Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Dec 13, 2012

Recycle ..

Assalam & afternoon..
Kak Sue ada 30 min aje utk tulis post ni.. jeng2..apa yg kak sue recycle?
Actually plan dah lama..tapi baru last week menjadinya.

Bahan terbuang yang kak sue guna : tin biskut (yg kosong ye.. mkn dulu biskutnya) , lebihan kain felt, buttons yg reject.. ready cut felt yg dah berkurun simpan ( bentuk burung, love, sotong x siap..)..

cam ne nak buat? Kak sue guna gam panas .. mula2 just amik je perca2 felt tu & mula tampal disekeliling tin. . lupa lak..tin biskut tu kita kena potong bahagian atas dulu..biar berlubang..
Ok.. dah siap tampal felt keliling tin, amik ready cut felt , gambar pape je.. tampal atas lapisan felt tadi. Dah siap tepek2 tu.. amik pulak button2 yg reject..button yg x de lubang, yg senget2 bagai tu, buat la hiasan ikut suka.

Masa buat tu kak sue x de plan pun.. tampal apa yg tercapai di tangan.. warna pun ikut nasib je.. so slps lbh kurang 10-15min kot.. maka ini lah hasilnya..


hik.. tin ni boleh la nak taruk pape .. kak sue buat  'TONG SAMPAH' .. tp mybe sebab comel kot.. sume org x mo buang sampah kat dlm ni...

well.. sape nak try lak lepas ni? Sila2...

Wassalam :)

Blog Sales

10 - 31 DECEMBER 2012
valid for purchases from blog only
Jom ShoPPing HERE

Dec 7, 2012

Blog Supplies

Assalam readers & followers..
Apa khabar ye.. hope sume pun sihat2 aje..
Lama tak ber 'posting' ni, kena amik mood dulu.. :)

Dua, tiga hari lalu kak sue menggodek semula blog yg satu lagi.. kesian blog tu , ibarat rumah yg lama tak berpenghuni.. berhabuk Yang.. So memandangkan ada masa terluang ni, kak sue update la mana2 info & gambar baru supaya lebih fresh.. juga barang2 baru akan sampai maybe dlm mggu depan, so bolehla kak sue bawak masuk kedai supplies tu. Then u all boleh la shopping & tolong habiskan sume stok kak sue..

Insyaallah...untuk itu juga, blog supplies tu akan buat sales .. jeng2, 20 % less utk sume item. Ada antara item yang sememangnya best price juga akan dpt less lagi. Tapi eh.. dengan syarat .. (ada syarat la pulak) , you all kena beli melalui blog aje hihi. Maksudnya kena isi form kat blog. Facebook tu tak aci tau.  Namanya pun blog sales dear, so kena beli melalui blog .. mesti!! hik..

Pape pun, akan kak sue update lagi mengenai sales tu , ok..
Mana blog nyer? Haa.. ni dia ... http://chummysupplies.blogspot.com/


Ok.. jumpa lagi ye..
Wassalam :)



Nov 21, 2012

Alphabet beads

Assalam & afternoon :)
yeay..last week alphabet bead sudah selamat sampai.. Alhamdulillah bagi yang join pre oder ..parcel sume kak sue dah pos. Cantik sangat beads tu.. geram la pulak .. 


Semalam .. nak try main2 ngan beads ni.. senang sgt you .. pas ni kalau customer request nama pada keychain..mmg akan guna beads sebagai alternatif kepada foam yg selalu kak sue guna. Alphabet button juga membantu ..tapi kos bead lebih murah. jom layan pic kat bwh ni..


Tapi .. kena beli beads yang leper ye.. macam yg kak sue guna tu (gambar atas), bead yg bentuk kiub , pada kak sue kurang sesuai..tapi kalau u all nak guna juga , x de masalah pun. Kak Sue hanya guna gam tembak utk lekatkan beads pada kain felt. Kuat...Insyaallah tak mudah tanggal. 
Meh tgk gambar keychain yang dah siap ni..


