Nov 10, 2026
Keychain Nama Custom Laris di Shopee – Musim Goodies Hujung Tahun
Oct 20, 2026
Glue Stick Jernih vs Putih Susu: Pengalaman Menggunakan Gam untuk Kraftangan
Baru-baru ni saya beli dua jenis glue stick di MR.DIY. Satu berwarna jernih, manakala satu lagi nampak sedikit pekat dengan warna putih susu.
Nampak macam sama saja, kan? Tapi bila dah guna untuk kerja saya, saya perasan ada sedikit perbezaan dari segi penggunaan.
1. Glue Stick Jernih
Glue stick yang jernih lebih mudah mencair apabila dipanaskan menggunakan glue gun. Tak perlu tunggu lama untuk gam mula keluar.
Cuma, kena berhati-hati semasa menekan glue gun. Kalau terlebih tekan, gam boleh keluar terlalu banyak. Untuk kerja yang memerlukan penggunaan gam dalam kuantiti kecil, memang kena kawal tekanan tangan.
2. Glue Stick Warna Putih Susu
Berbanding jenis jernih, glue stick yang berwarna putih susu ini mengambil masa sedikit lama untuk mencair.
Tapi bagi saya, ada kelebihannya. Saya selalu menggunakan glue gun untuk melekatkan bahagian kecil seperti huruf foam, jadi saya lebih suka jenis ini kerana lebih mudah mengawal jumlah gam yang keluar.
Kalau terlebih gam, kerja boleh jadi kurang kemas, terutama apabila melekatkan huruf yang kecil-kecil.
3. Adakah Kekuatan Gam Berbeza?
Berdasarkan pengalaman saya menggunakan kedua-duanya, saya rasa tiada perbezaan ketara dari segi kekuatan gam.
Namun, ini bukan ujian perbandingan secara khusus. Saya hanya berkongsi pemerhatian berdasarkan penggunaan sendiri untuk kerja kraftangan.
Kesimpulan: Saya Lebih Suka Glue Stick yang Mana?
Untuk kerja Chummy Craft, terutamanya melekatkan huruf foam yang kecil, saya lebih suka glue stick berwarna putih susu kerana lebih mudah mengawal penggunaan gam.
Tapi kalau nak gam cepat mencair dan terus digunakan, jenis jernih juga ada kelebihannya.
Nota:
Perkongsian ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Pengalaman crafter lain mungkin berbeza, bergantung pada jenis glue stick, glue gun dan cara penggunaan masing-masing.
Kalau korang pernah guna kedua-dua jenis glue stick ini, mana satu yang korang lebih suka?
Oct 16, 2026
Keychain Nama Custom: Idea Goodies Sekolah yang Comel dan Personal
Kalau sebut tentang goodies sekolah, mesti ramai mak ayah dan cikgu mula mencari idea hadiah yang sesuai untuk murid, kan?
Lebih-lebih lagi bila dah masuk hujung tahun. Ada majlis penghargaan, sambutan hari jadi, jamuan kelas dan macam-macam lagi aktiviti sekolah. Semuanya macam datang serentak. 😅
Kalau korang tengah mencari idea goodies yang bukan sekadar comel, tetapi ada kegunaan juga, apa kata pertimbangkan **keychain nama custom**?
Di Chummy Craft, keychain nama antara produk yang selalu mendapat perhatian pelanggan. Jom kita tengok kenapa hadiah kecil macam ni boleh menjadi pilihan untuk pelbagai majlis.
1. Kenapa Pilih Keychain Nama Custom untuk Goodies Sekolah?
Salah satu perkara menarik tentang keychain nama ialah setiap satu boleh dibuat mengikut nama penerima.
Berbanding goodies yang sama untuk semua orang, keychain dengan nama sendiri terasa lebih personal. Tambahan pula, nama boleh membantu murid mengenal pasti barang masing-masing apabila keychain dipasang pada beg sekolah atau beg kecil.
Keychain nama juga sesuai untuk pelbagai kegunaan, antaranya:
- Goodies sekolah – untuk jamuan kelas, aktiviti sekolah atau hadiah kepada rakan sekelas.
- Hadiah untuk cikgu dan murid – sebagai kenangan kecil yang boleh disimpan.
