Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "
Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Jun 7, 2024

Cara mudah buat tali penyangkut keychain.

Hai.. Assalamualaikum.

Lama tak share craft tips kan? Hari ni nak share tips untuk penyangkut keychain. Details di caption gambar ya.

Tali penyangkut tu yang hitam tu ya. Untuk kita sangkut keychain nanti. 


Yang kita perlukan :- tali , plier, lilin, gunting, pembaris

First gulung tali pada pembaris. Kemudian gunting, Cara ni menjimatkan masa dari gunting tali tu satu-satu. after a few years buat keychain, baru dapat kaedah ni..geram je rasa kann haha.

Kemudian bakar sedikit hujungnya dan kepit dengan plier. Lihat gambar bawah.


tali yang dah potong tu , lipat dua dan bakar hujungnya.
Guna plier jenis apa pun boleh..yang tak de gigi cam ni pun cantik hasilnya.
 

Ok siap dah ni..
boleh buat banyak-banyak dan simpan.
Time nak guna ambil je. 

Semoga Bermanfaat. 
Wassalam.

 

Feb 19, 2016

Tutorial Pincushion

Tutorial pin cushion dari sebelum ni. 
kak sue combine kan supaya lebih mudah nak save gambar.



Tutorial : Bottle cap pincushion

As Salam ... Hai..

Kali ni tutorial pin cushion pulak. Ye lah kan skrg sume pakai shawl.. dah ada jarum shawl kan kena ada cushion pulak hihi.

Ok pin cushion yg kak sue nak tunjuk ni, kecik je tau. & kita guna penutup botol minuman sebagai base dia. Aduh.. susah nak cakap .. meh tengok pic je la..

Jan 7, 2016

Buat Sendiri Pin Tudung

Hi ..As Salam 


Kak Sue muat naik status begini di facebook ..
" yg tudung pin nya selalu hilang.. buat sendiri.. 
buat yg simple mcmni.. tiap2 hari hilang pun x pe.. "

Hihihi..okay, betul kan, kalau asik hilang buat je yg murah2 cam ni. 
Yang perlu ada, gam E6000 atau F6000. Sebab gam ni kuat. In Sya Allah tak mudah tercabut. Lainlah kalau u all ganas sangat hihi. Then Pin & juga resin flatback atau button.

  1. gam
  2. pin
  3. flatback resin / button
Caranya ..semudah ABC .. just gam sahaja. Pin yang k.sue guna ada mcm bunga tu kan.. lagi mudah nak gam berbanding pin yg bulat dihujung tu. 

Berminat untuk dapatkan bahan2 tu? Boleh ke blog supplies, ke page chummy craft atau lebih mudah whatsapp kak sue - 013-946 8836.

Ok .. selamat mencuba.

***


Dengan Nama-Mu Ya Allah kami meminta
Pada waktu pagi dan petang

Bagi-Mu segala pujian
Pada waktu petang dan pagi

Kurniakan kepada kami dari sisi-Mu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan

Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah adalah cahaya
dan jalan kejayaan.

Dec 30, 2015

Coaster la konon..

Hi.. As Salam

Entry ni akak tulis pada hari terakhir 2015.. nak bgtau tu je.. bukan nak memori daun pisang ye.. :)

Ok .. memalam ni , try buat coaster pulak. Sebenarnya ter inspirasi dari pinterest. (yg tak tahu pinterest sila google ye) and coaster itu adalah alas gelas.

Ada byk sangat item dan cara kreatif diaorang buat alas gelas tau. Tapi kak sue pilih yg kelihatan paling senang & simple .. dan kita boleh guna lebihan kain . Haa.. perca2 felt tu.


Aug 12, 2015

Flower Template

Salam..Hi

Nak share template/pattern munga2 ni.. bole buat mcm2.. brooch, hair clip , bookmark etc
Dari template ni & hasil google kak Sue spt di bwh. Klik LINK yg disertakan tu ye.




Details bole tgk SINI


klik sini LINK






Ok .. klau ada yg lain InsyaAllah K.Sue update ye..



