Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "
Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts

Sep 23, 2024

Day trip to Kelantan by Ekspress Rakyat Timuran KTMB

 Assalamualaikum.

Hari ni kita off topic craft, nak story pasal jalan-jalan cari pasal we all pula. Kemana kita?

Okay .. the main point ialah "nak merasa naik tren berkatil", so maknanya kita naik ekspress rakyat timuran la kan. Laluan nya dari Jb sentral ke Tumpat , Kelantan. So kita boleh pilih stesen mana nak naik & turun sepanjang laluannya. Kami dari rumah bonda di Temerloh, so of course lah Stesen Mentakab yang paling hampir.

Nak turun di mana? Berapa hari nak pergi? Apa aktiviti?
Since travel partners semua bizi ..payah cuti, kami decide nak buat day trip sahaja. Weekend je la semua orang free kan. Sebab utama tu just nak merasa sleeper train , maka semua setuju. Masa survey info haritu ramai aje yang buat day trip ni, meyakinkan lagi nak juga buat day trip.

Ok .. first tiket la. 

Tiket 

Beli mana? Boleh beli di kaunter dan juga online. Kami beli melalui apss ktmb. Lebih mudah, boleh pilih-pilih seat yang kita nak. 

So target kami tiket berkatil. Untuk tiket ni ada 3 coach sahaja. Coach 6,7,8. Tiket berkatil ni giler hot .. nak lagi yang katil bawah. Dipendekkan cerita untuk hari pergi kami tak dapat tiket bawah. Semua ambil katil atas. Ni adalah kesilapan pertama hahaha.. Dah kata tadikan , katil bawah memang hot, even masa kami beli tiket tu KTMB baru aje buka untuk pembelian online. (dengar citer ada tarikh dia tutup & buka , so kena rajin follow medsos mereka) 

Ada orang ok sahaja katil atas pun, but for me..no no no... waktu pergi wajib katil bawah sebab lebih luas. Ada tingkap yang besar & perjalanannya ada waktu siang. Nak tengok view ke apa .

Waktu pergi kita akan solat subuh dalam train dan tiada surau. U kena solat atas katil. So katil bawah lebih selesa. 

Kami solat katil atas yang mana bila duduk kepala pun dah nak sampai atap. Tingkap yang sangat kecil, kalau duduk , tingkap tu separas pinggang sahaja. Maksudnya kena baring la baru dapat tengok luar. Serius la.. memang sangat tidak mencadangkan ambil upper berth. Jika terpaksa, pastikan ada satu seat bawah. So nanti yang atas boleh turun lepak katil bawah. Untuk tidur, katil atas ok. My kids nyenyak aje sampai ke pagi. Me & my sis .. tak keruan di buatnya. Mujurlah..orang seat bawah kami semua turun di Dabong & tiada penumpang baru naik.. so kami tumpang duduk katil bawah. Baru lah boleh bernafas..Alhamdulillah lega sungguh sebab perjalanan kami masih berbaki 3 jam lagi. 

So untuk beli tiket 
* pilih katil bawah 
* elak katil tepi pintu (bunyi bising)
* elak katil tingkap berpalang (tak igt no berapa, no 14, 16 kot)
* harga tiket berbeza, bawah mahal sikit.

Tarikh perjalanan kami ada lah mengikut ketersediaan tiket ..so carilah sampai dapat tiket pergi dan balik sebab tu disarankan guna apps dia, lebih mudah.

Untuk day trip , tarikh pergi dan balik perlu tarikh yang sama. Ni kesilapan yang kedua huhuhu.. Masa beli tu konon beli sekali tiket return. Kalau nak beli return punya sekali, tarikh tak boleh sama. Kami dah siap beli baru perasan salah tarikh. Sila guna jam 24 hours ya.. Kami dari mentakab lebih kurang  jam 4 pagi, sampai wakaf baru 1pm dan balik 8.45 pm hari yang sama. Sampai semula di mentakab 6am, ni baru tukar hari lain. Tapi waktu pulang itu masih tarikh yang sama dengan masa pergi. Jangan buat silap macam kami ya. 

