Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Dec 5, 2013

Pray For Kuantan


Assalam ..
Andai ada yg belum tahu (mungkin ke ada yg tak tahu?) Kuantan .. banjir .. memang kali ni teruk sikit. Kak Sue nak share dari status & gambar2 di facebook. Don't expect me cerita secara saintifik .. gelombang, air pasang bagai .. akak x tahu.. yg pasti hujan lebat  tanpa henti area pekan kuantan - kat paper tulis : hujan luar biasa .. menyebabkan banjir yg luar biasa.

Banyak tempat terjejas .. kediaman, premis perniagaan, bank , kolej . Pencawang letik juga ampuh .. menyebabkan bekalan eletrik terpaksa ditutup .. letrik x de.. so air pun kena tutup.. air banjir je banyak. Bayangkan ..hujan lebat, sejuk, gelap .. 

Tak mau citer panjang .. mohon u all doakan .. mak saudara & cousins kak sue  di sg isap jg masih di pusat pemindahan . Semoga banjir cepat surut .. semoga mereka redha dgn ujian Allah ini.

So .. jom tgk gambar - kebanyakkan nya kak sue ambil dari page Kuantan . Kalau nak tgk gambar2 fresh & terkini .. boleh klik link ni .klik





Wassalam.


Dec 2, 2013

Gantung-gantungan (mobile)

Assalam  & Hi readers..
Macamana cuaca di tempat u all ? Kami di Pekan ni.. hujan sepanjang hari.. bukan sikit2..mmg lebat sungguh. Cuaca sejuk je.. kalau 'landing' ni sure hanyut .. bukan sbb banjir .. hanyut dibuai mimpi.. huhu..

Agak2 posmen keluar tak hari ni? Kak Sue tengah tunggu parcel yg penting ni !! Tapi kalau camni punya lebat hujannya.. mmg x de la tu. Cabaran buat encik2 posmen masa musim tengkujuh cam ni.. semoga tabah :) !!

Ok .. sambil menunggu2 & layan2 lagu .. jom kita blogwalk tambah ilmu ...
Kak Sue jalan2 tengok a few blogs .. & terjumpa gantungan utk baby.. sori tak tahu nama apa .. tapi bila search tu diaorg tulis 'mobile' .. apa pun .. kak sue dah siap copy gambar & juga link urlnya. kalau u all nak lebih jelas, bolehla pegi ke blog asal.

so jom layan gambar...





Okay .. jom kita buat jurai2 .. buat hiasan kat cermin , langsir, pintu , tingkap  ke.. ada berani ? Buat deco utk pelamin punya backdrop pun ok jg kan.. bole panjang2 kan lagi idea ni.. so u all buat la ye.. kak sue nak cari selimut . Selamat berkraf..C.U.



Nov 28, 2013

Couple Pillow

Assalam Readers

Nak share ngan u all bantal ni.. officemate hubby kak sue yg tempah ni. Untuk cousinnya.. hadiah kawen kot. Dia just bagi nama & kaler yg dia nak.. yg lain2 buat la pape pun.. aiyaaaa... sesetengah org kata senang cam ni kan.. tapi sebenarnya lebih susah bila customer kata ' buat la cam ne pun kak' ...

Dengan otak yg tgh serabut time tuh.. rasa mmg mau dia cancel aje odernya..
Kak sue cuba fikirkan idea yg paling senang dan mudah nak buat...
untuk lelaki ... selain topi , bow .. yg dah pernah buat dulu... terfikir misai je la... misai pun misai la..
so utk lady pulak.. bagi la lips yg seksi ... misai & lips sepadan la kan.. kalau misai ngan heels cam x kena pulak eh..

So amik masa 1 hari je utk siapkan 2 biji bantul tu. Kain guna 'velboa' ... mmg best klau nak peluk2. Warna pun cantik. Hot pink... pink pink.. i love pink...

Ok.. jom tengok pic nya ...



Okay... tq sebab sudi membaca sehingga habis. 
esok2 kak sue upload bantal lain ye.. 
Wassalam...

Sorry..

Assalam & Hi readers....

Agak lama ye blog ni sepi tanpa update .. maaf sekiranya ada yg menunggu.
Berhenti beberapa ketika dari menulis mengundang rasa rindu dihati Kak Sue.  Namun tiada kuasa , tiada daya utk menulis & berkongsi cerita. 

Terbaca status seorang kenalan FB semalam..

Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu: 

"Inilah perjalanan hidupku. Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini. Semua ini perancangan Allah. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap KetetapanNya. Dan aku terima Qada' dan Qadar diriku. Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahNya. Terima kasih Allah, kerana mengasihiku." 

Selepas itu, buka matamu dan senyumlah. Itu lebih baik daripada kamu mengeluh dan menyalahkan takdir. 

Jadi andai diuji oleh Allah dengan kesedihan .. cubalah buat spt diatas. Kak Sue x buat .. sebab post tu baru je semalam. So .. fahamlah u all kan, kak sue diuji Allah yg menyebabkan rasa sedih yg sgt.. rasa tunggang terbalik dah dunia kak sue... serius bangat eh kak sue hahaha...

btw.. i'm back .. nantikan next post.. couple pillows .. beberapa tempahan pillow yg tak sempat nak upload lagi. 

So, till we meet again.. take a good care of you .. C.U :)




Oct 7, 2013

Agen Buttons


As Salam morning all.. 
Sori ye sebab lama menyepi .. tak update blog. Kekangan masa & idea huhu.. Kekadang rasa sgt rajin menulis.. kadang.. kontang idea huhu.. + penyakit 'M' itu hahha...

Pape pun my dear crafters.. Kak Sue nak buka peluang bagi yg berminat nak jadi agen butang. So far kak sue dah ada 14 org agen.. so nak cari dalam 10 org lagi. Selepas ni.. kuota mengikut negeri. Ada banyak jenis butang yg akan ditambah dari masa ke semasa. Atas permintaan agen juga.. ada material kraf yg lain seperti beads, applique, cabochon dll .

Ada 2 kategori utk agen.. master dealer & dealer.. syarat2 utk jadi agen spt yg kak sue paste ni :-

Kami menawarkan pakej menarik sebagai agen dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaran. Pelbagai jenis buttons yg akan kami update dari masa ke semasa. Anda juga layak utk harga2 promosi dari supplier kami beserta free gifts sekiranya ada.

Sebagai agen, anda akan dimasukkan kedalam group khas di FB dimana gambar2 & info , harga, promosi dll akan diupdate. Untuk memastikan anda benar2 serius untuk bersama kami, ada sedikit syarat utk dipatuhi.Dalam keadaan tertentu, kami berhak membatalkan keahlian anda.

Ada 2 kategori agen utk pilihan anda.

1) MASTER DEALER (MD) - terhad kpd beberapa org sahaja
- modal permulaan RM300 , button boleh pilih sendiri
- maintain pembelian terkumpul RM250 dalam masa 3 bulan
- less sehingga 70% dari harga runcit mengikut jenis button
- layak untuk promosi tambahan & jg free gifts
- boleh lantik dealer / doorshipper sendiri
- syarat utk dealer dll boleh buat sendiri
- harga jual - boleh letak sendiri, kami akan suggest harga runcit.
- pembelian button melalui PRE ORDER sahaja

2) DEALER
- modal permulaan - RM80, button bole pilih sendiri
- maintain pembelian terkumpul RM100 dalam masa 3 bulan
- less sehingga 40% dari harga runcit mengikut jenis button
- layak untuk promosi tambahan & jg free gifts
- boleh lantik doorshipper sendiri
- boleh beli dari master dealer (MD) - syarat2 refer MD tersebut
- pembelian melalui pre order & jg ready stok

note - penting :
- modal permulaan tidak termasuk postage.
- pembelian terkumpul bermaksud, tak perlu beli setiap bulan tapi jumlah terkumpul dlm masa 3 bulan.
  cth -oktober rm50 + nov rm50 + okt 00 = RM100
- pembelian pre order untuk agen dibuka setiap 2minggu.
- pembelian brg craft selain buttons boleh diurus, upon request :)

Sekiranya anda bersetuju - sila copy paste & pm kami dengan butiran di bawah. Kami akan reply dlm masa kurang dr 48 jam. PM ke sini - https://www.facebook.com/SueChummy?sk=messages_inbox
contoh button bole tgk sini ...
https://www.facebook.com/media/set/set=a.577382935636673.1073741828.145724515469186&type=3

 ========copy & paste ===========

Saya berminat untuk menjadi agen button Chummy Craft & bersetuju dengan syarat2nya. Details saya seperti berikut.

