Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Dec 17, 2020

Acrylic Button

Hi..assalamualaikum.
Cuaca dingin..hujan. Musim tengkujuh kan sekarang hujung tahun.  Alhamdulillah ..sedap betul klau tido hujan hujan mcm ni 😅.

So hari ni nak tunjuk button acrylic pula. Button ni sesuai jika nak buat facemask connector. Size lebih kurang 2cm. Design pun menarik. Comel comel semuanya. Jika ada yg berminat boleh terus ke shopee kami. Search chummy craft ye. 







 

Dec 14, 2020

Giveaway Contest

 


Hi.. salam. Dah lama tak buat giveaway kan. So sempena "pencil case printed" menjadi hot item bulan Nov Dec kita decide nak bg free utk 2 org bertuah. Tapi kita buat di instagram dulu ye. Next nanti utk blogger pula. Help our ig grows ye guys. 

Cara nya senang je.

✅ follow ig @felt_craft_chummy

✅ like dan ..

✅ comment post ini. Giveaway felt_craft_chummy

Cukup 3k followers nanti kita announce the winners. Tgk sambutan..klau ramai join nt kita tambah gift. 

Dec 12, 2020

Tempahan Fatin


 Alhamdulillah .. Siap tempahan Fatin. 3pcs keychain pillow dan 1pc car charm. Size lebih kurang 8cm. Sama besar shj car charm dgn keychain. Bezanya tali penyangkut dia. Keychain guna key ring. 

Semoga berpuashati dengan hasilnya. 

Dec 10, 2020

Printed Pencil Case Tempahan Wani

Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai satu lagi amanah dari customer. Pencil case untuk hadiah anak anak murid. Sudah pun sampai semalam dan dia berpuashati. 

Wani pilih design yang sama. Cuma dibezakan dgn doodle boys & girls . Jangan risau tertukar walaupun sama sebab dah tulis nama masing² kan. 

Terima kasih kerana sudi order. Jom tengok gambarnya.


Untuk girls

 

Untuk boys

Dec 9, 2020

Work in progress ..


 Hari ni menyumbat bantal dan keychain. 😅 Kalau waktu tgh bizi tu bersepah kan main. Nak melangkah pun kena berhati hati. Anak anak kata ada periuk api. Maklumlah kan ..mcm² benda atas lantai. 

Rasa penat sgt mlm ni. Jumpa lagi insyAllah. 

Dec 8, 2020

Pencil Case Custom Tempahan Arfah

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah sempat pos hari ni pencil case tempahan Arfah. 10pcs kesemuanya mix design. Semoga selamat tiba bertemu tuan barunya. Terima kasih juga untuk Arfah , semoga murah rezeki selalu.

Untuk melihat design lain yang ditempah oleh Arfah, boleh visit channel telegram pencil case. Link nya di sini Channel Telegram Pencil Case . Jemput singgah dan join channel ye. Terima kasih 😍. 


Dec 7, 2020

Felt Keychain Simple

Assalamualaikum. Semoga sihat semuanya hari ini. 
Cerita keychain pula ye hari ini.  Keychain ala ala budget. Tapi masih lagi comel. Yg ni kita buat versi muslimah je dulu ye. 

Kami guna kain felt 2mm untuk lapisan atas. Gambar menggunakan teknik heat press. Lapisan bawah pula menggunakan kain felt 1mm.

Untuk gantungan boleh pilih ball chain atau keyring. 
Harga cuma RM1.90. Berminat boleh whatsapp kami https://chummy.wasap.my

Pilihan utk tali penyangkut boleh guna key ring atau ball chain. 

Ada byk doodle yang menarik , untul sample pilih yang ni dulu.

Size lebih kurang 4-5cm tinggi

 

Dec 6, 2020

Custom Pencil Case Yellow Line

 Hi..assalamualaikum.

Kali ini nak cerita item pencil case yellow line yang agak hot permintaannya ini. 

Hadiah untuk guru

Bagi yang mencari hadiah untuk guru, kami ada beberapa design yang boleh u all pilih. Boleh customized tulisan. 

Peminat unicorn

Material yang kami guna ialah kain yellow line. Kain seperti kain uniform misi. Kami menggunakan teknik heat press di mana warna masuk dlm kain. Jadi tidak mudah luntur dan boleh di basuh. 

Insyaallah nanti sy update lagi tentang pencil case ini beserta link channel telegram. 

Wassalam.



Bantal Printed tempahan Syazana

Assalamualaikum. 
Hari ni sy nk kongsi gambar bantal printed size 20cm. Kecil dan comel shj bantal ni. Sesuai juga kalau nk gubah sbg bouquet. Pernah dulu customer buat. 

Terima kasih customer yang sudi order dgn kami. Jika ada yg berminat boleh ws sy 0139468836. 

Sy sebenarnya tak pasti jika ada yg singgah blog ini memandangkan agak lama tidak aktif. Andai sesiapa singgah atau tersesat 😅 harap sudi tinggalkan jejak di komen.  Ok skrg jom tgk gambar.



 

Dec 5, 2020

Bantal Printed A4

 Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu. 

Post kali ini tentang printed pillow pula. Ada yang lebih gemar memanggilnya bantal print , bantal bergambar dsbnya. 