Jadi tiket sudah salah tarikh itu bagaimana pula? Boleh refund dengan syarat tertentu. Tapi tak dapat full refund la. Hari ni beli, esok baru perasan salah date.. apply cancel tiket tu , dapat 70% sahaja. Kami beli sebulan awal dari tarikh trip. Kalau cancel 3 hari sebelum dapat 50% sahaja .. cancel 2 jam sebelum perjalanan, no refund. Refund akan masuk ewallet dlm apps tu la. Bukan masuk dalam bank account ya. So boleh beli semula tiket yang baru, tapi harus top up dulu .. sudah terkurang 30% 😖. Salah sendiri kan?. Gara-gara inilah ambil sahaja tiket yang mana ada ..tak sempat nak fikir dah. Alhamdulillah..akhirnya settled untuk tiket walaupun tak puas hati. Time balik, kami dapat 2 katil bawah. At least la kan.. 

Tiket tu boleh print atau tunjuk sahaja melalui apps. Nanti ticketer akan scan.


Panjang bab tiket hahaha.. ok next , suasana dalam train ya.. ok train ni train lama. Banyak benda tak ada , surau tak ada, plug charger tak ada, tandas ... ha..tandas ada tapi uzur.. kecil. Kalau boleh tahan nak buang air akan ku tahan. Tapi  untuk perjalanan 8 jam tu payah sikit. Tandas ini yang menyebab tak nak repeat dah untuk long distance. Naik DMU intercity je lepas ni huhu.. Maaf KTMB , I review on opinion of myself. Orang lain i tak tahulah. Tapi i redho lah , i dah tahu train ni train tua. Cafe ada , food ok-ok jer, price harga atas train mahal la sikit dari biasa. Macam harga food panda la 😂😂 . Lupa pulak nak snap menu & harga.

Kami start perjalanan jam 4 pagi dari Mentakab, masing-masing panjat katil & tidur sekejap. 6 pagi di Kuala Lipis, bangun untuk solat subuh. Kena solat duduk la.. belajar lah dulu caranya sebelum pergi trip. Train ni stop-stop jugalah , orang naik turun. 

Waktu kami naik dari Mentakab tu , ada penumpang yang turun dan kami lihat staff ktmb tukar bedsheet, pillow sheet. So maknanya mereka akan tukar la jika ada penumpang baru nak guna katil tu. 

I'm not enjoying the view yang orang kata cantik-cantik view dia.. tak tahu camne nak tengok yang cantik ke apa, entahla.. jungle train kan nick name dia .. mostly sepanjang perjalanan nampak hutan. Lagipun separuh perjalanan dok katil atas tu tak nampak apa. Masa lepak sarapan kat cafe tu ok la sikit tingkap luas. 

Masa survey ada orang cakap, kat stesen gua musang mesti turun ambil gambar & beli food kat stesen tu. Kami tak turun pun , takut kena tinggal. Kejap je dia stop. 5 minit je kot. Bunyi wisel tu kalau tak naik time tu kena tinggal la korang hahaha.. ye ke gitu? 

Sampai Dabong dalam 9 pagi lebih kurang, ramai giler yang turun. Rasa lengang coach kitaorang. Tak ada penumpang baru di coach kami. Dah siang buat apa nak ambil seat berkatil kan. Aish..logikla. So seat yang kosong kat bawah tu..kita tumpang la huhu.. Anak bujang ku tetap juga tidur kat katil atas tu.. tak ada masalah bagi dia. Aircond ok nice .. so dia tidur sampai wakaf baru . Bertuah punya anak.

So bergambar la sikit-sikit dalam gerabak buat kenangan. 

View upper berth (katil atas)

Nampak sangat tak boleh move on dengan katil atas ni kan .. 😂

Sampai sudah...

Sampai wakaf baru dah tengah hari. Time lunch dah. Sebab day trip so tak yah ambil bilik la kan.. jalan-jalan je la kan.. ambil grab ke Kota Bharu, round- round pastu petang balik semula ke wakaf baru untuk balik. Train balik Jam 8.45 pm. Kami setuju untuk buat macam ni.. So ini adalah kesilapan ke-tiga. 😑

Sampai Wakaf Baru kami ambil grab ke Kota Bharu. Tak mahal dalam RM11 dan jarak pun tak jauh. 15 minit cam tulah. Kan dah tengahari panas dan lapar. Kesilapannya ialah tak ambil bilik. Sebelum trip dah survey bilik yang berdekatan pasar siti khadijah dan dekat area tu ada tempat-tempat menarik boleh lawat. Walking distance sahaja. Masa tanya bilik tu (hotel bajet) ada bilik kecil untuk 2 orang. Tak ada rate day use. Kami request bayar full day tapi nak masuk 4 orang. Just nak mandi , solat je. Tapi owner tak bagi ..bilik tu untuk 2 orang je dia kata. Suh amik bilik family RM110. Rasa macam tak berbaloi, so decide tak nak book awal. 

