Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "
Showing posts with label Love Islam. Show all posts
Showing posts with label Love Islam. Show all posts

Jun 28, 2024

Nasihat buat wanita.

 Buat saudara wanita seislamku. Saya mau kongsi 5 nasihat Al-Quran buat para wanita. Jom kita jaga 5 perkara ini. Semoga Allah izin kita menjadi wanita terbaik di mana pun kita berada 🤲


1. Menjaga Kehormatan dan Kesucian:

   Wanita digalakkan untuk menjaga kehormatan dan kesucian diri dalam pergaulan dan berpakaian.

   - Surah An-Nur, ayat 31: "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat."


2. Berpakaian Sopan dan Menutup Aurat:

   Islam menekankan pentingnya berpakaian dengan sopan dan menutup aurat.

   - Surah Al-Ahzab, ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


3. Menjaga Lisan dan Ucapan:

   Wanita dianjurkan untuk menjaga lisan dan berbicara dengan sopan dan baik.

   - Surah Al-Ahzab, ayat 32: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."


4. Berbuat Baik dan Menghindari Fitnah:

   Wanita dianjurkan untuk berbuat baik dan menghindari segala bentuk fitnah.

   - Surah Al-Ahzab, ayat 33: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."


5. Mendidik Anak-anak dan Memastikan Mereka Beriman:

   Wanita mempunyai peranan penting dalam mendidik anak-anak dan memastikan mereka beriman serta bertakwa kepada Allah.

   - Surah Luqman, ayat 14: "Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."


Fb: Marhamah Rosli

Apr 4, 2024

Ramadan is leaving ..

 Saya copy tulisan ustaz wadi annuar..


"Semoga Allah ï·» pilih kita semua untuk sama-sama kita menghidupkan sepuluh malam terakhir.

Pejam celik berbaki lagi seminggu tetamu yang dihantar oleh Allah ï·» akan meninggalkan kita semua. Tetamu itu adalah Ramadan al-Mubarak.

Dalam kesempatan masa sepuluh hari terakhir ini merupakan fasa yang paling ramai umat Nabi ‎ï·º lalai. Sedangkan dalam sepuluh hari terakhir inilah ada satu hadiah yang sangat istimewa kerana hadiah itu hanya diberikan kepada umat Nabi ‎ï·º sahaja. Hadiah itu adalah malam Lailatulqadar, yang mana ibadat, zikir, baca al-Quran dan kebaikan yang kita buat pada malam itu lebih berharga, dan lebih banyak fadilat daripada seribu bulan.

Semoga Allah ï·» memilih kita semua tidak lalai untuk tekun mencari reda Allah dalam malam Lailatulqadar. Kata para ulama salaf, sekali pun kita tidak mampu untuk bangun malam, sepuluh rakaat tarawih dan sebagainya, cara untuk mendapatkan fadilat Lailatulqadar ialah dengan bersedekah pada tiap-tiap malam tersebut, walaupun satu ringgit. Ataupun jika tak sempat mengerjakan tarawih, jangan tinggal solat isyak dan solat subuh berjemaah.

Akhir kata, marilah kita doakan semoga Allah ï·» pilih kita semua untuk sama-sama menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan."

— Ustaz Wadi Annuar

Sebarkan, semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Link asal https://www.facebook.com/share/UZEFWM3sEd55rjTf/?mibextid=oFDknk

Mar 23, 2023

Selamat berpuasa


 Hi..assalamualaikum.

Selamat berpuasa untuk semua umat Islam di Malaysia khususnya.

Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik. Rebut peluang & ganjaran Allah setahun sekali ini. Manfaatkan sebaiknya. 

Igt juga..waktu berbuka jangan sampai membazir ya. 

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua.

#Ramadhan2023.


Dec 24, 2015

Maulidur Rasul

~ perkongsian dr group whatsapp ~

Assalammualaikum


Sempena hari lahir Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, jom telusuri biodatanya.. 

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab 

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Dec 12, 2014

Tabung Sedekah Subuh

Salam Jumaat ..

Ramai dari kita yang mengamalkan amalan bersedekah terutama pada hari Jumaat. Alhamdulillah kak sue dah lama amalkan ..tapi kekadang ter 'skip' jugak. Ada macam2 kaedah yg dianjur supaya sentiasa istiqamah dalam bersedekah yg mana ramai maklum kehebatan bersedekah.


Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Jun 28, 2013

Salam Jumaat - 28 Jun 2013


Gambar dari sini
Assalam readers,
Friday again kan..So post hari Jumaat yang barakah ni sesuai untuk ladies yg ABC . Uhh ...apa tu ? it's shortform dari ~ Allah Bagi Cuti , aa yg period la tu ..