Bantal tempahan regular customer chummy craft, cik puan Hazwana. Hazwana tempah 2pcs bantal bersaiz a4.  Saya tunjukkan gambarnya. 

Bantal pertama 

Bantal ke dua

kedua dua design express sahaja😅..memandangkan perlu disiapkan segera supaya tiba sebelum tarikh birthday yg di rai. 

alhamdulillah..sudah pun sampai kepada penerima. Customer berpuashati. Cantik katanya. 

Terima kasih kerana sudi tempah dengan kami. 

Dec 4, 2020

Door gift Keychain Murah

Assalamualaikum. 
Semoga semuanya sihat dan didalam perlindungan Allah swt. 

Kali ini nak berkongsi custom made keychain pula. Boleh dijadikan door gift atau souvenir. Hujung tahun ramai juga yang mencari hadiah terutamanya para pendidik , ibubapa, student dll. 

Saya kongsikan dulu gambarnya.



Terdapat 2layer. Layer pertama menggunakan kain felt. Gambar pula menggunakan teknik heat press. Warna terang dan masuk dalam kain. InsyaAllah boleh kena air dan tidak luntur. Bahagian bawahnya pula adalah foam. 

Yang menariknya design boleh customized mengikut citarasa sendiri. Kami design kan secara percuma. 

Harga juga reasonable. Antara RM3 - RM3.50 bergantung kepada jumlah order. Semakin banyak , semakin murah pula.

Jika ada yg berminat boleh klik SINI.

Sehingga bertemu di post akan datang, take care..wassalam.

Custom Pencil Case K.Dyla

 Assalamualaikum. Salam Jumaat yg barokah. Pagi ini kami bermusafir dalam hujan. Alhamdulillah sudah sampai destinasi teratak bonda. 

Ok..hari nak simpan sini tempahan dari sahabat lama sewaktu belajar di UiTM dulu. Terima kasih Kak Dyla kerana selalu support. Kali ini kak dyla tempah 2pcs pencil case untuk kedua2 puterinya. Saya upload gambarnya di sini. 




Untuk details boleh klik SINI

Dec 3, 2020

Tempahan Mdm Baljinder

Assalamualaikum. Selamat pagi. 
Ini tempahan madam Baljinder untuk anak dan staff. Beliau tempah utk satu tahun bermula January yg lalu. Alhamdulillah terima kasih. Sudah selesai amanah yg diberi. Untuk December sebenarnya ada 4pillow. Rasanya sudah terdelete pula yg satu itu..kemungkinan ada dalam delete folder😅. Kurang rajin pula nk mencari. Btw..nk gi breakfast..jumpa lg insyaallah. 




 

Dec 2, 2020

Tempahan Leaya

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, sudah siap pos 30pcs pencil case ni. Lega rasanya apabila selesai amanah yg diberi. Semoga mereka gembira dengan hasilnya. 

Bahagian belakang. Pencil case ni di cetak depan belakang.

Ini pula bahagian depannya. Sesuai sgt utk hadiah perpisahan kan? Semoga ukhwah kalian berpanjangan.

View bahagian depan dan belakang

Kesemua 30pcs.

 

Dec 1, 2020

Pin Cushion

Alhamdulillah..tempahan dari customer shopee. Tiada minimum order, satu pun boleh. Nak cari kedai shopee kami .. search "chummy craft". Insyaallah jumpa la nanti 😘


Nov 30, 2020

Tempahan Teacher Zarith


 Alhamdulillah .. Tempahan dari Teacher Zarith. Keychain tu untuk anak anak muridnya. Untung ya dapat cikgu yang murah hati. 

Keychain tu 2layer. Layer pertama kain felt tebal dan bawahnya kami guna foam. 

Terima kasih untuk tempahan ini. Moga murah rezeki selalu. Aminn.

Nov 28, 2020

Pencil Case Printed

 Hi..Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tempahan minggu lalu. Customer request tema unicorn. Bagi peminat unicorn disini ada beberapa design untuk di pilih. Btw boleh request design sendiri. Insyaallah akan cuba buat sebaik yg boleh. 

Kami ada sediakan channel telegram khas untuk pencil case. Masih baru ..dan akan cuba update selalu. Jemput singgah Telegram - Pencil case





Nov 27, 2020

Pencil Case

Assalamualaikum. 

Ada yg cari gift hujung tahun? Item terbaru dari chummy craft ini agak tinggi permintaannya. Pencil case printed yellow line. Design boleh customized dan personalized. Nak letak gambar sendiri pun boleh.

Materialnya menggunakan kain yellow line dan size nya lebih kurang separuh A4. Ada harga pengenalan sehingga hujung December 2020. Klik link ini untuk lihat Katalog


Customized nama



Untuk hadiah guru.



Kerana Rindu

Usah di tanya mengapa menghilang dan menyepi. Raikan kepulangan adalah lebih baik dari mengisah cerita yang mana mungkin ada duka disebaliknya. 

Wow.. Arghh..

So Well i'm back. Entah untuk bermusafir atau bermukim. Tidak mahu berjanji. Namun hari ini singgah "rumah lama".. Kerana rindu ..