Yang berminat utk dptkan beads ni.. boleh isi form ye. Please jgn oder di comment box ye :)
Jumpa lagi, Wassalam.

~Please Pray For Gaza~

Nov 20, 2012

Pray For Gaza



USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebi
h dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, serta sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika dan sekutu jahat mereka.

Nov 9, 2012

Pre order - Due 15 Nov 2012

Assalam readers..
post hari ni khusus utk crafters yang nak cari craft supplies. Kak sue buat pre oder utk brg2 craft u all.
Due date utk payment pada 15 Nov 2012. Barang akan sampai lbh kurang 14-20 hari slps tarikh tutup.

Gambar u all boleh tgk sini ALBUM PRE ORDER.
Kalau tak de barang yang u all cari .. boleh rquest kat kak sue..insyaallah kak sue carikan. Harga?? BEST price InsyaAllah.



Brooch, hp straps dll boleh tgk kat Link di atas ye.
Tq
Wasslam :)

Oct 25, 2012

Pre Order Buttons

Assalam ..
Esok raya hehe.. Sebelum nak citer pre oder buttons ni.. kak sue nak ucapkan Selamat menyambut Aidil Adha buat semua yg meraikan. Yang balik kg, berhati2 memandu ye. Semoga selamat tiba ke destinasi :).

Okay.. untuk buttons lover.. mesti amik peluang ni, pre oder buttons berjalan sama dengan pre oder alphabet beads. Tarikh tutup utk keduanya adalah pada 30hb Oct 2012. Harga, Insyaallah , terbaik utk u all.
Yang berminat, boleh email @ isi form. Nanti kak sue bg harganya. Yang selesa berurusan di Facebook, boleh tinggalkan mesej utk kak sue ye. ORDER FORM, FACEBOOK

OK jom tengok gambar :)
Gambar item lain ada disini KLIK

Oct 23, 2012

Big Buttons


Assalam readers..
Buttons ni baru sampai semalam. First time beli yg 30mm .. mak aih.. mmg besar betul. Lebih kurang sebesar duit syiling 50sen. Supplier kak sue ada button yg lebih besar tau..38, 40mm ,  nanti kak sue beli kan ye hihi... 

Yang ni ready stok & disebabkan baru2 try beli.. so kak sue oder pun tak byk.. 1000pcs setiap saiz cam tu. Beli sikit2 rugi sebenarnya, pasal supplier pun tak leh nak bagi harga rendah.. insyaAllah nt kita borong byk2 eh, boleh la bg less kan.  Ok..yg berminat nak oder.. isi form ye. Harga sume boleh refer pada gambar tu .

Jumpa lagi & take care.


Oct 22, 2012

PRE ODER AGAIN..

Assalam readers.. lamaaanya tak menulis blog kan. Apa nak jadi Kak Sue ni..
blog aje yang kurang update tapi masih aktif di Facebook.. Yang belum follow  , jom like page CHUMMY CRAFT.

So apa citer kita ari ni?
Pre oder .. kali ni nak buat pre oder alphabet beads. Preoder yg lalu - heart charm tu, sampai lebih cepat dari yang dijangka..dan hari ni dah pos pd sume yg join tu..

Ok kali ni, alphabet beads ..Jom tengok gambar beads ni pulak -


Beads ni saiz kecik aje ye , lbh kurang 6/7mm, kecuali no 6&8 saiznya 11mm. Sesuai utk buat gelang juga. Kalau nak gam pada keychain pun ok.  Boleh susun2 beads tu nak tulis nama ke pape kan :)

Harga pre oder ni jauh lebih murah daripada harga pasaran. Ada Kak Sue ternampak supplier jual dgn harga 30sen, 40sen sebiji. Harga pre oder kami ni ..paling mahal pun 11sen dik. Tapi.. sebagai gantinya ..perlulah menunggu sedikit. 
Disebabkan barang bukan dari Malaysia jadi perjalanan untuk sampai amik masa 14-20 hari. Kadang2 barang sampai lebih awal.. ada yg amik masa 10 hari je.. ada jg yg lebih. Jadi kesabaran you all sgt Kak Sue harapkan.

