Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Apr 24, 2013

Pre Order dibuka !!

Assalam & Morning ..
Khas buat crafter yang nak cari craft supplies dgn harga yg sgt berpatutan.. pre order dah pun dibuka. Kali ni ada 2 batch.. join la mana2 batch yg berminat. FREE shipping untuk yang order min RM70 dan keatas. Syarat dan details tentang pre order boleh u all baca di SINI.



JOM ramai-ramai singgah link ni .. http://www.chummycraft.com.my/PRE+ORDER
wassalam :)

Apr 15, 2013

Fimo Cane

Assalam n slmt tghari..
Fimo cane, fimo rod, fimo stick, fimo clay... apa jugak namanya yg u all panggil, skrg sudah sampai kat rumah kak sue ni. Belum masuk kedai lagi. Baru nak try nak buat cam ne. Serius.. memula agak 'keciwa' sebab kecik sgt. Mmg la, supplier dah tulis diameternya hanya 0.5cm @ 5mm.. tapi byk jg yg sampai diameter kurang dari 5mm. Maybe ada yg 3, 4mm. Oo serius kecik kan. Tapi, ada jg yg lbh besar dr 5mm. Ada yg, 6, 7, 8mm jg. So kira halal la tu.. nak buat cam ne kan. Then, kak sue asing2kan, n pilih yg elok2 , pack untuk customer pre order..selebihnya , kak sue punya la tu...

Emmm... mau buat apa fimo ni? Ada beberapa idea dlm fikiran.. tapi yg plg mudah .. buat decoration.
Jom kita mula. Ambil sebatang fimk cane.. potong nipis ..guna cutter atau pisau kecil. Kak sue ada oder cutter jg, tapi belum sampai lagi. Nanti dah sampai, kak sue upload gambarnya.

Cara potongnya .. boleh potong menegak atau senget kan sikit. Bezanya, bila u all potong senget @ menyerong, bentuknya akan jadi lebih besar. Tgk gambar yg kak sue upload tu. U all bole jg potong lebih tebal.. serong n tebal, nanti bole dpt bentuk 3D. Owh..seronok rupanya main2 ngan fimo ni.

Gam .. kak sue guna hot glue untuk lekatkan pada felt. Gam uhu kak sue tak try. Tak tau la lekat ke tidak. Yg guna hot glue, pastikan glue tu betul2 panas dulu he. Kalau tak panas, tak menjadi. So sabar sikit tau. Bila gam dah panas, guna penyepit pegang fimo u all tu..letak gam ditgh2 fimo. Jangan letak byk2.. letak sikit je ..picit glue gun tu slow2. Seterusnya cpt2 lekatkan pd felt, dgn guna penyepit juga, tekan fimo tu biar dia betul2 lekat. Tekan slow2 tau utk elak lebihan gam terkeluar ..nt nampak comot lak. Kesimpulannya.. kena buat slow n carefull ye. Tak pe sis.. hasilnya memang cun ♥♥♥

Kak sue dah try buat deco utk hp charm. Sweet...tapi yg plg best..deco untuk cupcake. Kebetulan kak sue ada terima order beberapa pcs cupcake , so apa lg kan.. melaram la. Hihihi.. walaupun belum siap oder ni, tapi kak sue upload la utk bg idea kat u all. After this u all dah ada sikit info nak guna fimo ni utk apa kan. So, layan gambar n please comment ok tak ? ;)
C.U .. wassalam.

potong serong untuk dpt bentuk yg lebih besar.
 potong tebal utk dptkan bentuk 3D

Fimo Cane .. mcm2 bentuk .
yg ni saiz kecil  ><5cm panjang, diameter 0.5cm

Jadikan hiasan ..potong nipis2 & gam. 

Contoh hp charm 

So sweet.. suka sgt :)

Apr 8, 2013

Retired ... or rest in peace?

Assalam.. amboi kakak... tajuk apa nih? Mcm tak kena dgn gambar..
Hik.. glue gun ni.. meletop pagi tadi huhu .. selamat lah.. dah x bole guna.
Sebelum ni penah dgr jg ..ada yg meletup2 cam ni.. so tadi x lah cemas sgt.
Terkejut sikit je..
Btw.. thank you sgt2 kat 'dia' sepanjang perkhidmatannya banyak sgt gunanya..
Tapi syg, tak lama 2,3 tahun aje..Igtkan bole la tahan sampai 10 tahun ke ..ekeke..
maybe kak sue x jg baik2 kot. Pernah gak sekali terlupa tutup suis semalaman..
(ni rahsia tau..tau dek hubby kak sue, mampos membebel)
So.. bungkus, simpan, buang or tanam je la kan.. n terpaksalah keluarkan belanja..
meminang yg baru..(kak sue mengerling beg duit yg terbujur kaku dan semakin melidi..disebelahnya selonggok glue stick yg baru saje dibeli semalam..)
Pape je la korang... jumpa lagi ye.
Abaikan gangguan emosi petang ni ye..

Apr 3, 2013

DIY : Ribbon Brooch Simple & Tutorial

Assalam & morning readers..

Kak Sue nak share tutorial buat brooch riben yang simple .. sewless, just guna gam aje & express :). Zaman skrg ni semua nak express kan.. nak cepat & nak cantik juga. so, jomm...


  1. Dengan menggunakan patern , gunting kain felt seperti no 1. 
  2. Lapiskan kedua-dua kainfelt tadi. Kain yang lebih panjang disebelah bawah.


3. Jerutkan tengah riben seperti gambar 3. U all bole ikat dgn dawai halus atau jahitkan aje.


4. Dengan menggunakan riben, balut bahagian tengah tadi. Gam ye sis.. kak sue guna hot glue.


5. Gam kan brooch pin sepert gambar di atas ye.. hihihi.. dah hilang dah nombor kat gambar .. 


6. Kemaskan bahagian tepi2 kain tu.. kadang2 bila kita jerut, kain akan jd tak sama panjang & nampak kurang kemas. Selalunya, kak sue akan gunting yg lebih2 tu. Ok..dah siap.. Wahhh... simple... tapi cantikkan. 
U all boleh jadikan sepit (hair clip) jg ni. Asasnya sama, cuma brooch pin gantikan dengan clip rambut. Gunakan kreativiti u all ..

Untuk yang baru nak cuba2 buat, kak sue ada beginner pack untuk u all.. kak sue akan masukkan dalam kategori DIY PACK di blog supplies


Boleh dapatkan pek DIY ini di SINI

NOTES FOR CRAFTERS!
- please remind, walaupun nampak senang dan mudah membuatnya, jangan letak harga terlalu rendah untuk hasil u all. Fikirkan juga, masa & tenaga kita. (teringat bila ada yg jual dgn harga tak sampai rm1, buat sendiri baru tau dik..) 

Ok.. setakat ini perkongsian hari ni ye. Semoga memberi manfaat. Maaf andai ada tersalah bahasa.
Wassalam, CU ..