Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Jun 28, 2012

Keychain Hakimi

Masa keychain ni dibuat, Kimi sokong Belanda..tp skrg dah tukar Spain..

opps.. sori terbalik lak
Assalammualaikum...
Musim bola skrg ni kan.. tapi keychain ni dibuat sebelum EURO 2012 start. (bagi yg ikut blog kak sue..lambat update bukan perkara luar biasa kan..) 

So ini simple2 punya keychain..gam2 saje.. Tapi bukan kak sue yang buat , kak sue just tolong gunting huruf je. Nak tau siapa yang buat?

Tada .. ni orgnya..
Hakimi 
Siapa ye? ni lah anak kak sue no 2. umur dia 11 tahun. Dah terlalu di expose kan dgn brg kraf sejak kecik kot. . Jgn tak percaya, dia boleh menjahit juga. Tapi kali ni ..nak gam je keychain tu.

Okeh.. hampir maghrib.. out dulu ye.
Wassalam.


Jun 27, 2012

Printed Felt

Assalam & good morning..
Yang di nanti dah tiba..last week. Jangan marah.. mmg tak terkejar nak update blog nih. hik..
Apa ni? ...printed felt dear. Ada 3 corak. love, polkadot & flower. Saiz.. kecik je (baru 1st time try, takut kualiti tak bagus) .. So saiznya 15cm x 15cm. Harga - RM1.00 sekeping. Full set ada 22 keping. Jom tgk gambarnya.

Full set - love 6pcs, polkadot 8pcs, flower 8pcs = RM22
Polka dot - 8pcs = RM8.00

Flower - 8pcs = RM8.00

Love - 6pcs = RM6
Okay..limited stok ye..harga tak termasuk postage.
Kos pos : EM RM6.00, WM RM9.00
kalau ada yg berminat , email kak sue ye - chummycraft@gmail.com


Jun 22, 2012

New supplies





Assalam ... new item baru sampai semalam. Magnet untuk buat frigde magnet. So sebelum ni ramai yg tanya kak sue mana nak dpt magnet ni.. skrg sudah ada. Kak Sue ada 2 saiz - 12mm & 15mm. Harga nanti boleh refer kat blog supplies atau kat page album di fb.

Oh ya..satu lagi , printed felt juga dah sampai.. nt k.sue upload gambarnya ye. Tq for reading.
Wassalam.

Jun 18, 2012

Packed - 8mm eyelash eyes



Alhamdulillah.. siap juga akhirnya. Penat nak kira.. tapi kalau dah pack camni mmg sgt memudahkan kerja nanti. Bila ada oder , just amik je kan. Tapi.. jangan sng hati sgt cik kak, ni baru putih .. hijau , biru, kuning belum siap lagi.. owh..hihihi 

Ni contoh penggunaan eyelash eyes ni. kaler hijau & kuning. 
Untuk yg eyelash eyes, kak sue ada saiz 8mm aje. Tapi ada 4 warna - putih, hijau, biru & kuning. 

Google eyes yg lain pun ada juga .. refer pic below - 
Harga boleh rujuk sini - CHUMMY SUPPLIES

Wassalam & Take Care

Jun 15, 2012

Zikir & Doa Penenang Hati

image from here
Assalam .. Salam Jumaat untuk semua.

Pernah tak rasa tak sedap hati.. rasa gundah gelana.. rasa resah.. eh..teringat lak lagu Anuar Zain 
Macam-macam kan, tekanan perasaan, gangguan emosi..
Kenapa ye? tapi yang pasti sesuatu yang tidak menyeronokkan telah berlaku. 
Kak Sue buat entry ni sebab Kak Sue rasa tak best , hati tak berapa bahagia .. betul..sesuatu yg tak seronok telah berlaku.. tapi tak de lah serius sgt..rasa cam tercekik tulang, hik..

Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialami menimbulkan gangguan pada dirinya. Baik karena emosi yang dialami terlalu kuat (misalnya sangat sedih), tidak ada emosi yang hadir (misalnya tidak merasa bahagia) atau emosinya menimbulkan konflik (misalnya terlalu sering marah). 

Bagaimana nak menangani rasa tak seronok ni ? 
Mungkin ada byk cara .. tapi kak sue nak kongsi kan zikir penenang hati ni..

Terdapat banyak zikir penenang hati yang boleh kita amalkan, 
contohnya:
~Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.. 
(Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar )


~La haula wala quwata illa billah..
(Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)


Manakala dibawah adalah contoh doa penenang hati yang boleh kita amalkan;


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,

dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….

sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH
Sumber: LINK

Wassalam

Jun 13, 2012

We're comeback ...