Jadi .. setibanya di KB .. kami cari tempat lunch.. ramai yang viral restoran nasi ulam cikgu. Serius..ramai giler. Kena tunggu orang habis makan. Unfortunately .. tak kena dengan selera kami. Bukan tak sedap..kami tak makan ulam-ulaman. Ikan pun bukan favourite .. So makan nasi putih , ayam goreng + masak lemak telur. sayur entah..tak jumpa or tak berkenan ..tak ingat dah. Satu jug air sirap. Harga tak mahal mana.

Next jalan ke pasar siti khadijah. dekat situ je .. salah enterance ke apa , masuk ikut pasar.. i ada bende nak beli , pusing-pusing tak jumpa. Then kami naik ke aras 3 kalau tak silap. Beli baju kelawar untuk bonda. Itu sahaja lah. Turun semula dan cari Masjid yang femes tu .. time ni la lupa nama dia.. nanti korang google la ya.. sebab kami tak jumpa masjidnya. berjalan pusing-pusing dalam kepanasan. Kalau ikut kata makcik jual kaftan tu, turun je pasar tadi dah boleh jumpa .. 

So masa mencari masjid , terjumpa hotel bajet yang nak tempah tak jadi tu. Kami jenis tak tahan panas ni ambil jugalah bilik tu . Tapi rate dia naik rm2 dari sebelumnya. Tambahan sebab guna bahasa luar ke tu? (Gurau je ya). Bilik family 1 double 1 single bed. 

Kalau u all jenis macam kami ni , yang tak tough sangat. Book la bilik , at least selesa untuk mandi & solat. Sepatutnya, dari wakaf bharu ambil grab terus ke hotel di kb tu. Mandi solat, keluar untuk lunch, cari tempat menarik bergambar dll. kesilapan mula-mula tadi memusing dengan beg bagai ..merosakkan suasana. 

Kami tuju area pasar siti khadijah sebab ada tourist attraction yg walking distance. Tapi tak berapa menjadi plannya.

Mujurlah cik mek Niesa ada kawan di sana. So after rest kejap, member dia pick up bawak pergi pantai. Pantai cahaya bulan nama dia. Tak jauh sgt, tapi time tu masih panas terik lagi. Cuma best sikit sebab berangin. 

Ada tempat makan-makan. So makan lagi. Afternoon tea break pulak kita huhu.. 

Anak beranak suka teh ais .. tak leh lupa ganu, kelantan punya teh ais. Warna pun lain. The best.

So kami habiskan masa tepi pantai..beli belon buih, makan aiskrim , bergambar .. jam 5-6ptg ..still panas wei.. Sendiri plan day trip kan..sendiri cari pasal so kena redho.

Jam 6 lebih kami balik bilik. Lepas maghrib check out dan ambil grab ke Wakaf baru semula. Senang je grab, cepat je dapat.

8.45pm perjalanan pulang , apa lagi ..tido saje la. Nak tengok view pun tak nampak apa. Dah hampir tiba stesen kami nak turun, nampak staff ktm meronda ..mungkin kalau kami masih tidur dia kejutkan kot haha. Tapi kami dah standby dengan beg semua. 

Sampai mentakab , adik yang jemput kami. 
Alhamdulillah.. Selesai trip kali ni. Nak merasa trip dengan sleeper train dah berjaya. Matlamat sampai tapi not fun. 

Tq sudi baca. Ni video untuk korang.






Oct 1, 2015

Cuti-Cuti : Johor - Universal Studio Singapore

As Salam.. Hii...

Maaf ye out topik jap..
asik2 citer kraf pun jemu jgk kan.. 

memandangkan blog ni pun dah mcm rojak.. so letak je la sume kat sini.

