Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Dec 23, 2011

Pencil Topper

Pencil Topper 
Assalammualaikum , Good Friday Morning.
TQ Allah ..

Wah..cantik tak Pencil Topper Kak Sue? Macam sambung menyambung je post akak ni yek, semalam dan kelmarin bercerita tentang pencil case.. hari ni lak Pencil Topper.
Ini sebenarnya adalah sebahagian dari item yang Kak Sue nak derma bagi projek amal Geng Felt Crafter di FB. Hope diaorang suka nanti.

Wassalam.

Dec 22, 2011

Pencil Case


Tada...sambungan dari post yang lepas, semalam siap juga pencil case ni. Bukan satu..tapi 2pcs. Mula2, adik je yang nak, tapi x leh tahan, kakak pun mintak satu.

Bertemakan angry bird, keychain pun mau angrybird juga. Yang hitam kuning tu kakak yg punya, yg hitam merah, adik punya..lebih lebar , kakak punya lebih tinggi. Ukuran tak sama sebab ikut ukuran kain. Patern lak, main hentam je. Kalau ada lak yang oder pas ni..owh..

Dec 21, 2011

New Project

As Salam & Morning all..
New project eh..apa ni?  hihi..konon2 nak buat pencil case.
Lama sangat dah anak K.Sue mintak buatkan, "sebab sesi sekolah baru ni, x pe lah..ibu buatkan juga".

Sebenarnya tak tau boleh buat ke tidak, tu yg pending lama. Patern pun main potong2 je. Nanti kalau dah siap, Kak Sue uploadkan  gambarnya.

Dec 19, 2011

Scale Baru

Aset tetap..  hahaha..scale baru mengantikan yang tak berapa baru. (tak leh kata yang lama, sebab scale yg satu lagi tu pun baru beli gak) , sebabnya yang satu lagi tu guna jarum, Was-was je rasa. So yang ni digital punya. Boleh timbang sampai 7kg. Lepasla kalau setakat nak pack 100g fiber tu.

Okay, K.Sue dah tak risau lagi..fiber u all akan ditimbang menggunakan penimbang baru ni. Meh beli ramai2.

Dec 14, 2011

Supplies : TALI


As Salam & Hi crafters..
New item in the house.. tali halus. Biasa tengok tak tali ni. Crafters selalu buat untuk sangkut keychain ataupun hp straps. Boleh juga jadikan sebagai tali keychain seperti gambar kanan. Ada 5 warna , purple, pink, kuning, biru & merah.

Harga : RM2.00 satu pack - 6m - mix colour.

Untuk yang baru nak try buat felt craft , boleh try BEGINNER PACK ni

Dec 13, 2011

Beginner Pack A

BEGINNER PACK A
Klik gambar untuk lebih jelas
Assalammualaikum, Good morning sume.
Tadaaa.. akhirnya siap juga pek beginner chummy craft ni. Sebab ramai yang tanya so K.Sue buat khas untuk yang baru-baru nak belajar. Pack ni memang sangat lengkap untuk beginner. Selain raw material, ada tutorial juga. Tutorial yang K.Sue buat sendiri..dalam bahasa melayu serta gambar-gambar yang jelas. For sure boleh ikut :). Dalam gambar kat atas tu, K.Sue terlupa nak masukkan hair clip huhu. Ada sepasang klip rambut silver. Yang lain2 , seperti dalam gambar. 

Harga, terlupa pulak , RM50.00 termasuk postage. Value for your money kan. So cepat oder sebab stok terhad aje :)

*****sold out..tunggu k.sue restok ye ***

Dec 9, 2011

Perkongsian Ilmu : Cara menjahit riben untuk keychain

Assalammualaikum.
Alhamdulillah , Kak Sue nak kongsi satu lagi ilmu kraf. Maybe dah ramai yang tahu tapi untuk beginners mungkin membantu. Dulu-dulu K.Sue tak tau nak jahit cam ne, buat beberapa kali tapi x cantik so jalan mudahnya, tak mahu  guna riben. Tapi selepas tu, berjaya juga fikirkan cara jahit jadi cantik hihi..


Biasanya sampai kat sini, ramai yg buat jahitan jelujur kan. Tapi yang ni mula2  K.Sue gam dulu  bahagian belakang riben pada felt  yg bawah, bahagian atas riben jgn gam. aih..faham ke tak ni?


 Kemudian, lipat riben kebelakang seperti dalam gambar , seterusnya jahit seperti biasa. Jahitkan sedikit riben tu ye.


Ini hasilnya..senang je kan. Suka tak ? Semoga memberi manfaat.
Like & share ..tq

Wassalam

Dec 8, 2011

Fiber restock ..


AsSalam crafters.. 
Yang menunggu-nunggu stok fiber, k.sue da restok fiber. so boleh la oder. 
Ada barang baru.. Hp straps colour2. 1 pek ada 12pcs, mix colour ye. RM3.00 satu pek.

nak tengok barang lain kat sini .. http://chummycraft.blogspot.com/search/label/supplies

Nov 29, 2011

TQ ..