- Hadiah hari jadi – lebih menarik apabila setiap tetamu menerima keychain dengan nama sendiri.
- Cenderahati majlis – boleh dipertimbangkan untuk majlis yang memerlukan hadiah dalam kuantiti banyak.
- Tanda nama beg anak – membantu membezakan beg atau barang anak daripada barang orang lain.
Hadiah tak semestinya besar atau mahal untuk menjadi kenangan. Kadang-kadang, benda kecil yang ada nama sendiri pun dah cukup istimewa.
2. Keychain Nama Foam dengan Doodle Comel
Untuk keychain nama foam Chummy Craft, pelanggan boleh mendapatkan keychain dengan nama custom serta doodle budak lelaki atau perempuan.
Gabungan nama dan doodle ini memberikan rupa yang comel dan sesuai untuk hadiah kanak-kanak.
Antara perkara yang menggembirakan saya ialah apabila pelanggan meninggalkan review dan berkongsi bahawa keychain yang diterima kemas dan cantik.
Sebagai pembuat handmade, maklum balas macam ni memang bermakna. Kita bukan sekadar menyiapkan barang, tetapi berharap hasil yang sampai kepada pelanggan menepati jangkaan mereka.
![]() |
| Keychain nama |
Jom tengok hasil keychain nama yang pernah disiapkan, gambar-gambar produk sebenar boleh membantu korang mendapatkan gambaran tentang rupa dan kemasannya.
![]() |
| Mix colour |
![]() |
| Pek satu² |
Oct 14, 2026
Keychain Nama Custom: Cabaran Menyusun Nama
Assalamualaikum.
Minggu ni masih bizi dengan tempahan keychain nama custom. Kerja menyusun huruf dan gam nama nampak mudah, tapi bila berdepan dengan order besar, ada juga cabarannya!
Antaranya, nama yang customer cakap tak boleh nak pendekkan dia. Kita limit 9 huruf sahaja atau sehingga muat pada base keychain. Tapi nama yang banyak guna huruf besar contoh - MUHAMMAD , walaupun 8 huruf tapi base tak muat. So terpaksalah buat base lain untuk dia. Jadi panjanglah sikit.
Base keychain biasanya dah buat awal, so memang kita harap sangat nama ikut panduan yang kita bagi. Lagipun jika panjang sangat tak sesuai dengan material foam yg lembut.
Dan nama yang ada dua perkataan pula perlukan ruang tambahan. Belum masuk senarai nama yang bercampur lelaki dan perempuan. Name list mesti letak gender. nama contohnya Iman boleh guna lelaki perempuan .. Kita nak letak doodle tau, jangan buat kita confuse ok.
Tapi cabaran paling tak disangka ialah apabila ada nama sama dengan nama crush zaman dulu!
Hahaha, tengah buat keychain pun boleh tersasar ke memori lama. Nasib baik tangan masih ingat kerja yang perlu disiapkan. 🤣
Begitulah sedikit cerita di sebalik proses menyiapkan **keychain nama custom di Chummy Craft**. Setiap nama ada kiraannya, setiap tempahan ada ceritanya.
Okay, sambung gam nama. Crush biarlah jadi kenangan, order pelanggan kena
siapkan dulu!
![]() |
| Dah siap. |
Until next time, InsyaAllah.
.
Saya custom small gifts utk anak².
Jemput singgah sini .. https://my.shp.ee/1ZScDmpf
Oct 12, 2026
Selamat pengantin baru BASS
BASS Dah Kahwin! Kenapa Ramai Sangat Orang Malaysia Ikut Love Story Mereka?
![]() |
| Selamat pengantin baru |
Rasanya sejak kebelakangan ini, kalau buka media sosial, mesti ada saja cerita pasal BASS.
Bella dan Sadiq.
Daripada cerita hubungan mereka, detik pertunangan, persiapan perkahwinan sampailah hari mereka sah bergelar suami isteri, semuanya mendapat perhatian ramai.
Pada 10 Oktober 2026, akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri. Tahniah buat Bella dan Syed Saddiq!
Tapi kan, terfikir sesuatu.
Kenapa kita boleh rasa begitu teruja melihat kisah cinta orang yang sebenarnya kita tak kenal pun secara peribadi?
