Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Jun 28, 2013

Salam Jumaat - 28 Jun 2013


Gambar dari sini
Assalam readers,
Friday again kan..So post hari Jumaat yang barakah ni sesuai untuk ladies yg ABC . Uhh ...apa tu ? it's shortform dari ~ Allah Bagi Cuti , aa yg period la tu ..

So kalau ABC ada perkara2 yang tak perlu buat kan?..tak perlu solat, tak perlu baca quran.. kan CUTI.. tapi bukan maksudnya kita boleh tengok TV 24 jam.. .jadi apa amalan kita ketika haid supaya kita tak kerugian nak2 pulak kalau bulan Ramadhan dimana umat Islam berlumba-lumba mengutip pahala Allah.

Hasil blogwalking tadi.. kak sue kongsikan bersama u all. semoga memberi manfaat.

1) Perbanyakkan Zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi - Nabi, Rasul - Rasul, keluarga serta sahabat - sahabat sekalian.

2) Mendengar Ceramah dan Mendengar bacaan Al - Quran.

3) Mengamalkan sifat - sifat yang terpuji, seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakal, redha, mengingati mati dan lain - lain lagi sifat terpuji.

4) Bersedekah dan tolong menolong antara sesama keluarga, sahabat - handai serta mukmin mukminah sekalian.

5) Membaca tafsir Al - Quran dan hadith - hadith yang sahih.

6) Menjaga batas seharian; menjaga pandangan dan pendengaran serta zina.

7) Menyebarkan artikel - artikel yang berguna kepada orang - orang islam bagi memberi peringatan kepada kita sendiri dan orang lain.

8) Menghindari diri daripada sifat dusta, mencela perkataan orang, memuji diri dan melaknat, pemarah, dengki, bakhil, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, membesarkan diri, merasai diri lebih sempurna, menunjuk-nunjukkan amalan dan lain - lain sifat yang di murkai Allah.

9) Senyum dan berkata - kata manis dengan orang sekeliling.

10) Membersihkan rumah dan halaman rumah sambil berzikir. Dan lain - lain lagi..

Lanjut ..boleh la ke blog asalnya .. SINI
Wassalam , C.U


Jun 27, 2013

Pre Order - New Item Added

Assalam & hi dear readers..
Malam2 ni ..just nak buat announcement ...


So ini bermakna.. pre order dibuka ..yay..
Peluang utk dapatkan harga yang murah.. murah..murah ... kualiti yg sama aje dgn ready stok kak sue kat blog supplies tu. Kenapa murah..? sebab u all kena bayar dulu..kemudian tunggu ..2,3 minggu. Paling lama pun sebulan .. tak pernah lebih dari tu.. tapi.. cuba tanya.. ada kalanya 10 hari je barang2 dah sampai sini. Kenapa lama? Sebab order dari luar.. dari China :) . Jauh kan.. kalau nak guna express shipping , berganda2 postage kena tambah.. masa pulak..tak lah express mana pun. huhu.. so disebabkan kesabaran u all menunggu..maka u all berhak dapat harga istimewa ni :)

Well.. yg dah selalu ikut pre order .. kali ni kak sue ada tambah barang baru ni.. aaa... jom tengok ..sambil u all layan pic tu.. kak sue nak mintak diri.. mengantuk dah ni... wassalam.. eh.. nah !! gambar2 item BARU :)
Untuk details PRE ORDER .. klik SINI







Jun 26, 2013

Craft For Charity

Assalam readers & crafters..
Well.. acara tahunan GFC ~ Geng Felt Crafters :)
Kak sue copy paste je la ye..

AS SALAM & Hai.. warga GFC...
Projek amal kembali. Projek ni lebh krg sambungan projek lepas.. disebabkan dulu item yg di derma tak sama..maka ada anak2 yg kecil hati sbb x dpt apa yg dihajati. So kita setel dulu dgn anak2 rumah anak yatim yg sama.. kemudian kita beralih ke rumah anak yatim yang lain.