AsSalam sume.
Keychain love & name keychain ni oder dari kwn anak K.Sue. 
mcm biasa2 je ni hihi






Promo : PRE ORDER - SUPER SAVING .. DON'T MISS IT 

Nov 25, 2011

TQ Atie

As Salam.. alhamdulillah..
semalam kak sue siap n pos satu bulk order. Kali ni oder dari Atie, Selangor. Katanya untuk kawan2. Saja2 nak bagi . Design , Atie yang bagi. Kak Sue just buat je..x tau la sama ke tidak hihi.

Ada 35pcs penguin yang cute miut.. kat belakang siap tulis lagi.. jahit la sume words tu. Memula igt nak guna fabric paint..sure comot, maklumla amatur. Terfikir gak nak print atas cotton..tapi malas la pulak nak gunting2 cotton.. jahit aje lah sis.
So, jom kita tengok hasilnya ..



Nov 23, 2011

Felt A4


Jenis : Polyster Felt
Saiz : A4, ketebalan ><0.5-1mm
Kuantiti : 11pcs dlm 1 pek
Warna : seperti dalam gambar
Harga : RM15.00 exclude postage

Kain felt ni jenis polyster , tak terlalu lembut dan x keras juga. 
K.Sue guna kain ni utk buat keychain dll.

Nov 21, 2011

Wedding My Cousin - 20-11-2011

AsSalam..meh tengok gambar orang kawen lak..asik tgk gambar keychain je kan..hihihi.

Ni cousin kak sue yang kenduri semalam. 

Shima (sepupu k.sue ngan mak dia. mak dia tu adik bongsu mak k.sue :)

Masa pengantin lelaki sampai..

Cepat2 amik seat sume..pengantin nak makan ni..

Nov 18, 2011

TQ MIra

As Salam..
Alhamdulillah..masih bernafas & boleh meneruskan bicara maya. Apa projek crafters hari ni.. K.Sue berehat buat seketika..tiada oder yang besar-besar buat masa ni. Penat sungguh rasanya namun terima kasih pada yang sudi menempah dari K.Sue, terima kasih juga Ya Allah atas rezeki Mu.

So .. nak tunjuk ni.. a few handphone charms dan juga pendrive case. Adik K.Sue, Mira yang dok UMK tu nak bwk balik sana. Hari tu kami sama2 buat waktu balik hari raya haji. Jom tengok...


Nov 16, 2011

Tq Akma


As Salam all. Ri ni k.sue upload gambar oder dari kwn masa belajar kat ITM dulu. Oder utk budak2 tadika. Name keychain ni tak de fiber, sekeping je. K.Sue guna polyster felt yang keras. Tak banyak ni, ada 19pcs je.

Nov 15, 2011

Supplies : Gunting Melengkung

Gunting sulam, kecil.
Saiz : ><10cm
RM5.00/pc
9pcs in stock.
As Salam.. New item dlm label supplies. Ni gunting bengkok saiz lebih kurang 10cm. Gunting ni sangat2 membantu untuk buat curve dan juga bila nak gunting bende2 kecil macam huruf dan lain2. K.Su ada satu lg yg besar sikit dari yang ni..tapi cuma 1pc je. Kalau ada sape nak..email K.Sue ye.

Nov 14, 2011

TQ Hanis

As Salam.. slmt tengahari..
Meh kita tengok order dari Hanis. 200pcs keychain semuanya. Order ni dah lama..cuma gambar je baru nak upload. Hanis kata ' suke, suke, suke..comel & jahitan pun kemas '. Alhamdulillah..

Monkey, Donut, Frog N Ladybird

Domo, lion, angrybird etc

Cupcake tu mostly guna fabric paint..sng you.
nampak tak munge2 (bwh mushroom)

 ..cutekan, cedok idea wadil fatma craft

New Design : Cute Biri2 & froggy - design by my sis,
 burung tu ..thanks to Ain Mohamed 
Evergreen... :)

Wassalam..

Nov 3, 2011

Order Geng Budak Sek


Assalammualaikum.. Gambar tu oder dari kawan2 Niesa.. Kalau oder kawan2 dia ni tak payah fikir nak buat cam ne. Sume diaorang dah tulis. Warna, button, benang nak kaler ape pun diaorg tulis gak. So ikutkan je lah..

Oder ni lama gak pendingnya. Que list panjang ye adik2..sori byk2 :(.

Nov 1, 2011

SUPPLIES

Hp Straps + lobster - mix colour
RM3.00 - 12pcs

Keychain Ring
RM3.50 - 12pcs

Ball Chain
RM2.50 - 12pcs

Hp Straps + lobster (black)
RM3.00 - 15pcs

Oct 29, 2011

Car Charm

CAR CHARM

As Salam all. Entry petang Sabtu. 2nd time k.sue buat car charm. Order ni pending lama sangat. Rasa cam malas nak buat, nak cari design dll. Tapi bila da buat..x sampai 1/2 hari pun dah siap. Actually ni member K.sue punya..(that's why la peram lama2). Rasa cantik lak bila da siap cam ni. Saiz ni lbh kurang 12-15cm. Anggaran sebesar tapak tangan pompuan la gitu.