Kita bukannya saudara-mara mereka. Tak pernah duduk semeja minum teh dengan mereka. Nak kata kawan Facebook pun belum tentu mereka kenal kita. Haha!
Tapi bila tengok berita mereka kahwin, ada pula rasa gembira. Ada yang tersenyum sendiri, ada yang berkongsi berita itu dengan kawan-kawan, malah ada yang rasa sebak melihat momen tertentu.
Kenapa agaknya?
Oct 11, 2026
Busy order hujung tahun.
![]() |
| Gambar Ai |
![]() |
| Jemput singgah sini .. https://my.shp.ee/1ZScDmpf |
Oct 7, 2026
Bagaimana ia bermula ..
Hi السلام عليكم
Dalam post yang lalu, saya ada cerita antara hot item di kedai shopee saya adalah huruf foam.
Bagaimana saya bermula?
Idea ni sebenarnya datang masa saya jual precut huruf foam saiz kecil, lebih kurang 2cm, yang saya buat menggunakan mesin gelek.
Ramai pula yang tanya, “Ada tak huruf yang besar sikit?”
Dari situlah saya cuba buat saiz 5cm… kemudian 10cm, dan akhirnya sampai 14cm.
Untuk saiz besar ni saya tak guna mesin. Saya print template huruf, laminate dulu supaya lebih tahan, kemudian trace atas foam dan gunting satu-satu.
![]() |
| Ni rupa dia lepas kita trace guna template huruf |
Nampak macam simple kan? Tapi bahagian menggunting tu kena ada steady hands juga. 😂
Tangan gigil-gigil lepas minum kopi memang bukan masa terbaik nak potong huruf. Silap-silap huruf A jadi macam… entah huruf apa. 🤣
Daripada situ saya belajar, benda yang nampak simple pun sebenarnya perlukan teknik dan kesabaran.
Dan begitulah bermulanya precut huruf foam saiz besar Chummy Craft. Saya kepilkan beberapa gambar di bawah ..
Oct 5, 2026
Pembuka Tirai Sales Oktober
Hi Blog, السلام عليكم
Sales Oktober membuka tirai dengan satu order dari Bumi Kenyalang.
Yang menariknya, order ni datang daripada listing yang… ehem… dah lama sangat duduk diam dalam Shopee. 😂
Sampai saya tengok order list pun macam,
“Eh, ada orang order ni? Cutting dies dia kat mana eh?”
Nasib baik mudah jumpa. Kalau tak, memang kena buat operasi mencari dan menyelongkar kotak dahulu. 😆
Itulah unik dunia Shopee. Barang yang kita rasa dah lama tak bergerak, tiba-tiba ada orang datang cari.
Dan hari ni pula,
Oct 4, 2026
Tak Sangka demand Tinggi
Assalamualaikum.. hi ❤️
Nak citer ni, ada satu produk dalam Chummy Craft yang pada awalnya saya sendiri tak sangka akan mendapat sambutan yang baik.
Saya bagi nama dia - Precut huruf foam.
![]() |
| Huruf foam - 5cm |
Ya… huruf foam yang dipotong satu-satu dengan tangan. 😂
Kalau tengok produk ni, memang nampak simple. Sekeping foam, ada huruf A sampai Z, potong dan siap.
![]() |
| Trace huruf sebelum gunting |
Tapi di sebalik satu huruf yang nampak simple tu, leceh jugalah prosesnya.
Kena sediakan template, pindahkan bentuk huruf (trace), potong satu-satu dan pastikan bentuknya kemas. Bila order datang dalam jumlah yang banyak, memang boleh duduk lama dengan foam dan alat memotong. Sakit pinggang weh..
Kalau perkataannya panjang dan mix colour , prosesnya lebih lama sebab nak match kan warna pula. Haa..yang ni boleh bikin stress.😂
Pada awalnya saya tak fikir produk ni akan jadi antara produk yang paling banyak permintaan. Rupanya sekarang dah jadi antara hot item di shopee.
![]() |
| Boleh pilih satu warna atau mix colour |
Ada yang perlukan nama murid, tajuk bulletin board, hiasan kelas, papan kenyataan, backdrop dan macam-macam lagi.
Ada juga guna untuk event sukan, buat sepanduk , event sekolah yg mana boleh pakai buang.
