Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Apr 26, 2024

Hadiah Hari Guru Bajet

Assalamualaikum..
hai..

Rakan crafter dah start awal-awal lagi. Tapi kita baru nak mula. Beraya lama sangat kan. Sekarang sedang siapkan ready stok .. insyaallah by end April kita bagi katalog. 

Untuk Hari guru 16 May, tahun ni kita buat versi bajet² aje, Maklumlah ekonomi sekarang. 

Kita tunjuk satu lah gambarnya.. Ok yg ni handphone straps. Boleh aje nak gantung di mana². Di beg pun boleh. 


Apr 25, 2024

Huruf untuk bulletin board.

 Assalamualaikum.. Hi 😍..

Ok..ni antara hot item yang buyer selalu repeat order. Huruf² ni handcut tau. So font yang ada pun sejenis ini lah sahaja ya.. jangan request font tau. Perkataan & warna boleh request😁.



Ni geng kaunseling kann. Tempahan dari buyer yang berbeza ni. 

Owh.. Teringat pula Ada satu kisah masa di uni. Masa tu part one.. nak kena pilih"kelab". Sis ni kaki lari ..so amik kelab olahraga. Alihnya, kurang sambutan..lecture ckp kena bubarkan. Spoil..

So sis nak join netball tapi penuh pulak. Member ajak join kelab memanah..tapi sebab merajuk, tak nak lah amik sukan². Sis pun join la kelab BKS - Bimbingan & kaunseling. Baru puashati, belajar dlm bilik ekon.. bilik kaunseling. 

Tapi sebenarnya ok juga..jumpa sisi lain dlm diri..terminat psikologi pula 😂. 

.

Nak beli huruf? Klik sini 🤣

https://shopee.com.my/chummycraft

#chummycraft #giftshop #onlineshopping


Apr 4, 2024

Ramadan is leaving ..

 Saya copy tulisan ustaz wadi annuar..


"Semoga Allah ﷻ pilih kita semua untuk sama-sama kita menghidupkan sepuluh malam terakhir.

Pejam celik berbaki lagi seminggu tetamu yang dihantar oleh Allah ﷻ akan meninggalkan kita semua. Tetamu itu adalah Ramadan al-Mubarak.

Dalam kesempatan masa sepuluh hari terakhir ini merupakan fasa yang paling ramai umat Nabi ‎ﷺ lalai. Sedangkan dalam sepuluh hari terakhir inilah ada satu hadiah yang sangat istimewa kerana hadiah itu hanya diberikan kepada umat Nabi ‎ﷺ sahaja. Hadiah itu adalah malam Lailatulqadar, yang mana ibadat, zikir, baca al-Quran dan kebaikan yang kita buat pada malam itu lebih berharga, dan lebih banyak fadilat daripada seribu bulan.

Semoga Allah ﷻ memilih kita semua tidak lalai untuk tekun mencari reda Allah dalam malam Lailatulqadar. Kata para ulama salaf, sekali pun kita tidak mampu untuk bangun malam, sepuluh rakaat tarawih dan sebagainya, cara untuk mendapatkan fadilat Lailatulqadar ialah dengan bersedekah pada tiap-tiap malam tersebut, walaupun satu ringgit. Ataupun jika tak sempat mengerjakan tarawih, jangan tinggal solat isyak dan solat subuh berjemaah.

Akhir kata, marilah kita doakan semoga Allah ﷻ pilih kita semua untuk sama-sama menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan."

— Ustaz Wadi Annuar

Sebarkan, semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Link asal https://www.facebook.com/share/UZEFWM3sEd55rjTf/?mibextid=oFDknk

Apr 2, 2024

Keychain Nama Murah

Bismillah.. Alhamdulillah..

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat-sihat ya. Hari ini hari ke 23 Ramadhan , malam-malam akhir memburu lailatuqadar. Semoga kita dapat menambah amal dengan lebih baik tahun ini InsyaAllah.

Saya nak share antara hot item di Chummy craft , Keychain nama. Keychain ni ada beberapa variasi. Yang petak tu , gambarnya kita print & press atas kain felt. Kita panggil dia keychain printed. Bahagian bawah menggunakan foam.

Yang panjang tu pula hanya gambar doodle nya sahaja printed, yang lain foam. Kita guna eva foam sheet. Material dia lembut dan macam sponge sikit. 

Keychain ni boleh sangkut pada beg. Nak buka sekolah haritu ramai ibu-ibu yang tempah untuk anak-anak mereka. Dah ada nama siap InsyaAllah tak tertukar. Maklumlah anak-anak kecil apatah lagi yang baru mula melangkah ke sekolah. Teringat pula kisah anak sendiri pernah tertukar beg masa mula sekolah dulu. Buka beg nak buat homework..ahh sudahh.. buku nama orang lain. 😂


OK, Di sini saya sertakan link shopee untuk produk di atas. 
Jika ingin terus berhubung melalui whatsapp , boleh klik pada button contact us .

Keychain
1. Keychain petak 5cm
https://shp.ee/0h0lszw

2. Keychain foam panjang
https://shp.ee/3vxhlh1

3. Keychain panjang printed
https://shp.ee/dzfmyef