Untuk yang berminat - bolehla isi form - pada ruang tempahan , tulis pre oder alphabet beads. Nanti Kak Sue reply dengan harga nya. Form ada di SINI.  Tarikh tutup adalah pada 30 Oct 2012.

Wassalam :)

Oct 2, 2012

In progress ...

Assalam Readers..

Dah masuk Oktober kan.. penghujung tahun yang selalu 'bizi' . Time ni gak sibuk ngan anak2 mana yg nak amik exam.. UPSR dah lepas, PMR just around the corner..(amboi...) .. yang kat U lak bizi nak konvo.. kalau nak konvo ..byk la booth .. bila dah byk booth..bizi la adik2 , kakak2 crafters... hahaha.. panjangnya intro.. just nak gitau , kami crafters sedang bizi menyiapkan readymade utk jualan booth2 seluruh Malaysia.. :) :).. tu dia ..
Kak Sue tak amik booth pun, cuma menyiapkan tempahan sedia ada & sedikit masa terluang tu buat la sebiji dua readymade. Pagi tadi bermain2 dgn fabric paint yg dah nak habis tu..dah lama beli, sejak berkraf ..baru 1 pek tu la yg kak sue beli. Tak guna banyak sangat pun, selalunya guna untuk hiasan cup cake aje.  Nak menulis guna paint tu selalunya fail.. tapi hasil hari ni , nampak macam bagus je , nak tengok tak ? jeng jeng..

 Ok tak ni ?

Sep 27, 2012

20% OFF - clearance sales

CLEAR STOCK BUTTONS etc
Promo again.. utk button lovers .. cepat ye .. promosi sehingga habis stock yang nak di clear..gambar boleh tengok dalam album facebook .. ni link nya  https://www.facebook.com/media/set/?set=a.252389541469349.55737.145724515469186&type=3


Sep 13, 2012

50% OFF..

Assalam..
lama kan tak tulis blog kak sue ni.. last post rasanya before puasa.. skrg sudah habis raya .. buzy la sgt kononnya kan.. actually byk nak kongsi cerita ngan u all tapi.. bukan skrg la.. ni nak buat short comeback post ..boleh ke gitu?

ok just terus pada point.. Chummycraft nak buat sale ni.. tapi utk oval eyes & eyelash eyes aje.. banyak nak bg less ni..50% tau..

PROMO : 50% LESS UTK EYELASH EYES & OVAL EYES AJE - 
DATE : 14-15 SEPT 2012 (JUMAAT & SABTU)
SYARAT : ISI FORM & BUAT PAYMENT SEBELUM @ PADA HARI AHAD 16 SEPT 2012



Eyelash eyes - Biasa RM2.50 12pcs, 
less 50% =  RM1.25=12pcs


Oval Eyes
5mm x 7mm - 24pcs in a pack = RM2.00   Now RM1.00
8mm x 10mm - 24pcs in a pack = RM2.20 Now RM1.10
12mm x 15mm - 24pcs in a pack = RM2.50 Now RM1.25

So cepat isi form ..Oder form ada kat SINI 


Jul 17, 2012

Polyster Felt - Pre Order

Assalam Readers..
Jom pre-oder polyster felt ni. Harga sgtttttttt berpatutan . Details dah ada kat gambar tu ye. Masa pre-oder ni lebih kurang 14-20 hari. Prosesnya lebih kurang cam ni :
  1. Customer bayar kepada kak sue & kak sue oder brg {1hari}
  2. Proses payment & supplier packing {+- 3hari}
  3. Penghantaran {14 hari}
  4. Barang sampai, pack & pos {1hari}
Lebih kurang ye .. boleh jadi lebih cepat & juga lambat sedikit kalau terlibat dgn cuti2 umum. Bolehlah oder sekarang sebab bulan puasa nak stop berkraft & buat kuih raya kan hihi.. lepas raya boleh start berkraft ngan felt baru ni. (memandai je kak sue) ..
So kalau berminat boleh email kak sue ye. Owh lupa pulak.. tak de due date pre oder ni..bila2 aje . Item lain boleh tengok Di SINI.