Kalau ada yang minat nak order, email ye. chummycraft@gmail.com

Oct 21, 2011

Bulk Order - Mira

AsSalam & Good Morning.. Apa Khabar? Semoga sihat selalu & terus kreatif hihi.
Alhamdulillah..satu lagi bulk order yang K.Sue siapkan minggu lepas. Bukan orang lain..adik hubby K.Sue yg study kat UMK.

 Mira oder keychain & handphone. Yang syoknyer..barang2 tu semua sampai kat dia hari Isnin.. Keesokkannya..dia sms, 'kak, nak tambah order..keychain tinggal 3,4 biji je lagi" terkejut K.Sue..
Jom kita tengok order Mira .


Oct 17, 2011

Bulk Order - Tq Zulie

As Salam.. selamat tengahari..
Last week K.Sue dah siapkan satu bulk order utk kawan K.Sue. 300pcs love keychain nak buat wedding gift adik dia. K.Sue buat cantek2 utk dia.. so meh layan gambarnye. (actually x semua design sempat snap..sorry ye)




Okay ..time utk lunch. See You Around.
Wassalam.

Oct 14, 2011

Sengal tak ?

Assalammualaikum ..happy Friday morning. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya,

Apa nak cerita hari ni??  Hari-hari mengadap barang kraf..jari2 sume dah nak kematu.. Crafting is partime..yg fulltime itu ialah suri rumah tangga @ pengurus rumah tangga, hihi manager..

Sebelum ni pernah kerja? Actually byk..last before pindah ke Pekan ni, K.Sue pernah kerja kat Bukit Bendera Resort. Banyak2 tempat kerja..kat sini paling best. 
BUKIT BENDERA RESORT, MENTAKAB PAHANG
K.Sue kerja bahagian Sales & Marketing..clerk je. (sekolah x pandai). Handle sume kerja berkaitan dengan sales..keluar juga untuk buat marketing. Department K.Sue mula2 ada 3 org..pastu tinggal K.Sue ngan head department je. Bayangkan sibuknya kerja K.Sue. Layan walk in guest (utk wat fucntion, meeting dll), clerical job lg huhuhu.. 

K.Sue teringat satu citer lucu & sengal..
Pada satu hari yang sibuk, maybe lebih sibuk dari hari biasa..Kak Sue ambik satu call..lebih kurang cam ni..

K.Sue : Sales marketing, good morning.
Caller : May I have your head department names's, please (K.Sue dah lupa dia mintak nama tu untuk apa)
K.Sue : Gan Wee Kuan
Caller : Sorry..
K.Sue : Gan..Wee..Kuan
Caller : How to spell,  GUN ? 
K.Sue : (Dlm hati geram..cam ne la dia boleh terfikir nama org GUN) .. No , Not U, A..GAN.

Caller : Ok..Gan what?
K.Sue : Gan Wee (after a few sorries..dpt lah eja Wee) 
So dia dah dapat - Gan Wee
Sambil2 tu K.Sue menjeling kerja2 yang banyak tu.. 
Caller : How tu spell Kuan? 
K.Sue : K
Caller : Sorry..(line x clear)
K.Sue : K ..for Kuda (hampeh..tadi speaking kan main..keluar kuda)
Caller : Oh.. K, ok then
K.Sue : U
Caller : Ok
K. Sue : D
Tanpa tunggu respon dia K.Sue terus sebut huruf seterusnya A
then K.Sue terdengar mcm dia sebut eh.. dan dia ketawa kecil..kalau ikut ejaan yang K.Sue bagi ..inilah hasilnya..

Then..baru K.Sue perasan .. tapi sebab malu , terus je cakap...
" okay, that's all ya? Tq, bye"

Hahaha..ingat ini sampai mati..apa ke sengal..

Oct 13, 2011

Blog Review - Haajaa Craft

As Salam.. Seronok kan blog walking. Boleh tengok macam-macam..apalagi crafters macam kita ni memang seronok mengintai hasil handmade orang lain. Bukan niat nak meniru kan, mencari ilham kata orang, mudah-mudahan tercetus idea baru..

Kali ni dalam blog review, K.Sue bawak u all ke 'HAAJAA CRAFT'. Ownernya Haanie.  Blog ni sangat-sangat fresh.. Meh tengok
Blog : haajaacraft.blogspot.com
FB : Haajaa Craft
K.Sue suka tengok brooch yang dibuat dari kain felt tu. Cantik.. rasa cam nak cuba buat..tapi ntah bila la. Ni gambar brooch & hair clip yang K.Sue copy dari FB Haaja Craft.

Brooch Felt

Hair Clips