U all layan gambar je ye.. K.Sue pegi ni cuti Merdeka hari tu.. 29-31 Aug 2015



pic 1 : ni masa mula2 nak gi ke singapore. Naik bas dari KSL hotel JB. Bas lambat sampai .. Geram!!
Dah la kena turun naik , turun naik , kat imigresen.. mula2 imigresen Malaysia, pastu imigresen Singapore.. & even u all cepat mcmana pun..tapi kena tggu semua ada baru bas jalan.. hahaha.. sambil menunggu .. selfie la :P



pic 2 : Ha da sampai .. sume org nak bergambar dpn globe. Eh.. x la besar mana pun globe ni eh.. terlebih imaginasi makcik .. 
ok..masuk2 je nt amik map dulu eh.. ada dialog sikit pasal map ni .. lokasi dialog ..waktu que nak masuk uss

Nisa : Ibu amik la map dulu.. kat mana map tu?
ibu : x pe.. ada kat dlm.. 
kimi : eh ibu.. tau2 je.. mcm pernah pegi ...

hahaha.. ibu mmg dah hadam pasal uss tau , u all je x tau


pic 3 : ni tempat mula2 kitaorg masuk.. diaorang ikut pemandu pelancong yg x pernah pegi ni.. masa beratur ni bole pulak hubby ckp ..rugi pulak x beli express ticket.. tp kan.. x pyh beli pun x pe.. mahal you ..nak pulak dgn nilai RM kita skrg. 

Tapi if u all mmg jenis suka sgt nak main 4-5 kali tu..beli la express ticket  yg unlimited.. makcik x koser...

pic 4 : ni kat ancient egypt.. nak masuk tapi diaorg tutup sekejap.. lunch hour kot ke apa ntah..
ada la jumpa perempuan mesir yg gediks amik gambar .. tengok dari jauh je.. 


Pic 5 : ni katanya game baru .. puss & boots.. cantik2 sume dlm uss ni .. 

pic 6 : yg ni.. x berani naik.. naik yg sky apa ntah tu pun rasa nak pengsan.. yg ni mintak ampun la


pic 7 ; ni along the street.. mmg rasa msuk dunia lain kt dlm ni.. very nice building etc..



pic 8 : selfie2.. even ada beberapa tempat  game yg x amik gambar.. mcm kt far2 away.. actually kat situ plg cantik bg k.sue ..sbb istana dia osem you.. tp dah penat time tu.. 

kalau u all nak tgk gambar2.. google je.. bersepah ..blog2 pun byk cerita pasal uss. Dapatkan tips2 ..kena rajin blogwalk & membaca .. 

kak sue nak share satu blog ni dgn u all.. semoga memberi manfaat bg yg berhajat ke USS.

klik sini :- USS Trip

ok till then.. wassalam..

Jan 6, 2015

Welcome 2015

Hi .. Salam
Hari ni 6 Jan 2015 .. still dalam mood new year kan.. so masih boleh welcome2 kan 2015 kan. hahaha.. selalu lewat . Ok .. azam tahun baru.. up to date kan blog.. boleh ke??

Well kak sue cuba la utk selalu update & pelbagaikan input kat blog nih.. x tau la ada org singgah ke tidak.. tapi I just enjoy myself merapu sorang2.

then.. post ni tak berkenaan dengan tajuk pun.. dan akan di label kan di bawah label - cuti2. Haa.. apa da? ikut suka la .. meh baca citer kak sue pi melepak kat Sg. Ular.. lagipun post ttg cuti sikit sgt dlm blog ni.. malas nak create blog lain.. ai himpun je sume sini.. craft, cuti .. tak lama lagi masuk resepi pulak .. adoi la ..

ok2.. ni story nyer ....

Weekend Gateways ..
3D1N
8 & 9 Dec 2014
Berehat di hujung mnggu. Plan last minute je ni.. tetiba en.boss amik cuti coz dia gi konvoi sabtu-ahad, then sambung sampai selasa utk habiskan cuti tahunan nya. So k.sue pun fikir elok gak bermalas2an check in di mana2 .. lagipun 8hb tu our anniversaries.
We all ni x de la mcm pasangan2 lain.. kadang igt, kadang lupa anniversary hahaha.. sila abaikan.

Hari Sabtu tu selepas en.boss bertolak.. baru la akak terhegeh2 cari hotel. Google sana sini so jumpa Samsuria Beach Resort & Residence. Reservation buat melalui booking.com.  RM390 utk 2 malam, breakfast x de, daily newspaper pun x de.. suratkhabar lama ada kot 

konvoi - monsun ride ke apa eh ..x igt 

May 29, 2014

Jalan2 Weekend - Cuti wesak 2014


Assalam & hi..

