Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Mar 2, 2016

Koleksi Tutorial Felt ~ Chummy Craft

hi .. As Salam..
Kalau u all nak tahu.. K.Sue ada tulis beberapa tips & tutorial dalam blog ni. 
Tak banyak ..tapi K.Sue rasa berguna untuk newbie. 
Untuk 'orang lama' sekiranya bermanfaat, sila la. 

K.Sue kumpul tutorialnya tu di SINI.. klik sini ok :D 

Semoga memberi manfaat.
TQ

Jan 5, 2012

New Blog

Assalammualaikum crafters & readers..
owh..lama juga Kak Sue tak update blog ye. Agak sibuk lately. Ini entry pertama 2012 ni kan. Tak tau apa nak citer sebenarnya tapi akak hope u all suka background baru ni, akak dah tukar warnanya ..dulu merah2, sekarang dah hijau2 hihihi. Backgroun je la tukar, yang lain masih sama.

Well, tajuk 'new blog' kan, sebenarnya kak sue dah create satu blog untuk barang2 supplies dan juga ready made. Blog yg simple & senang nak browse. Kak Sue cuba buat sebaik mungkin untuk memudahkan u all nak shopping. Harap2 u all suka. kalau ada pape cadangan, bgtau akak ye.

Skrg meh tengok sikit..tp belum publish tau..ada sikit lagi nak buat.. :)
Ha..suka tak? kalau suka 'like' la :)

Dec 19, 2011

Scale Baru

Aset tetap..  hahaha..scale baru mengantikan yang tak berapa baru. (tak leh kata yang lama, sebab scale yg satu lagi tu pun baru beli gak) , sebabnya yang satu lagi tu guna jarum, Was-was je rasa. So yang ni digital punya. Boleh timbang sampai 7kg. Lepasla kalau setakat nak pack 100g fiber tu.

Okay, K.Sue dah tak risau lagi..fiber u all akan ditimbang menggunakan penimbang baru ni. Meh beli ramai2.

Aug 14, 2011

Join Us

Assalammualaikum...
agak lama x update blog kan..

K.sue nak tunjuk a few pics..tapi sayangnye dah terdelete dr hp..bende pun dah x de klau nak amik gambar semula huhu..Gambar ape? actually, cebisan2 felt yg K.sue simpan..x penah buang start dari mula2 wat felt.. banyak gak tau, leh buat bantal..(da buat pun). X pe la, biar aje ah..

Baru-baru ni, K.Sue create group kat Facebook....Geng Felt Crafters, kalau sudi, join lah. Kita berkumpul kat sana, sembang2, kongsi2 idea..support each other nyer  business. U all boleh tinggalkan link blog, ada list utk crafters n suppliers juga. Boleh create pic album n masukkan gambar craft u all. Sama2 kita leh tengok n comment. So far K.Sue puas hati, sebab all the members very sporting. Bisnes, bisnes juga..tp support cukup baik :) So , yang belum ..jom join us :).



Mar 18, 2011

my stiker - Tq kucin purple

sukenye..semalam sampai ni. tak sabo nak guna :) thanks to kucin purple. sesape nak oder, gi lah kat blog dia. mcm2 dia buat.

Dec 28, 2010

FEVER...

 Hari ke 4 demam..alahai dah lama sungguh x demam, rasa semacam je. Nasib baik hubby & anak sgt membantu. Hari ni dah okay la sikit , boleh post entry lagi.. tapi x leh lama..dah rasa pening ni.. c.u

Demam
Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.
Penyebab Demam
  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah
Rawatan
Rawatan dirumah :
  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
  • Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan

Pencegahan
  • Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Ambil diet yang seimbang dan sihat.
Soalan Lazim
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
  • Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
  • Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
  • Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
  • Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
  • Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
  • Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.
Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?
  • Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
  • Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.
artikel dari sini - http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Demam.php