Jun 16, 2015

Kegunaan Brads

hi.. salam..morning (waktu menulis ni morning.. waktu u baca i x tahu hihi)

ok.. ari ni nak kongsi pasal brads.. apa brads? yg ni..


ok ..dah kenal brads jom k.sue nk tunjuk salah satu kegunaannya.. tunjuk gambar je ok tak?


haa.. comei?
brads ada byk size n bentuk .. kalau nk tgk ready stok yg k.sue ada..jemput singgah blog spplies ye
klik pada labels brads. 

ok.. nak sambung buat pusheen.. see you :).


Feb 14, 2015

Tutorial : Brad Brooch



Hi.. Hari ni nak buat brooch pulak. Yg u all perlukan 
- butang kayu
- brads
- brooch pin
- gam 

Mula-mula.. (mcm nak bg resepi je kan) hihi..
  1. ok memula ambil butang dan brads
  2. cucuk brad pada lubang butang
  3. potong sedikit kaki brad, u all guna cutter ye k.sue men belasah je guna gunting
  4. then, ambil brooch pin.. yg ni k.sue guna 15mm
  5. masukkan kaki brad ke lubang brooch kemudian bengkokkan nya. spt dlm gambar.. sebelum tu ..utk lbh kuat n kemas, letak sikit gam pada brooch pin. 

ok.. mcm tu je la..dah siap pun brooch kita ;).


Feb 28, 2014

Tutorial : Rambu Ramba

Assalam & Hi..

Hari ni kak sue nak share tutorial  TASSEL. Apa tassel ye? Actually tak tahu nak panggil apa.. biasa kita tgk kat hujung tasbih tu. 


Hari tu kak sue nak buat tasbih & mencari tassel tu..tapi harganya boleh tahan juga tu .. ada yg jual 50sen satu. Sebagai alternatif lain.. kita boleh cuba buat sendiri. Senang je rupanya.. Jom ikut tutorial ni.


Tutorial ni kak sue ambil dari sini - THE MAKING SPOT
Ada banyak web tentang tutorial tassel ni.  Kak sue put a few here :)
Ok.. klau belum puas hati.. tanya aje cik google ye.. nt dia bantu :)

So kak sue stop sini dulu. Selamat mencuba.

Jan 30, 2014

Craft Ideas

Assalam & morning readers.
Semoga hari ni hari yg terbaik & semoga kita sentiasa dalam perlindungan Allah swt selalu. Aminn.

Lama tak berkraf ni.. sibuk dgn supplies aje kan..
tadi sempat kak sue blogwalk cari idea .. bukan tiru ye.. tapi inspirasi. Lain tu maksudnya. Kalu ada yg tak faham ..lain kali kita citer bab tu. Adakala menjadi isu sensitif dikalangan crafters ni. Tak pe.. tinggalkan dulu & jom kita tengok apa yg kak sue jumpa.

Munge-munge ..ngee..
actually kak sue la yg paling tak suka munge2 ni.. hahaha.. tapi bila tengok crafters buat munge2 cantik la pulak. Kalau buat cam gambar nampak cantik sgt, betul kan? Letak dlm pasu & display kat meja u all.. osem kata bdk2 sekarang :)

Ni ada satu lagi gambar nak share.. kak sue bagi link jugak..nanti boleh usha2 blog dia.


Ok.. korang layan ye.. kak sue ada urusan lain. Wassalam & take care 


Aug 25, 2013

Tutorial - Felt Rose With Stem

Assalam & hi..
Crafters.. another tutorial for you..jalan2 terjumpa la tutorial yang cantik ni.. kak sue belum cuba..apa kata u all cuba dulu pastu share pic kat fb & tag kak sue hihi..  btw .. selamat mencuba.
Details , boleh visit blog owner - OH MY HANDMADE GOODNESS
C.U ..
WASSALAM

Aug 24, 2013

Flower Tutorial


Assalam .. again nak kongsi lagi satu tutorial flower. (rasa cam dah penah upload je ) .. abaikan je lah ye.. malas pulak rasa nak menggodek entry lama.. 

Ni bunga apa nama .. tak tahu.. kak sue dah pernah buat jg ni. hasilnya mmg cantik.. kalau nak buat besar.. besarkan saiz bulatannya. bulat2 tu mesti cukup 9 pcs ye. . kak sue pernah buat 2 kaler.. cun juga tau .. why not u all try pulak ok. 