Wassalam 


Jul 14, 2012

Pencil Case Puteri

Assalam & Morning :)
Happy weekend ye..Ramai yang bercuti kan  tapi ada juga yang bekerja. Walau apa pun yang u all buat hari ni Kak Sue doakan semuanya baik-baik aje.

Lately kurang lak rasanya bercerita tentang handmade kak sue kan.. asik2 supplies aje hihi.. actually kak sue  menyiapkan oder budak2 sekolah.. tak pernah jemu2 diaorang..even kak sue kekadang rasa jemu buat item yang sama. Tapi ikut je la apa yg diaorg request kan. Hot item nya , name keychain tu lah hihi..

Lepas subuh tadi, kak sue sempat siapkan sebiji pencil case. Nak tengok?

warna : maroon
saiz ><21cm x 10cm

Ni la hasil bila buat kraf dibawah pengaruh ubat ( mlm tadi amik ubat selsema , mengantuknya amat..sampai pagi pun tak  hilang2) Simple je yang ni, dlm tak lining pun. untuk budak2 tak leh nak jual mahal2, buat je la rasa2 kena dengan harganya. So ok tak ni?

Jul 9, 2012

Adjustable ring.

Assalam & morning :)
Senyum... jangan tak senyum ..
" Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim."

Kenapa senyum.. hihi barang yg di oder dah sampai.. bukanlah apa sgt.. tapi bersyukur sebab selamat sampai..
Adjustable ring
Ini lah dianya.. adjustable ring. Tak banyak .. tapi tak igt la pulak berapa pcs.. kena cek dulu. Tapi rasa cam 50pcs je kot. Kenapa sikit sgt? hik.. just nak tgk kualiti je.. pun tak bercadang nak jual runcit2.. tapi klau ada sape yg nak yg ready stock ni, boleh gtau kak sue.
Sebenarnya kak sue nak masukkan dalam album PRE ODER. Sebelum nak jual, kena test dulu kualitinya kan. Tapi..ok, bagus kualitinya dik..

Sebab ianya adjustable.. so kita bolehlah besar & kecik kan dia..tapi saiz asalnya lebih kurang 2cm. Kalau ada yg berminat untuk pre oder, ada link dibawah :)

Promo : Pre oder buttons & craft supplies - harga sgt menarik. Email kak sue untuk senarai harga :)
Album di FB - HEREtutorial nak guna ring ni DI SINI
Orait.. utk hari ni don't forget to smile - nak tau rahsia kalau kita senyum? Baca NI..

--------------------
Pre Order HERE

Jul 6, 2012

50% OFF


7mm google eyes

Assalam & morning .. 
Wah.. sales 50% tu.. okay ni syaratnya untuk yang order hari ni je.

7mm google eyes = 24pcs (12pairs) = RM1.00 only
Less 50% - normal price = RM2.00 / pack

Payment boleh dibuat sehingga hari Ahad ni 8hb & barang akan di pos pd Isnin 9hb. Untuk order isi form ye. Kak sue akan total & bagi no akaun. Pos - guna pos laju sahaja : RM5.50 semenanjung, rm8 sbh swk

Wassalam


Jul 5, 2012

Perkongsian Ilmu - Patern

Assalam & Salam Satu Malaysia.. tetiba lak satu malaysia hari ni.. biarkan je..

