Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Apr 26, 2024

Hadiah Hari Guru Bajet

Assalamualaikum..
hai..

Rakan crafter dah start awal-awal lagi. Tapi kita baru nak mula. Beraya lama sangat kan. Sekarang sedang siapkan ready stok .. insyaallah by end April kita bagi katalog. 

Untuk Hari guru 16 May, tahun ni kita buat versi bajet² aje, Maklumlah ekonomi sekarang. 

Kita tunjuk satu lah gambarnya.. Ok yg ni handphone straps. Boleh aje nak gantung di mana². Di beg pun boleh. 


Apr 25, 2024

Huruf untuk bulletin board.

 Assalamualaikum.. Hi 😍..

Ok..ni antara hot item yang buyer selalu repeat order. Huruf² ni handcut tau. So font yang ada pun sejenis ini lah sahaja ya.. jangan request font tau. Perkataan & warna boleh request😁.



Ni geng kaunseling kann. Tempahan dari buyer yang berbeza ni. 

Owh.. Teringat pula Ada satu kisah masa di uni. Masa tu part one.. nak kena pilih"kelab". Sis ni kaki lari ..so amik kelab olahraga. Alihnya, kurang sambutan..lecture ckp kena bubarkan. Spoil..

So sis nak join netball tapi penuh pulak. Member ajak join kelab memanah..tapi sebab merajuk, tak nak lah amik sukan². Sis pun join la kelab BKS - Bimbingan & kaunseling. Baru puashati, belajar dlm bilik ekon.. bilik kaunseling. 

Tapi sebenarnya ok juga..jumpa sisi lain dlm diri..terminat psikologi pula 😂. 

.

Nak beli huruf? Klik sini 🤣

https://shopee.com.my/chummycraft

#chummycraft #giftshop #onlineshopping


Apr 4, 2024

Ramadan is leaving ..

 Saya copy tulisan ustaz wadi annuar..


"Semoga Allah ﷻ pilih kita semua untuk sama-sama kita menghidupkan sepuluh malam terakhir.

Pejam celik berbaki lagi seminggu tetamu yang dihantar oleh Allah ﷻ akan meninggalkan kita semua. Tetamu itu adalah Ramadan al-Mubarak.

Dalam kesempatan masa sepuluh hari terakhir ini merupakan fasa yang paling ramai umat Nabi ‎ﷺ lalai. Sedangkan dalam sepuluh hari terakhir inilah ada satu hadiah yang sangat istimewa kerana hadiah itu hanya diberikan kepada umat Nabi ‎ﷺ sahaja. Hadiah itu adalah malam Lailatulqadar, yang mana ibadat, zikir, baca al-Quran dan kebaikan yang kita buat pada malam itu lebih berharga, dan lebih banyak fadilat daripada seribu bulan.

Semoga Allah ﷻ memilih kita semua tidak lalai untuk tekun mencari reda Allah dalam malam Lailatulqadar. Kata para ulama salaf, sekali pun kita tidak mampu untuk bangun malam, sepuluh rakaat tarawih dan sebagainya, cara untuk mendapatkan fadilat Lailatulqadar ialah dengan bersedekah pada tiap-tiap malam tersebut, walaupun satu ringgit. Ataupun jika tak sempat mengerjakan tarawih, jangan tinggal solat isyak dan solat subuh berjemaah.

Akhir kata, marilah kita doakan semoga Allah ﷻ pilih kita semua untuk sama-sama menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan."

— Ustaz Wadi Annuar

Sebarkan, semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Link asal https://www.facebook.com/share/UZEFWM3sEd55rjTf/?mibextid=oFDknk

Apr 2, 2024

Keychain Nama Murah

Bismillah.. Alhamdulillah..

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat-sihat ya. Hari ini hari ke 23 Ramadhan , malam-malam akhir memburu lailatuqadar. Semoga kita dapat menambah amal dengan lebih baik tahun ini InsyaAllah.

Saya nak share antara hot item di Chummy craft , Keychain nama. Keychain ni ada beberapa variasi. Yang petak tu , gambarnya kita print & press atas kain felt. Kita panggil dia keychain printed. Bahagian bawah menggunakan foam.

Yang panjang tu pula hanya gambar doodle nya sahaja printed, yang lain foam. Kita guna eva foam sheet. Material dia lembut dan macam sponge sikit. 