KATEGORI ITEM utk didermakan.
1. Pencil case simple - tak perlu zip..buat yg mudah2 supaya semua org boleh buat.
2. Brooch - bebas.. kalau bole buat 1 set ( 1 kecik, 1 beso)
3. Alat Tulis - basic yg perlu ada dlm pencil case .. pencil, pen, eraser, ruler 

TARGET : 100pcs terkumpul utk setiap kategori 

DUE DATE : 31 AUG 2013

Bagi sesiapa yg nak join...BILA DAH SIAP & SEDIA UTK POS ..
1. pm kak sue list item yang u all derma
2. kak sue akan bagi alamat ke mana u all kena pos

Ada pape persoalan .. pm kak sue ye..hope sgt projek ni berjalan lancar & lebih baik dari yang lalu. Semoga dengan usaha yang kecil ni, rezeki kita akan bertambah & lebih berkat.. wassalam.

------------***------------
Link yg berkaitan : 
FB Group - GFC
Gambar item yg telah disumbangkan - ALBUM 1
Gambar penyerahan sumbangan - ALBUM 2
-------------***-------------
pape nak tanya kalau boleh jgn komen di sini..takut tak perasan so pm kak sue di FB, email, sms .. 

Jun 21, 2013

Salam Jumaat

Assalam .. morning readers..
Alhamdulillah.. masih bernafas dibumi Allah.. bertemu kembali dengan penghulu hari .. Hari Jumaat yang penuh barakah ;)

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

  • Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.
  • Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.
  • Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.
  • Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
  • Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Asar.
Nak details bole ke SINI

So ..apa projek terbaru u all.. skarg kak sue tengah siapkan pencil case & beberapa pcs keychain..
Lama sangat2 tak buat design ni. Bear tu pulak, tiba2 jadi kiut atau kak sue yg perasan eh.. 


Dan ini.. idea baru untuk mata Domo.. hihihi...

Well sampai sini untuk hari ini.. Semoga memberi manfaat. Wassalam :).

--------------------------------


Jun 20, 2013

Inspirasi, Terapi...

Assalam & evening readers..

Bagaimana hari kita hari ini?
Hari Kak Sue agak bagus.. sales juga bagus.. Alhamdulillah !! (Kak Sue sdg praktik formula MMR) sape x tau MMR, sila baca post yg lalu. Tapi.. adoi !! penat .. menyiapkan order yg que listnya dah agak panjang. Berdoa pada Allah, supaya dipermudahkan segala urusan.. Aminn.

Kalau dah penat.. jom kita terapi minda hihi.. cam ne? Tengok gambar .. :)
TIPU!! ...kalau u all crafters & u all tak tergoda dengan gambar yg kak sue upload ni !! Crafters memang kejenyer buat sepah.. pastu kemas..pastu sepah semula kan.. hihi.. sama la kita .

Untuk itu.. sambil berangan2..niatkan yg kita mahu craft room seperti ini.. yg mana pilihan u all..pilih sendiri.. Jom layan...
** sume gambar dari google.. line tenet kak sue slow.. x dpt copy link web..**

simple kan




Bestnye kalau dapat yg cam ni.. :)

Ok tak? so.. jumpa lagi



Jun 16, 2013

Buku : Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Assalam & Morning ..
Readers.. crafters yang singgah sini hari ni..kak sue nak ucap terima kasih.. terima kasih kerana sudi bertandang.. yang follow blog kak sue.. silent readers .. blog walkers .. & sesiapa saja .. hope hari ni adalah hari yang terbaik untuk kita :).

Post hujung minggu hari ni.. tentang buku yang baru kak sue beli. Rasanya ini adalah post pertama mengenai buku.." ye ye betul... saya mengaku.. saya jarang baca buku... , saya mahu upgrade diri saya .. 1 bulan at least beli & baca 1 buku " hihi.. so ada yg nak follow kak sue?

Ok.. buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI (MMR) sgt menarik perhatian kak sue. Kak Sue habis baca dengan sekali duduk sahaja. Actually rasa ingin tahu ..selepas satu bab ..ke satu bab lagi.. sampai habis baru puas hati. Tak cukup dengan itu.. ulang baca .. & ulang lagi. Mengapa?

Susah gak nak gtau mengapa..kenapa? Tak berapa pandai nak luah apa yg kak sue rasa eh.. klau tak mesti dah jadi penulis buku gak nih.. hihi..
Dalam buku ni diterangkan ..apa itu rezeki? bagaimana menjemput rezeki.. masyaAllah, menjemput rezeki bukanlah perkara yang susah pun..