Ice-cream 

Froggy 

Moo
Assalam lovely  readers..
wah masih igt tak lagi dengan mereka diatas? hahaha.. lama kak sue tak buat design ni. Baru2 ni merajin kan diri utk buat semula. Upgrade sikit dari yang lama.. ice-cream tu lapisan atas kak sue buat 2 layer. Mr Froggy pulak dapat new eyes. Lebih terserlah mata tu. Mr Moo ..dapat oval eyes juga. Tapi saiz lebih kecil. 

Untuk yang berminat nak dapatkan pelbagai jenis moveable plastic eyes ni atau yang u all panggil mata gedik.. chummy supplies ada banyak saiz utk u all pilih. 
Boleh ke blog atau facebook Chummy Craft :)

Till then, wassalam & take care.

Jun 11, 2012

New - Pooh


Assalam..
ehem.. jadi tak pooh kak sue ni?
colourful lagi .. tak kisah la kan..buat warna warni lagi cantik. 

dpt jahit 10pcs dlm 1 jam..not bad eh..

.... ni gambar apa pulak ni? yang ni beberpa pcs yang sempat kak sue buat selepas anak2 gi sekolah pagi tadi. Hari ni kan 1st day sekolah slps 2 mggu cuti. Dalam cuti hari tu igtkan boleh siapkan sume pending orders.. tapi alahai.. lagi teruk rupanya.. 

Okay.. sampai sini dulu perkongsian hari ni. Insyaallah kita jumpa lagi.
wassalam 


Jun 9, 2012

Tutorial : Bow Brooch

Assalam.. just wanna share something with you :)
click picture to enlarge.
Credit To : 
KITTENHOOD
boleh ke link diatas utk details ye.
**Selain riben organza, riben jenis lain pun boleh juga. Cuma rasanya, jenis organza lebih mudah utk dijerut. 
Semoga memberi manfaat.

Jun 8, 2012

New Stock - brooch pin


Assalam my blog readers :)

Sudah sampai... baru dapat ni dari supplier yang baru. Kak sue tak beli banyak sebab takut kualitinya kurang baik. Tapi alhamdulillah.. suka sgt. Memang lebih baik dari yang dulu. So kak sue akan pilih dia sebagai supplier kak sue. Sebelum ni Kak sue akan lompat sana, lompat sini & sometimes jadi fussy buyer... but then bila dah suka dengan kualiti & harga .. kak sue akan jd customer yang setia. 

hik..ter out topik ke.. actually nak citer, ni brooch bar pin namanya. Crafters guna untuk buat brooch. 
contoh spt gambar ni .. 

Ada byk saiz.. tgk ni..

Tapi.. saiz 30 & 35mm kak sue just amik sample beberapa pcs je. 15, 20 & 25mm ada stok. New stock ..new price. Offer best price kat u all. setiap pack ada 20pcs.15mm - rm2.50,20mm -rm3.00,25mm-rm3.50, 30mm-rm4.00, 35mm-4.50.

Kak sue buka untuk pre oder juga ye. Harga borong :). Jangka waktu sampai >< 2minggu. Kalau ada yg berminat, email kak sue - chummycraft@gmail.com. Bila2 je boleh pre oder..tiada had waktu. Bukan brooch sahaja, barang lain pun boleh pre oder juga :).

Okay.. nak stop dulu ye. 
Wassalam
----------------------------------
Order di sini :

Jun 6, 2012

TQ Hasanah

Assalam & morning.
Hari ni kak sue selsema. Mmg sgt alah pada cuaca cam ni.. malam tadi hujan lebat & ribut petir lagi. Tapi tak rasa sejuk pun..nak kena pasang aircond juga..alahai, pagi ni asyik sneezing aje.

Owh..masa ribut petir tu gak 'Apies' datang visit kak sue. Salah seorang crafter yang kak sue kenal melalui Group Geng Felt Crafters di face book.Walaupun 1st time jumpa tapi bila sembang pasal craft.. mak ai makin kuat ribut petir makin rancak kitaorg sembang. Tak peduli org lain dah hahaha..

Ok..ni kak sue nak upload oder sebulan sudah.. (asyik upload lambat je..bila la nak up to date nya) . Ok, tak mau bebel2 lagi.. jom tgk pictures..

 Ni oder dari customer kak sue yg setia. Almost 2 years dah kami berurusniga. Tq sgt . 




Okay.. ini saje utk hari ni. Tq for viewing :)
Love u all :)