Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "
Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Apr 10, 2014

Buku MMR - Restock

Assalam readers & hi..
Terima kasih sudi singgah..

Last few weeks , ramai yang tanya bila nak restock edisi penuh buku MMR.
Kak sue dah restock .. tapi tak banyak la.. So siapa yg mencari .. bolehla contact kak sue ye.


Aug 23, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Assalam .. Bertemu di hari Jumaat yang penuh barakah .. Alhamdulillah.
Masih ingat buku MMR yg pernah kak sue tulis dulu? Kak Sue suka sangat buku ni.. dan bersyukur kerana di izinkan Allah untuk membelinya. Sebetulnya..buku MMR ini kak sue dah pernah jumpa di kedai buku.. tapi tak tergerak hati pun nak beli. Akhirnya.. kak sue beli online sahaja. (dah mmg kaki shopping online hihi)

Apa yg menarik nya buku ni? Memang .. kalau u all baca strategi menjemput rezeki.. perkara2 biasa sahaja. Perkara yang sudah kita maklum.. contohnya strategi menjemput rezeki melalui solat. Semua org tahu, kita muslim perlu solat.. dan kita memang bersolat.. memang biasa kan? sememang nya perkara yg kita sudah maklum. Tapi ..adakah kita sedar dengan bersolat itu menjadikan rezeki kita bertambah mudah? Ganjaran2 yang kita perolehi dengan bersolat? solat2 yang bagaimanakah menyebabkan rezeki kita menjadi deras? 

MasyaAllah..
kadang kita hanya bersolat sebab solat itu wajib..tak buat nanti berdosa pulak ..kadang bersolat dalam keadaan malas dan terpaksa..kadang bersolat sebab segan kat mertua.. tapi bila kita tahu ganjarannya bersolat.. bagaimanakah agaknya solat kita? 
Kak sue rasa , ini lah yg ingin disampaikan oleh penulis.. mengupas setiap strategi menjemput rezeki dengan begitu baik & santai sekali. Ada beberapa teknik dalam buku ni..boleh ikut semua teknik atau amalkan teknik tertentu sahaja.. terpulang pada kita. Tapi yang penting, perlu yakin !



Kak Sue copy sedikit petikan dalam buku MMR - utk preview u all.. ni pun copy dari penulis hihi :-

Sehari sebelum konvokesyen, saya benar-benar tidak ada duit! I'am broke!

Saya seluk saku di belakang dan mengeluarkan dompet. Tinggal hanya sekeping not RM50 dan beberapa keping wang RM5 dan RM1.

Saya berdoa: " Ya Allah, jika ujian ini adalah untuk lebih mematangkan aku dan sebagai signal daripada Engkau, bahawa apa yang ditakdirkan terjadi pasti akan terjadi, aku redha!" Lalu, saya mengambil not Rm50 dan dimasukkan ke dalam tabung. Nekad.

...Dalam perjalanan menuju ke kereta , Allah datangkan lagi ujian. Kali ini berbeza. Seorang mak cik yang agak tua datang menghampiri. Diangkat tangan kanannya dan menggerak-gerakkan sebagai isyarat bahawa dia perlu sesuatu untuk makan.

Saya serba salah! Serba tidak kena pada waktu itu. Saya sudah hampir kehabisan wang untuk diberi. Namun, spontan saya menyeluk poket dan mengambil wang di dalam dompet.

Saya berikan beliau RM10!... (Petikan Bab 24: Ikhlas RM50 dibalas RM10,000 )

Boleh baca bukunya untuk tahu citer lanjut.. x silap kak sue, skrg bole beli di MPH. Kalau nak beli dgn kak sue pun ok.. just email , sms me :) 


Wassalam..

Jul 20, 2013

BUKU MINI MMR

As salam readers..
K.sue nk menulis sikit ttg buku mini mudahnya menjemput rezeki yg k.sue nk bg gift utk 20 lucky customers k.sue. citer ttg free gift tu..bole tgk post yg lepas. bole jg tgk buku full version..di SINI.

