Assalam & Hi...
Wah.. mukadimah dah keluar gambar kangaroo.. ni bukan kangaroo lompat2 tu.. yg ni kurier servis. Alahai.. nak citer tak best ni.. dengan niat mereka perbaiki kelemahan mereka & juga mengelakkan orang lain terkena sama.
Kisahnya.. satu parcel kak sue dari luar malaysia.. sampai ke sini kak sue rasa dah seminggu (anggaran, mungkin lebih lama atau kurang dari tu). Tengok kat website dia, 1 april dari shah alam ke kuantan. 9 apr , staf kangaroo kuantan call bgtau tak mahu hantar ke Pekan sebab tak de driver, x cukup staff, masuk pekan cuma 1 @ 2 minggu sekali shj. Dia mintak kak sue ambil sendiri parcel tu di kuantan. ( kuantan pekan lbh kurang 45 minit dgn kereta)
Kak sue bg cadangan supaya pos brg kak sue guna kurier lain.. atau domestik parcel yg kos nya rm7 je (brg kak sue kurang dr 2kg). Diaorg tak nak. Then kak sue mintak dia hantar ke rumah adik kak sue di kuantan (indera mahkota) jarak nya lebih kurang 12km (15minit).. diaorg tak nak juga.. katanya tak de driver.
Ni yang buat kak sue bengang sangat ni.. diaorang tak de alternatif lain langsung.. pun tak nak ikut cadangan kita.. sedangkan kak sue dah bayar untuk parcel sampai ke rumah kak sue. Dah la lambat .. tak nak tolak ansur pulak.
Lagi..
10 april - kak sue cek kat website track tu.. dia tulis, out for delivery.. hahaha... kalau dah hantar, mana barangnya?? nanti mesti bgtau , dah hantar tapi tak de org kat rumah lah tu.. cover baik punya.
Then what??
Hak kita kan.. Macam2 hal boleh buat aduan.. so kalau u all ada problem sama atau masalah lain, di tipu dsbgainya.. cuba lah try buat eAduan kat web tu. Klik link kak sue bagi tu. Kak sue baru buat report tadi.. so harap ada feedback baik drp diaorg.
Actually kalau bole nego atau cari penyelesaian .. tak payahlah nak mengadu bagai.. tapi geram sangat ni.. lagipun.. ni bukan kali pertama kena cam ni. Barang lambat sampai.. hilang customer.. kena refund customer yang merajuk.. nama baik terjejas.. huhuhu.. mcm2 kes boleh timbul. Tapi memang benar, semalam kak sue dah refund duit customer..
So please note.. tak payah lah guna kurier ni.. kalau diaorg murah sekalipun.. pilih kurier lain. Mcm2 komen negatif.. kalau tak percaya , baca kat page diaorang.
okay.. nak stop ni.. jumpa lagi ..