Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

May 31, 2011

DIY Bookmark (MY 1st DIY :)

Tadaa... 
Setelah sekian lama , akhirnya siap juga DIY  pertama saya. 
Dalam DIY ini saya tunjukkan bagaimana nak buat bookmark yang simple, kemas, cantik & unik, lain dari yang lain. Actually tercetusnya idea ni bila teringatkan arwah ayah saya yang menggunting bucu sampul surat menjadi bookmark. Mungkin waktu itu saya rasakan ianya sangat kreatif menyebabkan saya ingat sehingga kini, sungguhpun sudah puluhan tahun berlalu. Lalu, saya ingin mengabadikannya melalui DIY sulung ini.

Jom..sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman saya, dapatkan DIY ini dan berkreatiflah bersama anak-anak, mereka pun sedang  bercuti sekarang kan. 

Okay, kita tengok apa yang ada dalam DIY ini :-
  • Pattern (diprint atas kertas keras)
  • Panduan (arahan step by step beserta gambar)
  • Kain felt (pelbagai warna)
  • Sepasang google eyes.
Saya dah sediakan juga felt yang telah digunting , anda cuma perlu tampal dan jahit sahaja. Juga felt yang belum digunting. So boleh dapat 2 bookmark dalam pek ini.

Harga : RM12.00 exclude postage.
Cepat isi form @ contact saya untuk tempahan.

May 28, 2011

Sedondon..



 Ni untuk saje2 je..buat yang sedondon..suke lak tengok :)

May 25, 2011

Oder Kawan2 Niesa

tq kat niesa :) dah lama tak buat name keychain design ni. saya guna soft2 kaler sume..except for purple tu je yg gelap sikit. dalam pic ni nampak cam kaler biru..tapi sebenarnya purple. eh.. nampak cam ade watermark baru kan...hihi actually my sis tolong buatkan. nanti la kite citer pasal watermark tu. entry ni as sesi warm up je dulu :).

May 19, 2011

Santai-santai...

Alhamdulillah..habis sudah kerja berterusan yang berdoyon-doyon..(cikgu BM sori kalau salah guna bahasa).. Next oder, bulan November punya. Ada dua tempahan untuk wedding. Banyak masa lagi kan. Sambil melayan order2 yang kecil..bolehla saya menyudahkan projek-projek tertangguh.

InsyaAllah DIY pertama akan muncul tak lama lagi. Sekarang ni tengah mengedit gambar dan menyusun ayat, nanti korang tak faham pulakkan..maklumlah, saya punya ayat selalu tunggang langgang :P.

So tunggu aje saya upload nanti. Pasti lain dari yg lain, sebab tak pernah nampak orang buat lagi,hihi.. kalau salah ampunnn.

May 18, 2011

Pendrive Case



Dah lama sangat nak buat ni..baru last week berkesempatan. Saje suka-suka , bukan untuk di jual..sudah bagi kat my sis. X tau la dia suka x hihi

May 10, 2011

Bulk Order - Tq Kak Tie

Oder dari kak tie.. da lama sampai kat tuannya.Sumenya 100pcs..Tq sis.

May 3, 2011

Name Keychain

Ni bukan sape-sape punya..hihihi..sendiri buat , sendiri guna. Actually my daughter belajar buat ni utk dirinya sendiri. (Ibu x de masa nak buat ek..) menjadi juga kan. okaylah nanti bole jd assistant ye.