![]() |
| Gambar Ai |
Setiap tahun, bulan Oktober memang antara bulan yang sibuk untuk Chummy Craft.
Biasanya ramai dah mula mencari goodies untuk hujung tahun, terutamanya mak-mak dan cikgu. Ada yang nak buat hadiah untuk murid, ada yang nak goodies untuk majlis sekolah dan macam-macam lagi.
Seperti biasa, tahun ni pun keychain nama antara yang menjadi pilihan.
Baru aje restok, dah habis! Bila tambah stok untuk orang lain, orang lain pula yang beli. Sudahnya, habis lagi. 😂
**Kenapa tak restok banyak-banyak?**
Sebabnya keychain ni barang handmade. Saya buat sendiri, jadi kemampuan pengeluaran sehari tu tak sama macam kilang yang boleh hasilkan beratus-ratus unit dalam masa singkat.
Setiap keychain perlu melalui proses memotong huruf, menyusun nama dan memasang satu demi satu. Nak cepat boleh, tapi kualiti tetap kena jaga.
Walaupun harga masih mesra poket, saya tetap nak pastikan setiap keychain yang sampai kepada customer dibuat dengan kemas dan elok.
Begitulah cabaran kecil berniaga handmade. Nak memenuhi permintaan customer, dalam masa yang sama kena tahu kemampuan sendiri.
**Terima kasih kepada semua yang terus menyokong Chummy Craft.** Kalau stok habis, bukan sengaja nak bagi customer tertunggu-tunggu ya. Tukang buatnya seorang saja! 🤣
![]() |
| Jemput singgah sini .. https://my.shp.ee/1ZScDmpf |


No comments:
Post a Comment