Tutorial ni.. just copy paste dari linesaccross.com.. nak details, u all leh gi web dia ye.. credit to owner :)
Wassalam.

Aug 22, 2013

Flower Tutorial

Assalam crafters..
Hari tu .. blogwalk .. jalan2 cari idea..hihi.. x jumpa apa yg dicari tapi jumpa tutorial yang cantik.. gambar yg terang & mudah faham. So kak sue copy la..boleh gak share ngan u all kan. kak sue dah pernah buat bunga ni.. ok , not bad..tapi sayangnya..kak sue x suka buat bunga.. i'm not the flower type haha.. i ni kumbang type.. bole ke gitu? hancussss... 

Ok.. especially newbie.. try this out.. make your own brooch, headband etc :) Goood luck!!

 OPpppssss Lupa nak kasi tau ... gambar amik dari web life with love bugs.. link dia ada kat gambar tu ye. credit to her ..tq

May 10, 2013

Name Keychain

Assalam Friday evening..
Pe kabo sume... hope everything ok ye.

Last 2 weeks klau x silap..ada sorang crafter tanya kak sue cam ne nak jahit tali utk sangkutkan keychain.
Actually kita tak jahit tu dik.. gam saja. Pernah dulu kan kak sue dah citer pasal ni.. kak sue mintak dia godek2 blog kak sue ni..tapi x jumpa. kak sue pun kurang rajin nak cari .. & rasa nak buat post baru yg lebih segar hihi..

So untuk beginner, boleh tgk sini ye...


  1. ambil tali & gam pada felt. (gambar plg atas)
  2. klau nak bagi kemas boleh ambil cebisan felt & tampal atas tali. Ini optional, tak nak buat pun tak pe. Tapi klau buat , lagi kemas.
  3. kemudian, lapiskan, jahit , isi fiber & siap :)
Semoga memberi manfaat 

Apr 3, 2013

DIY : Ribbon Brooch Simple & Tutorial

Assalam & morning readers..

Kak Sue nak share tutorial buat brooch riben yang simple .. sewless, just guna gam aje & express :). Zaman skrg ni semua nak express kan.. nak cepat & nak cantik juga. so, jomm...


  1. Dengan menggunakan patern , gunting kain felt seperti no 1. 
  2. Lapiskan kedua-dua kainfelt tadi. Kain yang lebih panjang disebelah bawah.


3. Jerutkan tengah riben seperti gambar 3. U all bole ikat dgn dawai halus atau jahitkan aje.


4. Dengan menggunakan riben, balut bahagian tengah tadi. Gam ye sis.. kak sue guna hot glue.


5. Gam kan brooch pin sepert gambar di atas ye.. hihihi.. dah hilang dah nombor kat gambar .. 


6. Kemaskan bahagian tepi2 kain tu.. kadang2 bila kita jerut, kain akan jd tak sama panjang & nampak kurang kemas. Selalunya, kak sue akan gunting yg lebih2 tu. Ok..dah siap.. Wahhh... simple... tapi cantikkan. 
U all boleh jadikan sepit (hair clip) jg ni. Asasnya sama, cuma brooch pin gantikan dengan clip rambut. Gunakan kreativiti u all ..

Untuk yang baru nak cuba2 buat, kak sue ada beginner pack untuk u all.. kak sue akan masukkan dalam kategori DIY PACK di blog supplies


Boleh dapatkan pek DIY ini di SINI

NOTES FOR CRAFTERS!
- please remind, walaupun nampak senang dan mudah membuatnya, jangan letak harga terlalu rendah untuk hasil u all. Fikirkan juga, masa & tenaga kita. (teringat bila ada yg jual dgn harga tak sampai rm1, buat sendiri baru tau dik..) 

Ok.. setakat ini perkongsian hari ni ye. Semoga memberi manfaat. Maaf andai ada tersalah bahasa.
Wassalam, CU ..



Mar 13, 2013

Tutorial : Hair clips

Assalam ..
Jom tgk tutorial buat hair clip , sepit rambut munge2..
Tutorial ni kak sue ambil dari blog crafter luar negara.
Kak sue upload gambarnya aje.. kalau nak lebih details..
U all pergi blog dia di sini : http://prettylilposies.blogspot.com/2010/10/felt-flower-clips-tutorial.html

Dec 13, 2012

Recycle ..