Dah agak lama kan kak sue tak share tips ngan u all. Ada banyak tips yang nak dikongsi sebenarnya.. cuma masa tak begitu mengizinkan , bila fikir nak amik gambar & edit tu yg buat kak sue tak berapa rajin. Namun untuk u all kak sue gagahkan diri untuk merajinkan diri & buat yg terbaik. Ilmu harus dikongsi.. :)

Okay..tips apa kali ni? Patern?
Kalau ada yang ikut facebook kak sue sure tau kak sue punya printer sedang mogok..tak mau makan..( x leh loading) , so tak leh nak print. Tetiba lak ada customer request nak angry bird female.. 'alamak..kak sue tak de patern yg dah print'.. so apa lagi, macam tak biasa kan.. tekap je la kat skrin laptop. Yang belum biasa buat, meh kak sue nak ajar hihi..


1. ambil sehelai kertas nipis (kak sue guna kertas buku sekolah)
2. lukis ye dik..
3. hasil tekap u all
4. lipat dua kertas tadi. yg ada gambar disebelah dalam. (lihat gambar 6)


5. bila dah lipat dua , lukis pulak bahagian2 kecil tu.. riben, paruh dll. bukan tekap kat laptop ye dik.guna   gambar yg sama. tgk gambar 6. kak sue tak lukis mata sebab kak sue guna mata gedik yg eyelash tu :)
6. pandangan sisi untuk yang masih keliru..
7. disebabkan kertas buku tu nipis.. kak sue tampal ngan salotape pulak supaya keras sikit.
8. kalau nak tebal..letak la byk2 salotape tu hahaha..


9. pastu..boleh la u all gunting seperti gambar di atas.

Kan mudah, dah dapat paternnya.. org kata, kalau nak seribu daya
Printer..ko nak mogok lama mana pun mogok lah..

Jom tengok hasilnya.. tada..

Comel tak? 

So, setakat ni untuk hari ni ye. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Kalau u all rasa tips ni berguna, share dengan kawan2 ye.
Wassalam. :)

***************
Promo : Pre oder buttons & craft supplies - harga sgt menarik. Email kak sue untuk senarai harga :)
Album di FB - HERE
***************

Jul 2, 2012

Pre oder

Assalam crafters & readers..
Chummy Craft nak buat pre oder utk barang2 craft supplies. Sesiapa yang berminat nak oder boleh contact kak Sue melalui email - chummycraft@gmail.com atau inbox di FB page chummy craft 

Antara item yang boleh oder setakat ni.. kalau ada barang yang tak de dlm gambar, just bg kak sue list, nanti kak sue carikan. Best price, Insyaallah.

6mm tiny button

brooch pin bar

4 types : bear, flower, 9mm round, love

1.plum, 2. epal gumuk 3. epal cute, 4. love cute, 5. mickey, 6. star

Jun 28, 2012

Keychain Hakimi

Masa keychain ni dibuat, Kimi sokong Belanda..tp skrg dah tukar Spain..

opps.. sori terbalik lak
Assalammualaikum...
Musim bola skrg ni kan.. tapi keychain ni dibuat sebelum EURO 2012 start. (bagi yg ikut blog kak sue..lambat update bukan perkara luar biasa kan..) 

So ini simple2 punya keychain..gam2 saje.. Tapi bukan kak sue yang buat , kak sue just tolong gunting huruf je. Nak tau siapa yang buat?

Tada .. ni orgnya..
Hakimi 
Siapa ye? ni lah anak kak sue no 2. umur dia 11 tahun. Dah terlalu di expose kan dgn brg kraf sejak kecik kot. . Jgn tak percaya, dia boleh menjahit juga. Tapi kali ni ..nak gam je keychain tu.

Okeh.. hampir maghrib.. out dulu ye.
Wassalam.


Jun 27, 2012

Printed Felt

Assalam & good morning..
Yang di nanti dah tiba..last week. Jangan marah.. mmg tak terkejar nak update blog nih. hik..
Apa ni? ...printed felt dear. Ada 3 corak. love, polkadot & flower. Saiz.. kecik je (baru 1st time try, takut kualiti tak bagus) .. So saiznya 15cm x 15cm. Harga - RM1.00 sekeping. Full set ada 22 keping. Jom tgk gambarnya.