Kak Sue petik sedikit kata2 penulis buku - FATHURI SALEHUDDIN...
"Tidak perlu bimbang dan tidak perlu dibandingkan dengan sesiapa kerana rezeki setiap kita adalah unik:

Apa yang pasti:

1) Rezeki tidak pernah salah alamat
2) Rezeki tidak pernah salah tuan
3) Rezeki tidak pernah terlambat atau tercepat walau sesaat"


Jom tengok sikit kandungan buku MMR ni..


Bahasa yang diguna ..mudah faham, santai & tepat. Tak rugi beli , baca & praktik .. InsyaAllah akan berlaku keajaiban.. bukan cakap kosong semata-mata... Kak Sue dah merasainya. Ada masa nanti..kak sue cerita pengalaman kak sue sendiri.

Mana nak dapat buku ni? Actually, slps cetakan ke 6, buku ni dah tak jual di kedai2 buku. Sekarang cetakan ke 10 tau!! Cetakan pertama pada 2012. WOW!! Fast Selling kan...
So, kalau nak beli , boleh order je dgn kak sue.. Harga buku RM18 + pos laju RM6 = RM24 saje. (semenanjung) Murah je , kalau nak dibandingkan dengan apa yang kita dapat. Pesanan kak sue untuk yang berniaga .. online atau offline.. " buku ni wajib beli ". SMS kak sue - 013.946.8836, atau email - chummycraft@gmail.com


Wassalam ;)



Jun 11, 2013

Name Keychain

Assalam .. selamat tengahari..
Yang sedang lunch ..selamat menjamu selera..
gambar dari google
Yang belum lunch ... jangan terliur plak tgk gambar tu ye.. kak sue pun belum juga .
Hari ni nak share gambar name keychain pulak. Oder sebelum cuti sekolah lagi huhu.. lamanya adik2 tu tunggu kan. Lepas ni.. berusaha , siapkan oder lebih cepat !!

Ok..jom tengok 1st batch .. aikk... ada 2nd batch, maknanya belum siapkan?..hahaha... 

Name Keychain
Cam ne...ok tak? Hope diaorg suka..

Dan... gambar ni khas untuk u all .. tq for reading my blog :)

spongebob pulak..
Dan... utk info, brooch pin dah restock ..
Details harga dll bole refer LINK NI..  Ok.. see you, wassalam :)


Jun 10, 2013

Octo .. Tq Wani

Assalam..
Last week kak sue siapkan beberapa ekor sotong hihi.. tempahan dari Wani. Repeat customer kak sue. Dia kata kak sue buat cantik sbb tu tempah lg ngan kak sue .. :). Alhamdulillah.. itulah kepuasan sebenar bg kami crafters ni.. enjoy sewing .. n dpt buat org lain suka juga. Tq Allah atas anugerah ini.

Sotong ni.. x de tali.. x de magnet etc.. nak sotongnye aje... jom tgk pic..

 
gambar atas ni.. masa belum siap lagi..


ok.. yg ni dah siap.. design main hentam sendiri je.. 
kak sue suka yg sblh kiri , bawah . Yang biru & oren tu ;)

Ok.. tq for reading.. see you !!

"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab"

Jun 7, 2013

Pencil case - Old Friend's order

Assalam..
Hari ni kak Sue nak kongsi Pencil Case yg kak sue buat utk teachers day ari tu. My old friend yg order ~ Zulie. Dia nak bagi cikgu2 kat sek tempat dia kerja tu..  Zulie ni best friend kak sue dulu ni.. sama2 sek masa form 2 .. lepas kak sue masuk ITM ..terus x jumpa..bukan sebab x tahu dimana.. cuma lama x berjumpa face to face. Sekarang kat FB bole sembang2 semula.. Kawan kak sue ni pandai buat kek tau.. bole la nak order dgn dia. Nak tengok keknya ada di sini KLIK 

Owh citer kek plak ..

Tak bole citer byk2 kek ni.. lapo plak rasa.. so meh tgk pencil case yang di tempah tu...


Ok... ini aje .. wassalam ;)


Jun 5, 2013

Muhasabah diri..

Assalam & morning..
Readers..kak sue x boleh tido gara2 minum nescafe jam 11pm tadi.. skrg 1.11am sudah..