Nama penuh :
Agen : ( nyatakan dealer @ master dealer )
Lokasi : ( daerah / negeri )
No hp :
e-mail  :
link page : (jika ada page)
====================================
ok.. jika ada yg berminat.. bole pm kak sue di facebook. U all perlu ada akaun FB jika nak jadi agen.. harap maklum :)


Aug 26, 2013

PENCIL CASE ~ TQ NURUL NADIA

Assalam  & readers.. 

Last 2 entries pasal tutorial kan.. dah cuba bunga2 tu? Kalau dah cuba..kak sue hope menjadi ye. Apa projek skrg? Kak sue sdg siapkan tempahan kecik2 .. banyak name keychain .. Suka buat name keychain.. sebab cepat siap.. cuma yg leceh huruf nya tu .. aduhai..kalau tak teliti mesti comot hasilnya.. Walaupun name keychain ni glamer dgn budak2 je..tapi jangan buat sambil lewa.. mereka bayar kita tau. Buat cantik2..nanti diaorg order lagi. Mcm anak kak sue kata.. 'mcm virus la keychain' .. cepat merebak sampaikan dia x nak ambil order. 'order tutup ye.. dah byk sgt.. mak aku x sempat buat'  hihihi.. sape ajar ntah ..huhu. pastu ada lagi 'ko ingat mak aku robot ke...nak cepat ko buat sendiri' wakakaka... bole hancus bisnes..mesti dah bosan sgt tu ..asik tanya bila nak siap. kadang..baru je oder semalam..hari ni dah tanya.. Emm ..Biasalahkan..nama pun budak2 :). 

Okay.. ni kak sue nak tayang kat u all gambar2 dari oder nadia.. yg ni 2nd order dari dia.. selepas ni maybe dia buat sendiri..sebab dia dah beli raw material dari kak sue hihi.. Jom layan pic dia.. Banyak tau ..

Aug 25, 2013

Tutorial - Felt Rose With Stem

Assalam & hi..
Crafters.. another tutorial for you..jalan2 terjumpa la tutorial yang cantik ni.. kak sue belum cuba..apa kata u all cuba dulu pastu share pic kat fb & tag kak sue hihi..  btw .. selamat mencuba.
Details , boleh visit blog owner - OH MY HANDMADE GOODNESS
C.U ..
WASSALAM

Aug 24, 2013

Flower Tutorial


Assalam .. again nak kongsi lagi satu tutorial flower. (rasa cam dah penah upload je ) .. abaikan je lah ye.. malas pulak rasa nak menggodek entry lama.. 

Ni bunga apa nama .. tak tahu.. kak sue dah pernah buat jg ni. hasilnya mmg cantik.. kalau nak buat besar.. besarkan saiz bulatannya. bulat2 tu mesti cukup 9 pcs ye. . kak sue pernah buat 2 kaler.. cun juga tau .. why not u all try pulak ok. 

Tutorial ni.. just copy paste dari linesaccross.com.. nak details, u all leh gi web dia ye.. credit to owner :)
Wassalam.

Aug 23, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Assalam .. Bertemu di hari Jumaat yang penuh barakah .. Alhamdulillah.
Masih ingat buku MMR yg pernah kak sue tulis dulu? Kak Sue suka sangat buku ni.. dan bersyukur kerana di izinkan Allah untuk membelinya. Sebetulnya..buku MMR ini kak sue dah pernah jumpa di kedai buku.. tapi tak tergerak hati pun nak beli. Akhirnya.. kak sue beli online sahaja. (dah mmg kaki shopping online hihi)

Apa yg menarik nya buku ni? Memang .. kalau u all baca strategi menjemput rezeki.. perkara2 biasa sahaja. Perkara yang sudah kita maklum.. contohnya strategi menjemput rezeki melalui solat. Semua org tahu, kita muslim perlu solat.. dan kita memang bersolat.. memang biasa kan? sememang nya perkara yg kita sudah maklum. Tapi ..adakah kita sedar dengan bersolat itu menjadikan rezeki kita bertambah mudah? Ganjaran2 yang kita perolehi dengan bersolat? solat2 yang bagaimanakah menyebabkan rezeki kita menjadi deras? 

MasyaAllah..
kadang kita hanya bersolat sebab solat itu wajib..tak buat nanti berdosa pulak ..kadang bersolat dalam keadaan malas dan terpaksa..kadang bersolat sebab segan kat mertua.. tapi bila kita tahu ganjarannya bersolat.. bagaimanakah agaknya solat kita? 
Kak sue rasa , ini lah yg ingin disampaikan oleh penulis.. mengupas setiap strategi menjemput rezeki dengan begitu baik & santai sekali. Ada beberapa teknik dalam buku ni..boleh ikut semua teknik atau amalkan teknik tertentu sahaja.. terpulang pada kita. Tapi yang penting, perlu yakin !