Apa khabar ye.. Kak Sue quite bz skrg ni.. jadual baru bila kios dah start operasi hihi.. kiosk je pun .. Ye la, kena sesuaikan diri.. maklumla buat sorang2 je. Semua kena fikir sendiri. Tapi hubby pun banyak moral support .. tq ah :)

Pi Genting baru ni pun kira moral support juga kan ..ekeke.. mmg suka..
Naik cable car je.. kami pergi balik hari. Dari Pekan ke Genting pun amik masa 3,4 jam nak sampai. So just jalan2 amik angin genting. Boleh tahan sejuk .. kabus2 sikit. Naik & turun dgn cable car.

Cuak juga.. cuba utk fikir yg elok2 je..tapi mcm2 gak yg melintas di kepala hihihi. Kak Sue bagi tips kalau x mau rasa gayat sangat .. u all duduk mengundur. Sit nya ada mengadap & mengundur.. u all duduk la tempat yg mengundur tu. Kalau Tak faham.. pergi sekali tengok test yg mana satu :).

Selepas turun genting.. we all ke Raub.. makan kat restoran muallaf.. Makanan sedap .. serius, pergi try. Harga reasonable. Lepas makan , kami ke rumah kakak hubby kak sue (my ipar la tu) .. buat pe? hihi.. hantar oder keychain utk Teacher's Day. Yg bestnya, keychain2 tu kak sue jahit masa dlm kereta. Tercucuk jarum x payah nk citer la..


huhu.. ok pape sume setel.. 
sekarang cuti sekolah .. we plan nak balik kg minggu depan. So nt citer lain ok ..
C.U & Take Care



Apr 12, 2014

Diary ~ Jalan-jalan..

Assalam & Hi readers..

Last weekend pi mana? 
Kak Sue gi melawat adik ipar yg bersalin di Cheras..malangnya baby tak boleh tengok , kena kuarantin sebab masa bersalin tu, mama dia demam.. so doc takut ada jangkitan kuman dalam darah.. masuk antibiotik melalui kaki si kecik tu.. so we all just tengok gambar je la.. Pape tahniah untuk adik ipar & biras kak sue.. & welcome baby boy yg belum ada nama. So ikut sebelah suami..kak sue ada 7 anak sedara.. 6 lelaki !!. Hope lepas ni mama2 tolong lahirkan baby girl pulak ok.


Balik dari rumah adik ipar tu , we all ke Klang pulak.. visit adik kak sue. saje jenjalan.. 


ni aktiviti kat rumah adik kak sue, gambar , bapak sedara tgh melayan anak sedara huhu.. actually kak sue tak tau pun nama apa bende tu.. suh tiup.. tapi kak sue tiup tak bunyi pape pun.. emm

Selepas tu..x kemana lah.. balik Pekan.. 4 hours journey ..yg bikin sakit belakang. Alah bisa tegal biasa kan.. kalau nak dibandingkan balik kg husband yg berbatu2 jauh di utara.. sabor je lah.

ok.. penat dah menulis.. see you.. have a nice day :)

Mar 15, 2014

Rest Days

As Salam & Hi readers..
Selamat berhujung minggu ...

Macam2 berlaku lately kan.. Ujian untuk negara kita yg tercinta ni..
gempar dengan kehilangan pesawat MAS MH370 & juga jerebu yang teruk akibat kebakaran hutan. Kat tempat Kak Sue pun ada juga kawasan2 yg terbakar. Sama2 lah kita berdoa semoga Allah memudahkan urusan kita.

Apa aktiviti hujung mggu u all ?
Last week kak sue lunch kat tepi pantai.. best juga sesekali tukar selera. Cuaca memang panas tapi angin juga kuat.. tu yg best. Melayang-layang hihi.. silap2 pinggan nasi pun terbang you..

Hubby & anak2 Kak Sue
Kak Sue yg ambil gambar ni.. so x de dlm gambar ye huhu.. 

Nama pantai ni.. Pantai Sepat, area Kuantan. Kalau dari Pekan, belum sampai bandar Kuantan lagi.. U all yg selalu gi Kuantan & gi Teluk Chempedak tu..sesekali meh piknik kat sini. U all jgn cari area pantai2 teluk chempedak, batu hitam tu.. mmg x jumpa. Kena ke Tg Lumpur, Sg Soi .. pastu carilah Pantai Sepat.  Kak Sue kalau pasal nak bagi direction/location mmg fail. Korang google la dulu ye , kalau susah sgt.. hello je .. Kak Sue bwk gi sana.. ececehh.... Tapi.. pantai dia memang best & sesuai utk piknik. Diaorg selalu berkhemah & bermalam kat tepi2 pantai ni. BBQ kan.. best.