Keychain ni boleh sangkut pada beg. Nak buka sekolah haritu ramai ibu-ibu yang tempah untuk anak-anak mereka. Dah ada nama siap InsyaAllah tak tertukar. Maklumlah anak-anak kecil apatah lagi yang baru mula melangkah ke sekolah. Teringat pula kisah anak sendiri pernah tertukar beg masa mula sekolah dulu. Buka beg nak buat homework..ahh sudahh.. buku nama orang lain. 😂


OK, Di sini saya sertakan link shopee untuk produk di atas. 
Jika ingin terus berhubung melalui whatsapp , boleh klik pada button contact us .

Keychain
1. Keychain petak 5cm
https://shp.ee/0h0lszw

2. Keychain foam panjang
https://shp.ee/3vxhlh1

3. Keychain panjang printed
https://shp.ee/dzfmyef

Mar 27, 2024

Printed pillow hadiah birthday.

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah.. dah selamat sampai tempahan customer ni. Terima kasih banyak-banyak sebab pilih beli dengan kami. 

Tempahannya melalui Shopee. Saya memang selalu suggest customer membeli di shopee. Sebabnya ... shipping lebih murah . Jika ada voucher, ada diskaun harga untuk shipping malah ada voucher free shipping juga. 

Andai ada mereka yang tiada akaun shopee, boleh saja whatsapp kami untuk pembelian. Bayaran untuk pengeposan 500gm ke bawah adalah RM8 bagi Semenanjug Malaysia.

Customer ini pilih bantal bersaiz A4 , cetakan depan belakang.  Sebut tentang saiz, memang selalu memeningkan kepala. Ada juga yang tanya besar mana saiz A4? Bila diberi ukuran , minta pula gambar contoh nak tengok besar mana. Susah juga nak anggarkan saiz dengan hanya melihat gambar. Yang baiknya, ambillah pembaris atau tape pengukur. Hal saiz ini memang akan selalu begini ceritanya ..sejak dari awal lagi..dari mula-mula berniaga. Sejak azali lah begitu 😂 .. 

Design kali ini customer sudah bagi yang siap edit..dia cuma minta tambahkan tulisan happy birthday itu sahaja.  Alhamdulillah..tak perlu dah nak buat design dan saiznya pun betul. Selalu juga dapat design yang tak tepat. Contohnya customer beli bantal saiz A4 tapi diberinya design petak. Kalau saya rajin nak layan, saya minta dia edit semula, bagi saiz itu ini..apps itu ini.. tapi kalau malas, saya minta sahaja gambar raw dan saya buatkan beberapa pilihan untuk customer pilih. Syaratnya 3 kali edit sahaja. Lepas 3 kali kalau nak edit? Haa.. kena bayarlah upah design . 

Ada 2 pilihan, samada nak print bahagian depan sahaja atau kedua-duanya sekali, depan dan belakang. Gambar boleh aje gambar yang berlainan. Mahu gambar yang sama juga no problem

Material kain , kami guna kain yellow line. Yang orang buat uniform misi-misi tu. Print menggunakan  sublimation ink dan teknik heat press. Jadi warna serap kedalam kain dan boleh di basuh. InsyaAllah tidak luntur warnanya.



 Baiklah.. jika ada yang berminat dengan bantal printed ni boleh singgah shopee. Ada beberapa saiz lain yang boleh uall pilih. Klik pada kategori bantal atau boleh juga scroll produk . Boleh juga taip di ruangan search. 

Saya sertakan disini link untuk bantal saiz A4 ini. klik sini .. A4 pillow. 



Wassalam.

Mar 26, 2024

Tak Boleh Komen Di Blog

Assalamualaikum.. hi..

Selepas sahur pagi tadi ambil mood blogging dengan blog walk. Kemudian nak try koment dekat post blogger tapi tak lepas. Google minta log in ..padahal dah log in. Asik keluar error aje. . lebih parah nak komen di blog sendiri pun tak lepas . Spoil terus mood kan hahaha..

So kita meng - google lah cari solution.. setelah kesana ke sini ..kita jumpa blog satu ni.. aa..memang seperti yang ku agak dah masalah nya. Tapi tak jumpa cari cara nak betulkan. Alhamdulillah terima kasih banyak atas perkongsian. Dah settled masalahnya ..

Masalahnya apa?? U kena allow third party cookies. aiseh..kan kita selalu block cookies-cookies ni. 


klik titik 3 tu, scroll bawah sikit cari setting. Pastu tekan help dan taip cookies pada ruangan search. Klik button allow third party cookies.

Untuk lebih details saya nak kongsikan blog yang saya jumpa semasa cari solution ni. Uall boleh singgah SINI. Semoga bermanfaat.

Wassalam.






