Hi Blog, السلام عليكم
Sales Oktober membuka tirai dengan satu order dari Bumi Kenyalang.
Yang menariknya, order ni datang daripada listing yang… ehem… dah lama sangat duduk diam dalam Shopee. 😂
Sampai saya tengok order list pun macam,
“Eh, ada orang order ni? Cutting dies dia kat mana eh?”
Nasib baik mudah jumpa. Kalau tak, memang kena buat operasi mencari dan menyelongkar kotak dahulu. 😆
Itulah unik dunia Shopee. Barang yang kita rasa dah lama tak bergerak, tiba-tiba ada orang datang cari.
Dan hari ni pula,
ada lagi satu order daripada listing lama yang sama nasibnya - lama duduk diam, tak ada siapa order. 🤣
![]() |
| Pic kanan - 1st order. Bunga tu stok baru. |
Jadi, aktiviti pagi ini
**Selongkar kotak.**
Cari ballchain , Alhamdulillah, ada je elok. Sebelum pack kita cek dulu kualiti.
Cara simpan kita ok InsyaAllah stok tahan lama. Kualiti ok dan stok pun cukup, Alhamdulillah. Siap pos.
Semoga perjalanan kedua-dua parcel ni dipermudahkan dan selamat sampai ke tangan customer.
Kedai shopee Chummy Craft tak fokus pada raw material, tapi sebab dulu selalu borong supplies, so letak sikit dlm shopee. Kalau tak ada yang beli, guna sendiri aje lah 🤣
Tapi sebenarnya , bukan tak ada yang beli cuma tengah tunggu giliran untuk orang yang betul datang jumpa. ❤️ mcm tunggu jodoh pulak
Listing lama tu bukan mati… dia macam lahar gunung berapi yang terpendam. Lama diam, sampai kita pun dah lupa kewujudan dia, tiba-tiba meletup.
Dan bila meletup, harapnya dapat merubah bentuk angka sales bulan ini. 😂
Secebis kisah hari ini
Wassalam.

No comments:
Post a Comment