Selepas kenyang , kami terus ke Kuantan.. tapi sebab cuaca panas.. tak de mood nak berjalan.. then we all ke Beserah .. beli keropok lekor. Memang favorite kopok lekor ni... nama kedai tu .. "umie" kalau x silap. Selalunya beli je.. x kisah nama kedai pun. kopok dia mmg just nice .. tak banyak sgt ikan..tak banyak sgt tepung. Memang kena dengan selera kami sekeluarga. InsyaAllah.. bila pegi lagi nanti..Kak Sue ambil gambar signboard & detailsnya untuk u all ye..

Selepas beli keropok lekor tu.. we all just balik je la.. panas sangat pun x syok gak nak berjalan2. On the way tu .. dah dekat juga la dgn rumah kak sue.. tiba2 terkejut tgk asap berkepul2.. hutan terbakar .. takut .. tapi tak kan nak berhenti dalam asap tebal tu.. kang pengsan hidu asap.. so we lalu gak la.. alhamdulillah.. ok..boleh nampak juga api yg sedang membakar2 tu.. tapi gambar x smpat nak amik ..

dari jauh nampak asap cam ni.. takut tak?

kami.. dok dalam asap..
Alhamdulillah.. kami lepas je lalu. Tak lama selepas sampai di rumah kak sue tengok status di facebook, jalan ni -  ( Pekan - Kuantan ) di tutup. Kemudiannya hubby kak sue dapat gambar dari group whatsapp dia.. ada kemalangan berlaku.. teruk gila.. beberapa kenderaan terlibat.

TQ utk abg2 bomba yg bekerja keras utk padamkan api .. kesian mereka ni.. siang malam kerja. Kak Sue doakan Allah permudah kan urusan mereka. Tq byk2.

Esoknya.. pakaian dijemuran berbau asap huhuhu...



Okay.. sehingga ini dulu .. jumpa lagi.

Feb 25, 2014

Saya Mahu Bercuti - Book Online

Assalam & Hi.. 

Emm.. dah hujung Februari .. I need rest.. a few months ni byk sgt tekanan..berfikir nak bercuti jg bg tekanan ..hahaha.. ye la kan.. nak ke mana? bajet bape? 

Biasa kalau ikut hubby kak sue.. mmg x de plan.. we all selalu spontan je. Jom pi langkawi... time2 tu packing baju. Dasyat ke tidak tu.. 

Ok .. ke mana pun & bila nak pegi tu .. biar je la.. tapi entry ni sebagai rujukan & persedian utk cuti2 yg lebih terancang haha.. atau juga untuk yg tetiba nak bercuti .

Sekarang sume nak online2 je.. so we book online la ye. Banyak web yg kita boleh book penginapan dgn harga yg lebih murah dari walk in. Kadang2 u all bole tengok Groupon .. harga memang best. Kak sue belum pernah beli dgn groupon..tapi book online utk penginapan tu biasa dah. 

Then tadi Kak Sue blogwalk & terjumpa blog REENA .. dia pun cerita pasal cuti2 & kak sue copy paste website yg u all bole book online. Jangan lupa klik sumenya & compare rate. Pastikan u all dpt rate yg paling baik. Perhatikan juga tax charges yg kena bayar serta syarat2nya. Lain web, lain ceritanya ok.


 Antaranya ialah :-


Boleh tambah agoda juga http://www.agoda.com/
satu lagi http://booking.com

agoda & booking.com kak sue dah pernah cuba.. ok no problem.

Ok 1st step siap.. bookmark sume web di atas, lepas ni.. dapatkan destinasi .. mau ke mana??



Apr 25, 2011

OFF DAY

Sudah2 la entry tentang kraf boleh tak? Kita citer lain pulak, esok kite citer kraf :)
Semalam jalan-jalan Kuantan.. (lor igtkan jauh sgt la, sampai nak masuk blog). hihi actually Pekan - Kuantan lebih kurang 40km je. We all ni selalu sgt la ke Kuantan, bole kata every week. Tapi semalam singgah kat Mini Zoo Teruntum. Quite long time tak gi sana. Sempat gak snap a few pics untuk u all..so till then, CU :)