Assalam & afternoon..
Kak Sue ada 30 min aje utk tulis post ni.. jeng2..apa yg kak sue recycle?
Actually plan dah lama..tapi baru last week menjadinya.

Bahan terbuang yang kak sue guna : tin biskut (yg kosong ye.. mkn dulu biskutnya) , lebihan kain felt, buttons yg reject.. ready cut felt yg dah berkurun simpan ( bentuk burung, love, sotong x siap..)..

cam ne nak buat? Kak sue guna gam panas .. mula2 just amik je perca2 felt tu & mula tampal disekeliling tin. . lupa lak..tin biskut tu kita kena potong bahagian atas dulu..biar berlubang..
Ok.. dah siap tampal felt keliling tin, amik ready cut felt , gambar pape je.. tampal atas lapisan felt tadi. Dah siap tepek2 tu.. amik pulak button2 yg reject..button yg x de lubang, yg senget2 bagai tu, buat la hiasan ikut suka.

Masa buat tu kak sue x de plan pun.. tampal apa yg tercapai di tangan.. warna pun ikut nasib je.. so slps lbh kurang 10-15min kot.. maka ini lah hasilnya..


hik.. tin ni boleh la nak taruk pape .. kak sue buat  'TONG SAMPAH' .. tp mybe sebab comel kot.. sume org x mo buang sampah kat dlm ni...

well.. sape nak try lak lepas ni? Sila2...

Wassalam :)

Jul 5, 2012

Perkongsian Ilmu - Patern

Assalam & Salam Satu Malaysia.. tetiba lak satu malaysia hari ni.. biarkan je..

Dah agak lama kan kak sue tak share tips ngan u all. Ada banyak tips yang nak dikongsi sebenarnya.. cuma masa tak begitu mengizinkan , bila fikir nak amik gambar & edit tu yg buat kak sue tak berapa rajin. Namun untuk u all kak sue gagahkan diri untuk merajinkan diri & buat yg terbaik. Ilmu harus dikongsi.. :)

Okay..tips apa kali ni? Patern?
Kalau ada yang ikut facebook kak sue sure tau kak sue punya printer sedang mogok..tak mau makan..( x leh loading) , so tak leh nak print. Tetiba lak ada customer request nak angry bird female.. 'alamak..kak sue tak de patern yg dah print'.. so apa lagi, macam tak biasa kan.. tekap je la kat skrin laptop. Yang belum biasa buat, meh kak sue nak ajar hihi..


1. ambil sehelai kertas nipis (kak sue guna kertas buku sekolah)
2. lukis ye dik..
3. hasil tekap u all
4. lipat dua kertas tadi. yg ada gambar disebelah dalam. (lihat gambar 6)


5. bila dah lipat dua , lukis pulak bahagian2 kecil tu.. riben, paruh dll. bukan tekap kat laptop ye dik.guna   gambar yg sama. tgk gambar 6. kak sue tak lukis mata sebab kak sue guna mata gedik yg eyelash tu :)
6. pandangan sisi untuk yang masih keliru..
7. disebabkan kertas buku tu nipis.. kak sue tampal ngan salotape pulak supaya keras sikit.
8. kalau nak tebal..letak la byk2 salotape tu hahaha..


9. pastu..boleh la u all gunting seperti gambar di atas.

Kan mudah, dah dapat paternnya.. org kata, kalau nak seribu daya
Printer..ko nak mogok lama mana pun mogok lah..

Jom tengok hasilnya.. tada..

Comel tak? 

So, setakat ni untuk hari ni ye. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Kalau u all rasa tips ni berguna, share dengan kawan2 ye.
Wassalam. :)

***************
Promo : Pre oder buttons & craft supplies - harga sgt menarik. Email kak sue untuk senarai harga :)
Album di FB - HERE
***************

Jun 9, 2012

Tutorial : Bow Brooch

Assalam.. just wanna share something with you :)
click picture to enlarge.
Credit To : 
KITTENHOOD
boleh ke link diatas utk details ye.
**Selain riben organza, riben jenis lain pun boleh juga. Cuma rasanya, jenis organza lebih mudah utk dijerut. 
Semoga memberi manfaat.