tak pernah lekat.. ada je peminat. Tak pe, amik je, nanti buat lain hihihi.

So jom tengok fridge magnet yg kak sue buat..ubah & upgrade sikit..


Gambar atas tu, saiz besar , x sure maybe 7-10cm cam tu. Ada fiber..magnetnya kak sue letak pada bentuk felt ygn kecil tu. Pada bentuk yg besar tu tak letak magnet. biar je dia tergantung-gantung cam tu. Boleh la goyang2kan dia huhu.

Gambar disebelah bawah, sekeping je..kak sue  tak letak fiber. Ni edisi malas-malas. Jahit sikit2 & gam aje. Tapi kak sue suka..nak  buat byk2 lagi ni. Yang ni senang & cepat je nak buat & cantik juga kan. Bolehla buat utk wedding gift .. kalau nak oder gtau kak sue. Harga boleh runding. :)

So.. stop dulu ye.. jumpa lagi next entry :)
Wassalam.

Mar 15, 2012

PRE ORDER - Google Eyes

As Salam crafters ..
Apa khabar? May be ramai yang bercuti sekarang ni..cuti2 sekolah elok juga jalan2 ngan family kan.
Tak kurang juga yang sibuk dengan kenduri kendara. Kak Sue tak kemana pun cuti ni, cuaca di Pekan pun kurang baik..asyik hujan je. Kak Sue pun kurang sihat hari ni, sememangnya sangat alah dengan cuaca yg hujan2 cam ni..mudah sgt kena selsema.

Kak Sue ada offer menarik nak share..


Kali ni pre oder utk google eyes. Ada 10 saiz dalam pek ni. Dari sekecik2 hingga sebeso beso. hihi..sehingga 20mm @ 2cm.  Ada oval eyes juga tau. Kak Sue suka sgt oval eyes. Ada 3 saiz utk oval eyes ni.

Setiap saiz ada 100pcs , ada 10 saiz, so you all akan dpt 1000 pcs dalam pack ni. Harga pulak? Hanya RM50.00 sahaja. Tak termasuk postage. Kalau nak guna pos laju tambah RM6.00.. tapi kalau you all nak guna POS daftar..kak sue bagi FREE postage.

Tak cukup? nak lagi .. okay kalau beli 2 pack ..kak sue bagi FREE postage guna POS LAJU.
Kalau nak beli lebih dari 3 pack? email kak sue ye.. chummycraft@gmail.com

Kak sue akan tutup oder bila dah cukup 10 pack. :)

Wassalam

Mar 13, 2012

Pencil Case 3D lagi..

Assalammualaikum & very good morning..
Waktu kak sue menulis ni baru pukul 6 pagi.
 Mungkin ini adalah post paling awal bagi blog chummy craft . Tak de apa yang berbeza.. cuma terasa nak menulis aje.

So ape yang kak sue nak share pagi2 ni..? Pencil case lagi .:). Pencil case 3D ni dah mula mendapat hati di kalangan customer kak sue, warna fav. pulak hitam & merah. Kali ni nak tema pasukan bola MU. alahai..mana la mak cik tau pasal bola2 ni.

Customer request nak logonya sekali..memang tak susah nak cari..berlambak bila di Google. Setelah sedikit kesusahan (mungkin sebab 1st try) ini lah hasilnya.. harap kalau ada yang sudi komen .. jom tengok pic nya

Mar 12, 2012

Biz Tips - Rancang kewangan :P

As Salam & Good morning.. 
Hari ni tak nak citer pasal kraf.. citer pasal duit hihi..
kak sue terjumpa gambar ni kat facebook.. tapi sori sgt2..dah terlupa siapa punya album..so tak dapat nak kongsi linknya. Tapi you all boleh tgk kat sini juga - klik

So gambar tu tentang pengurusan kewangan kita. Rasa macam bagus je jadi elok kalau kita share & apply kan method ni.. agak2 boleh tak ye? U all try dulu..nt gtau kak sue hihi..


Mar 5, 2012

Pencil Case Simple


Ni pencil case express saje2 nak test. 1st time buat juga ni. Kalau bende2 cam ni..1st yang merembat anak kecik kak sue tu lah. Semua dia nak. 

Kak sue guna magnetic button dan juga tambah satu poket di bahagian belakang. Alhamdulillah..kak sue puashati dengan hasil ini. Terima kasih ALLAH atas anugerah ini.

Sharing this with you
"Zikir yang amat utama ialah : Laa Illaaha Illallah. Dan doa yang mulia ialah : Alhamdulillah." - Sabda Nabi s.a.w

Blog Review - Yati Jamil

As Salam & Selamat Tengahari..

Ikut Kak Sue blogwalking yok..last blog to review ialah blog cik puan Yati.. :)

Okay..owner blog ni ialah Haryati Jamil dari Alor Star Kedah. Org utara ni..ada masa kak sue balik umah in laws bole la kita jumpa ye yati.. Macam2 item u all boleh tempah. Barut baby pun boleh kan yati? antaran lainnya yang u all boleh tempah ialah - set sarung tilam baby * tote bag * pencil case * box pouch * tissue pouch * keychain * pillow flanel. Yang biasa2 crafters buat cam keychain, hp charm dll tu pun ada juga.

Kak Sue sempat copy beberapa gambar dari blog yati..

Kalau tak puas tengok ... jom singgah blognya di sini - Blog Haryati Jamil
Facebooknya - MAMAHANDMADE