 

Mar 25, 2024

Postcrossing

Bismillah .. 
Cerita tentang setem & poskad. Rare kan ? Tapi ada komuniti yang suka dua benda ni 😁. Siap ada web yang menghubungkan mereka peminat poskad & setem. Seluruh dunia.. ya betul ..mereka berkumpul di postcrossing.com.

Dan .. seketul kak sue ni pernah aktif satu ketika dulu. Beberapa hari yang lalu,  dah pergi hidupkan kembali akaun lama tu. Mujur masih boleh..cuma terlupa username dan password. Just email mereka & dapat trace semula. Alhamdulillah.. 

Entah kenapa rasa rindu nak bermula semula .. so cari balik poskad & setem .. banyak rupanya yang boleh digunakan lagi. Poskad kosong pun banyak. setem pun banyak. So malam ni boleh request address di postcrossing. Sebab esok nak kena pos barang tempahan customer. Ada pulak yang guna economy delivery..kena la pegi pejabat pos... molek sangat dah tu kannn... 

Nanti free kita cerita tentang postcrossing. Yang tak sanggup tunggu..boleh klik link kat atas tu .. interesting tau. 







 

Mar 22, 2024

Keychain Foam

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ .. Alhamdulillah, today is Friday, March 22, 2024, corresponding to the 11th of Ramadan. It has entered the second phase of Ramadan. May we be blessed with good health to practice worship & ease all our affairs. Amen.

Haa.. let's show you a picture of a foam keychain today. This is a hot item, you know.. it's a bit fussy to make, but the customer feedback is very good. They say beautiful. Urgent order can't be accepted. so ... "early order" you know! 

keychain nama

name keychain

keychain nama

For inquiries you can click here linktr.ee/suechummy


Mar 15, 2024

Penunjuk mengaji


Assalamualaikum..Hi..

Alhamdulillah hari ni 4 Ramadan sudah. Dah 4 hari puasa di tahun 2024 ni 😁 .  Biasanya untuk bulan Ramadan item yang laku keras adalah penunjuk mengaji. Tapi disebabkan bizi menyiapkan tempahan yg sedia ada dan beberapa item untuk penunjuk belum restok .. maka kurang order yang masuk musim ini. Actually order dibuka sepanjang tahun , tapi ada masa-masa tertentu ia melebihi permintaan hari-hari biasa.
 
Ada beberapa style yang boleh di pilih. 
 

sesuai untuk boy atau girl

hujungnya tumpul..safety & sesuai untuk kanak-kanak tadika

Disebabkan ada hiasan berjuntai tu, pointer ni boleh dijadikan penanda buku juga .. 

Berminat untuk dapatkan penunjuk ni boleh ke shopee kami .. 

I'm selling Quran pointer / penunjuk mengaji custom for RM0.99 - RM1.90. Get it on Shopee now! Klik sini.


 

Mar 12, 2024

Salam Ramadan

Bismillah Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengizinkan kita bertemu Ramadan lagi. Setiap tahun azamnya untuk melakukan yang terbaik. Sementelah lagi semakin meningkatnya usia maka seharusnya makin bertambah dan meningkat juga amalan-amalannya. InsyaAllah.

Selamat berpuasa buat semua muslimin & muslimat. 



 

Mar 9, 2024

Precut Huruf

Hi.. Assalamualaikum..
Sekarang Sis bizi dengan precut order pula. Baru saja rasanya bertungkus lumus menyiapkan tempahan hujung penggal persekolahan.. kini menyiapkan huruf-huruf ini pula. Sesi persekolahan penggal baru bakal bermula. Ramai cikgu-cikgu menghias kelas mereka antaranya menyiapkan board dll. Nak bagi cantik kelas kan..baru lah semangat nak mengajar & belajar. Terima kasih atas usaha cikgu-cikgu semua.

Yang masih tiada idea, boleh cek customer review di shopee.. https://shp.ee/opoitjm



 

Jan 23, 2024

Wedding pillow




 Alhamdulillah.. Tempahan dari dua customer yang berlainan namun mahukan design yang sama. Warna sajelah yang lain.

Insyaallah kalau design kami buat sendiri tiada masalah. Kalau design customer yang beri ..kita tak dapat nak buatlah. Kecuali mendapat kebenaran daripada owner design. 

Pillow ni bersaiz separuh A4 sahaja. Kita namakannya sebagai wrist pillow. Walaubagaimanapun ia boleh dijadikan saiz yg lebih besar. 

Boleh singgah shopee untuk membeli. 
#chummycraft #giftshop #onlineshop