Early morning ni.. nak cerita kisah tadi.. kak sue merancang mlm tadi x mo masak (actually waktu masak kak sue kul 5ptg). Nak ajak family dinner diluar saja..sebabnya , kak sue fikir nak cepat..mlm nak pack barang2 utk pos esok & jg nak menyiapkan baki order yg jg nak di pos esok hari.

Mulanya hubby ajak kak sue dinner kat restoran A.. kak sue x nak.. ajak ke restoran B.. hubby x tak..so setuju utk ke restoran C.  Itu perancangan kami.. namun perancangan Allah siapa tahu.. On the way .. kereta kami breakdown..(selepas hati berdetik sesuatu yg buruk.. hahaha.. kan dah belajar law of attraction..)


gambar dari sini
Akhirnya selepas adik kak sue & lori tunda (towing service) sampai.. we all hantar kereta ke bengkel & dinner.. di mana? Restoran A..

Memang rezeki Restoran A kan.. MasyaAllah.. walaupun kak sue dah pergi sejauh 40km dari restoran A..kak sue kembali ke situ .. kenapa ye? Kerana memang sudah tertulis .. duit dlm wallet kak sue itu adalah rezeki nya..

Jangan marah jika Allah mengubah plan kita.. yakin .. Allah lebih tahu mana yg lebih baik untuk kita. 

Wassalam.. good night :)


Jun 4, 2013

Off topik.. makcik membebel

Assalam..
Hari ni nak kongsi citer tapi bukan citer handmade..bukan citer supplies..bukan citer pre order.. hahaha.. klau banyak sgt citer cam tu boleh muak dibuatnya..

Actually masih berkisar pada bisnes..
lamaaaa... sebelum buat kraf kak sue join MLM .. Hai O marketing. Well known kan.. dulu sgt popular dgn produk penapis air bio aura dan juga baju dlm beautiful n herba maharani. Kak sue masih ahli hingga sekarang , fokus on herba maharani..jual main2 je.. x serius .. x belajar teknik2 bisnes online.. main redah je..
Jualan setakat maintain aje..lepas utk dapat bonus & top up lubang2 bocor masa tgh bulan. hihi..

Sebulan dua ni..kak sue menimba ilmu hahaha.. godek2 google..baca buku..rujuk mentor.. praktik..istiqamah..sabar ... Alhamdulillah..segalanya seperti sungai yg mengalir.. so smooth.. perancangan Allah sgt sempurna..

Sekarang sedang menunggu bonus bulan May yg akan masuk akaun x lama lagi.. yg pasti bonusnya berganda.. Syukur Alhamdulillah.. hanya buat online aje.. sebab hai o hanya side income kak sue x buat serius spt buat kraf.. tapi disebabkan belajar ilmu dari mentor hai o.. income dari kraf juga bertambah.. hanya online.. beberapa jam sehari.. best..pakej 2in 1 ;)

Moral nya.. kalau nak buat pape.. biarlah serius..cari ilmu .. buat cara yg betulll semuanya jadi mudah.. Allah sentiasa di hati .. istiqamah & sabar. cer try.. boleh ye..

Jom sume.. singgah page kak sue .. bisnes ni mmg best .. more info , bole pm di FB @ email je..PAGE KAK SUE KAT SINI :)

Jun 3, 2013

Octo ..

Assalam & evening ..
owhhh .... rindunya nak menulis blog.. baru perasan .. dah terbiasa membebel di blog, bila lama ditinggalkan..mula rasa nak menulis.. even ntah pape entry nya.

Banyak yang kak sue buat baru2 ni..TQ Allah atas rezeki yg tak putus2. Antara yg kak sue buat 'bunga tangan' sulung... hahaha mmg x pernah buat sebelum ni. Usahakan juga.. try n error.. berjaya disiapkan dlm 2,3 hari , gambar n cerita selanjutnya nanti ye..hii..

Cuti sekolah ada seminggu lagi.. nampak cam byk je name keychain kena buat ni.. tapi kena siapkan encik2 octo ni dulu.. esok lusa bole pos. Meh layan octo2 kak sue ...


okay.. kak sue kena sambung jahit ni.. will be back soon :)
Wasslam
---------------------
cari supplies? here - http://chummysupplies.blogspot.com/

"Aku tahu bahawa Allah  telah menetapkan rezeki untukku dan tiada mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu hatiku menjadi tenang" http://sinarislam.webs.com