Full set - love 6pcs, polkadot 8pcs, flower 8pcs = RM22
Polka dot - 8pcs = RM8.00

Flower - 8pcs = RM8.00

Love - 6pcs = RM6
Okay..limited stok ye..harga tak termasuk postage.
Kos pos : EM RM6.00, WM RM9.00
kalau ada yg berminat , email kak sue ye - chummycraft@gmail.com


Jun 22, 2012

New supplies





Assalam ... new item baru sampai semalam. Magnet untuk buat frigde magnet. So sebelum ni ramai yg tanya kak sue mana nak dpt magnet ni.. skrg sudah ada. Kak Sue ada 2 saiz - 12mm & 15mm. Harga nanti boleh refer kat blog supplies atau kat page album di fb.

Oh ya..satu lagi , printed felt juga dah sampai.. nt k.sue upload gambarnya ye. Tq for reading.
Wassalam.

Jun 18, 2012

Packed - 8mm eyelash eyes



Alhamdulillah.. siap juga akhirnya. Penat nak kira.. tapi kalau dah pack camni mmg sgt memudahkan kerja nanti. Bila ada oder , just amik je kan. Tapi.. jangan sng hati sgt cik kak, ni baru putih .. hijau , biru, kuning belum siap lagi.. owh..hihihi 

Ni contoh penggunaan eyelash eyes ni. kaler hijau & kuning. 
Untuk yg eyelash eyes, kak sue ada saiz 8mm aje. Tapi ada 4 warna - putih, hijau, biru & kuning. 

Google eyes yg lain pun ada juga .. refer pic below - 
Harga boleh rujuk sini - CHUMMY SUPPLIES

Wassalam & Take Care

Jun 15, 2012

Zikir & Doa Penenang Hati

image from here
Assalam .. Salam Jumaat untuk semua.

Pernah tak rasa tak sedap hati.. rasa gundah gelana.. rasa resah.. eh..teringat lak lagu Anuar Zain 
Macam-macam kan, tekanan perasaan, gangguan emosi..
Kenapa ye? tapi yang pasti sesuatu yang tidak menyeronokkan telah berlaku. 
Kak Sue buat entry ni sebab Kak Sue rasa tak best , hati tak berapa bahagia .. betul..sesuatu yg tak seronok telah berlaku.. tapi tak de lah serius sgt..rasa cam tercekik tulang, hik..

Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialami menimbulkan gangguan pada dirinya. Baik karena emosi yang dialami terlalu kuat (misalnya sangat sedih), tidak ada emosi yang hadir (misalnya tidak merasa bahagia) atau emosinya menimbulkan konflik (misalnya terlalu sering marah). 

Bagaimana nak menangani rasa tak seronok ni ? 
Mungkin ada byk cara .. tapi kak sue nak kongsi kan zikir penenang hati ni..

Terdapat banyak zikir penenang hati yang boleh kita amalkan, 
contohnya:
~Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.. 
(Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar )


~La haula wala quwata illa billah..
(Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)


Manakala dibawah adalah contoh doa penenang hati yang boleh kita amalkan;


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,

dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….

sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH
Sumber: LINK

Wassalam

Jun 13, 2012

We're comeback ...

Ice-cream 

Froggy 

Moo
Assalam lovely  readers..
wah masih igt tak lagi dengan mereka diatas? hahaha.. lama kak sue tak buat design ni. Baru2 ni merajin kan diri utk buat semula. Upgrade sikit dari yang lama.. ice-cream tu lapisan atas kak sue buat 2 layer. Mr Froggy pulak dapat new eyes. Lebih terserlah mata tu. Mr Moo ..dapat oval eyes juga. Tapi saiz lebih kecil. 

Untuk yang berminat nak dapatkan pelbagai jenis moveable plastic eyes ni atau yang u all panggil mata gedik.. chummy supplies ada banyak saiz utk u all pilih. 
Boleh ke blog atau facebook Chummy Craft :)

Till then, wassalam & take care.