Keychain Nama Jadi Pisang Goreng Panas!
Siapa sangka, keychain nama yang satu ini terus mendapat sambutan luar biasa. Malah, ia kini tersenarai di tempat pertama dalam jualan keychain custom di Shopee!
Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus memilih Chummy Craft. Setiap tempahan yang masuk memang menjadi pembakar semangat untuk saya terus menghasilkan produk handmade ini.
Fenomena Hujung Tahun Kembali Lagi
Sebenarnya, keadaan begini bukanlah sesuatu yang asing bagi Chummy Craft. Setiap kali menjelang hujung tahun, keychain nama memang antara item yang mendapat permintaan tinggi.
Kebanyakan pelanggan membuat tempahan secara pukal. Biasanya tempahan dari cikgu² untuk anak murid, ada juga dari parents untuk kawan-kawan anak, sebagai kenang-kenangan sebelum masing-masing melangkah ke tahun persekolahan yang baharu.
Bagi saya, hadiah kecil seperti ini ada nilai tersendiri. Walaupun ringkas, apabila disertakan nama penerima, ia menjadi lebih personal dan bermakna.
Jadi, kalau nampak saya agak senyap di blog atau media sosial, mungkin saya sedang sibuk di belakang tabir menyiapkan tempahan anda.
Terima kasih kerana terus menyokong Chummy Craft. Semoga setiap keychain yang dihasilkan menjadi kenangan manis buat penerimanya!

No comments:
Post a Comment