Maybe ada yg kata...jual buku pulak k.sue ni.. actually itu bkn niat yg utama.. niat utk berdakwah ;). Dalam buku ni terdapat amalan2 menjemput rezeki. Org bisnes..mesti nak tau ni. Bgaimana utk mnjemput rezeki..bgmana mgatasi kebocoran wang dsb.. bgmana utk membina hubungan dgn Allah.. So share2 buku ni dgn u all , semoga dikira sbgai dakwah. Kandungan buku mini MMR adalah 10% dari kandungan buku edisi penuh. Kalau malas sgt nak baca satu buku, baca buku mini ni pun dah cukup baik.

Nak citer ni, pada hari buku mini ni sampai.. sambil2 sembang ngan posmen pos laju tu, (hihi tiap kali hantar parcel bersembang ) kak sue terus buka parcel n bagi dia 1 naskah buku mini MMR. Pastu, esoknya dia (posmen tu) singgah umah kak sue lagi, dia tanya.. " buku tu mmg sikit2 ke kak" maksudnya bab dlm tu, x lengkap. Mmg la kan, edisi mini je. Slps kak sue terangkan serba sikit.. dia tanya buku full version plak. wah, rezeki .. kan mudah je !!

Klau ada nak tau beza buku mini dgn full version..bole tengok pic ni.. gambar kdt kat nadiah ..



Buku ni tinggal sikit aje lagi .. Insyaallah..rasanya usaha ni tak terhenti setakat 20 org.. ada bajet lebih .. bole beli & beri lagi. Tak bole kedekut.. kena igt formula ni, 1-1 = 10 .. kalau nak tahu kenapa bukan '0', dptkan buku full version. Harga RM24 aje. Sudah termasuk postage.. utk org sbh , srwk.. biasalah..kena tmbh RM3.

Wassalam.

Jun 16, 2013

Buku : Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Assalam & Morning ..
Readers.. crafters yang singgah sini hari ni..kak sue nak ucap terima kasih.. terima kasih kerana sudi bertandang.. yang follow blog kak sue.. silent readers .. blog walkers .. & sesiapa saja .. hope hari ni adalah hari yang terbaik untuk kita :).

Post hujung minggu hari ni.. tentang buku yang baru kak sue beli. Rasanya ini adalah post pertama mengenai buku.." ye ye betul... saya mengaku.. saya jarang baca buku... , saya mahu upgrade diri saya .. 1 bulan at least beli & baca 1 buku " hihi.. so ada yg nak follow kak sue?

Ok.. buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI (MMR) sgt menarik perhatian kak sue. Kak Sue habis baca dengan sekali duduk sahaja. Actually rasa ingin tahu ..selepas satu bab ..ke satu bab lagi.. sampai habis baru puas hati. Tak cukup dengan itu.. ulang baca .. & ulang lagi. Mengapa?

Susah gak nak gtau mengapa..kenapa? Tak berapa pandai nak luah apa yg kak sue rasa eh.. klau tak mesti dah jadi penulis buku gak nih.. hihi..
Dalam buku ni diterangkan ..apa itu rezeki? bagaimana menjemput rezeki.. masyaAllah, menjemput rezeki bukanlah perkara yang susah pun..

Kak Sue petik sedikit kata2 penulis buku - FATHURI SALEHUDDIN...
"Tidak perlu bimbang dan tidak perlu dibandingkan dengan sesiapa kerana rezeki setiap kita adalah unik:

Apa yang pasti:

1) Rezeki tidak pernah salah alamat
2) Rezeki tidak pernah salah tuan
3) Rezeki tidak pernah terlambat atau tercepat walau sesaat"


Jom tengok sikit kandungan buku MMR ni..


Bahasa yang diguna ..mudah faham, santai & tepat. Tak rugi beli , baca & praktik .. InsyaAllah akan berlaku keajaiban.. bukan cakap kosong semata-mata... Kak Sue dah merasainya. Ada masa nanti..kak sue cerita pengalaman kak sue sendiri.

Mana nak dapat buku ni? Actually, slps cetakan ke 6, buku ni dah tak jual di kedai2 buku. Sekarang cetakan ke 10 tau!! Cetakan pertama pada 2012. WOW!! Fast Selling kan...
So, kalau nak beli , boleh order je dgn kak sue.. Harga buku RM18 + pos laju RM6 = RM24 saje. (semenanjung) Murah je , kalau nak dibandingkan dengan apa yang kita dapat. Pesanan kak sue untuk yang berniaga .. online atau offline.. " buku ni wajib beli ". SMS kak sue - 013.946.8836, atau email - chummycraft@gmail.com


Wassalam ;)