Guru atau sesiapa yang pernah buat dekorasi kelas mesti tahu… nak potong huruf sendiri untuk satu ayat pun boleh mengambil masa.
Kalau satu perkataan ada 10 huruf, kemudian kena buat beberapa perkataan pula, memang boleh tahan lama kerja tu.
Jadi bila ada pilihan untuk terus beli huruf yang dah siap dipotong, kerja dekorasi jadi lebih mudah.
Tak perlu print template.
Tak perlu trace.
Tak perlu potong satu-satu.
Buka parcel, susun huruf dan terus boleh digunakan.
Sep 30, 2026
Setahun berlalu ..
Setahun menyepi dari blog, rupanya banyak juga benda yang berubah dengan Chummy Craft.
Kalau dulu saya buat craft dengan cara yang agak “manual”, sekarang banyak benda dah cuba dipermudahkan. Bukan sebab dah malas nak buat kerja tangan… tapi sebab kalau semua benda nak buat dari A sampai Z, memang 24 jam sehari tu rasa macam tak cukup.
| Antara produk yang sekarang masih hot selling ialah keychain nama, precut huruf foam dan printed pillow. |
Tapi produk yang paling tak disangka-sangka sebenarnya ialah **precut huruf foam**.
Yang ni memang handcut. Satu-satu huruf kena potong. Ingatkan produk kecil macam ni tak adalah permintaan sangat. Rupanya… demand tinggi pula!
![]() |
| Huruf foam |
Kadang-kadang saya sendiri fikir, “Kenapa benda yang paling banyak kerja tangan ni yang paling banyak orang nak?” 😂
Tapi itulah menariknya buat handmade. Kita boleh agak apa yang orang suka, tapi akhirnya customer juga yang tentukan.
Dari segi cara menghasilkan produk pula, saya dah mula mencari jalan untuk jimat masa dan tenaga.
![]() |
| Dahulu .. |
Contohnya dulu kalau buat bantal felt, prosesnya lebih panjang. Kena gunting felt, tampal, susun dan kemudian jahit. Sekarang untuk sesetengah design, saya boleh terus print dan tinggal proses jahit. Lebih cepat dan lebih praktikal.
![]() |
| guna teknik heat press je. Cantik pun cantik kan. Boleh buat macam² design. Proses pun cepat. |
Bukan bermaksud semuanya mesti dibuat dengan cara paling mudah. Tapi bila buat bisnes seorang diri, kita memang kena pandai cari cara untuk bekerja dengan lebih bijak.
Sebab dalam Chummy Craft ni, saya bos , saya jugalah kuli 🤣.
Bahagian production, packing, customer service, marketing, kira duit… semua saya juga.
Kadang-kadang nak cuti pun kena 'meeting' dengan diri sendiri dulu. 😂
Cabaran lain?
Sep 28, 2026
Salam Takziah
Dukacita menerima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang telah menghembuskan nafas terakhir pagi ini pada usia 100 tahun.
Seorang tokoh wanita dan doktor yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.
Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad, seluruh keluarga serta insan-insan yang mengenali dan menyayangi Allahyarhamah.
Semoga segala jasa dan kebaikan Allahyarhamah menjadi amal yang terus mengalir, dan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
"Seluruh Malaysia Berduka"
Sep 24, 2026
Hi.. I'm comeback
Eh… masih ada orang baca ke?
Soalan pertama yang muncul dalam kepala saya sebelum mula menaip post ini. 😂
Lama betul saya tak menulis di sini. Kalau blog ini boleh bercakap, mungkin dia dah lama tanya,
*"Kau hidup lagi ke?"*
Ya. Saya hidup. Blog pun masih hidup. Cuma tuan punya blog yang lama menghilang.
Sebenarnya sepanjang blog ini sunyi, banyak benda berlaku. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang langsung tak menarik untuk diceritakan… tapi satu benda yang masih sama:
**Chummy Craft masih ada.**
Dan saya masih buat craft.
Cuma sekarang, saya lebih banyak menghabiskan masa di belakang meja, dengan kain, foam, gunting, mesin, printer, packaging, order customer dan… Shopee. Banyak Shopee. 😆 Dari blog ke Shopee.

