So kalau ABC ada perkara2 yang tak perlu buat kan?..tak perlu solat, tak perlu baca quran.. kan CUTI.. tapi bukan maksudnya kita boleh tengok TV 24 jam.. .jadi apa amalan kita ketika haid supaya kita tak kerugian nak2 pulak kalau bulan Ramadhan dimana umat Islam berlumba-lumba mengutip pahala Allah.

Hasil blogwalking tadi.. kak sue kongsikan bersama u all. semoga memberi manfaat.

1) Perbanyakkan Zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi - Nabi, Rasul - Rasul, keluarga serta sahabat - sahabat sekalian.

2) Mendengar Ceramah dan Mendengar bacaan Al - Quran.

3) Mengamalkan sifat - sifat yang terpuji, seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakal, redha, mengingati mati dan lain - lain lagi sifat terpuji.

4) Bersedekah dan tolong menolong antara sesama keluarga, sahabat - handai serta mukmin mukminah sekalian.

5) Membaca tafsir Al - Quran dan hadith - hadith yang sahih.

6) Menjaga batas seharian; menjaga pandangan dan pendengaran serta zina.

7) Menyebarkan artikel - artikel yang berguna kepada orang - orang islam bagi memberi peringatan kepada kita sendiri dan orang lain.

8) Menghindari diri daripada sifat dusta, mencela perkataan orang, memuji diri dan melaknat, pemarah, dengki, bakhil, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, membesarkan diri, merasai diri lebih sempurna, menunjuk-nunjukkan amalan dan lain - lain sifat yang di murkai Allah.

9) Senyum dan berkata - kata manis dengan orang sekeliling.

10) Membersihkan rumah dan halaman rumah sambil berzikir. Dan lain - lain lagi..

Lanjut ..boleh la ke blog asalnya .. SINI
Wassalam , C.U


Jun 21, 2013

Salam Jumaat

Assalam .. morning readers..
Alhamdulillah.. masih bernafas dibumi Allah.. bertemu kembali dengan penghulu hari .. Hari Jumaat yang penuh barakah ;)

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

  • Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.
  • Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.
  • Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.
  • Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
  • Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Asar.
Nak details bole ke SINI

So ..apa projek terbaru u all.. skarg kak sue tengah siapkan pencil case & beberapa pcs keychain..
Lama sangat2 tak buat design ni. Bear tu pulak, tiba2 jadi kiut atau kak sue yg perasan eh.. 


Dan ini.. idea baru untuk mata Domo.. hihihi...

Well sampai sini untuk hari ini.. Semoga memberi manfaat. Wassalam :).

--------------------------------


Jun 15, 2012

Zikir & Doa Penenang Hati

image from here
Assalam .. Salam Jumaat untuk semua.

Pernah tak rasa tak sedap hati.. rasa gundah gelana.. rasa resah.. eh..teringat lak lagu Anuar Zain 
Macam-macam kan, tekanan perasaan, gangguan emosi..
Kenapa ye? tapi yang pasti sesuatu yang tidak menyeronokkan telah berlaku. 
Kak Sue buat entry ni sebab Kak Sue rasa tak best , hati tak berapa bahagia .. betul..sesuatu yg tak seronok telah berlaku.. tapi tak de lah serius sgt..rasa cam tercekik tulang, hik..

Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialami menimbulkan gangguan pada dirinya. Baik karena emosi yang dialami terlalu kuat (misalnya sangat sedih), tidak ada emosi yang hadir (misalnya tidak merasa bahagia) atau emosinya menimbulkan konflik (misalnya terlalu sering marah). 

Bagaimana nak menangani rasa tak seronok ni ? 
Mungkin ada byk cara .. tapi kak sue nak kongsi kan zikir penenang hati ni..

Terdapat banyak zikir penenang hati yang boleh kita amalkan, 
contohnya:
~Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.. 
(Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar )


~La haula wala quwata illa billah..
(Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)


Manakala dibawah adalah contoh doa penenang hati yang boleh kita amalkan;


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,

dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….

sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH
Sumber: LINK

Wassalam

May 25, 2012

Sharing..coz I care of U


Assalam .. untuk entry Jumaat kali ni kak sue share pic yg kak sue amik kat facebook.
Jom kita sama2 amalkan zikir2 diatas. semoga kita memperolehi kebaikan daripadanya.

Zikir harian anjuran Imam Al Ghazali
Hari ni Jumaat , jom zikirkan - Ya Allah

Wassalam