Kak Sue copy sedikit petikan dalam buku MMR - utk preview u all.. ni pun copy dari penulis hihi :-

Sehari sebelum konvokesyen, saya benar-benar tidak ada duit! I'am broke!

Saya seluk saku di belakang dan mengeluarkan dompet. Tinggal hanya sekeping not RM50 dan beberapa keping wang RM5 dan RM1.

Saya berdoa: " Ya Allah, jika ujian ini adalah untuk lebih mematangkan aku dan sebagai signal daripada Engkau, bahawa apa yang ditakdirkan terjadi pasti akan terjadi, aku redha!" Lalu, saya mengambil not Rm50 dan dimasukkan ke dalam tabung. Nekad.

...Dalam perjalanan menuju ke kereta , Allah datangkan lagi ujian. Kali ini berbeza. Seorang mak cik yang agak tua datang menghampiri. Diangkat tangan kanannya dan menggerak-gerakkan sebagai isyarat bahawa dia perlu sesuatu untuk makan.

Saya serba salah! Serba tidak kena pada waktu itu. Saya sudah hampir kehabisan wang untuk diberi. Namun, spontan saya menyeluk poket dan mengambil wang di dalam dompet.

Saya berikan beliau RM10!... (Petikan Bab 24: Ikhlas RM50 dibalas RM10,000 )

Boleh baca bukunya untuk tahu citer lanjut.. x silap kak sue, skrg bole beli di MPH. Kalau nak beli dgn kak sue pun ok.. just email , sms me :) 


Wassalam..

Aug 22, 2013

Flower Tutorial

Assalam crafters..
Hari tu .. blogwalk .. jalan2 cari idea..hihi.. x jumpa apa yg dicari tapi jumpa tutorial yang cantik.. gambar yg terang & mudah faham. So kak sue copy la..boleh gak share ngan u all kan. kak sue dah pernah buat bunga ni.. ok , not bad..tapi sayangnya..kak sue x suka buat bunga.. i'm not the flower type haha.. i ni kumbang type.. bole ke gitu? hancussss... 

Ok.. especially newbie.. try this out.. make your own brooch, headband etc :) Goood luck!!

 OPpppssss Lupa nak kasi tau ... gambar amik dari web life with love bugs.. link dia ada kat gambar tu ye. credit to her ..tq

Aug 20, 2013

Wedding Pillow - TQ Ayu :)

Assalam & Hi Geng ..
Tadaaa... ini dia WEDDING PILLOW yg di janjikan .. 
2 biji bantal saiz >< 25x 25cm + 1 bantal love saiz maybe 1/2 A4 kot.. lupa nak ukur. 
Pertama kali kak sue guna material *velboa (x sure ejaan btl ke x) , kain ni memang best sgt2. Gebu2 .. macam teddy bear. 
Kak Sue penah buat cover Al-Quran dgn kain ni..pastu anak kak sue bwk gi sekolah masa bulan puasa baru ni.. habis dipeluk2 cium dek kawan2nya Al-Quran tu.. kes kain yg sgt best tu, hahaha.. owh.. dah masuk citer lain.. Aaa.. ok , layan gambar kat bawah ni...


Untuk bentul LOVE tu , kak sue guna kain FELT aje..


Ok tak ni? Ce komen sikit.. selalu x de org komen.. ada org tgk ke x ntah.. kalau x mo komen..like pun ok jg..tp kalau lebih selesa sbg silent readers .. no problem .. visit selalu ye :). TQ. Wassalam.

Wedding Gift : Fridge Magnet

Assalam...
Hi.. Jom sape yang nak kawen? hihi.. fridge magnet ni sebesar tapak tangan kak sue :).

Order dari Dila.. untuk wedding adiknya. Siyes mencabar nak gunting & tampal huruf2 tu.. semua buat by hand.. bighand .. x de bigshot huhu...
Alhamdulillah.. siap 100pcs dalam waktu yg dijanjikan.

Ada lagi satu oder Dila.. wed pillow.. will upload nt lah ye.. entry ciput2.. kurang rajin nak menaip.. nt mood sampai ..kak sue tulis panjang2..okep? C.U
Wassalam

Aug 19, 2013

TQ DeaR FrIEnD ~ ZuLiE :)


Assalam & selamat tengahari..
Post pertama selepas cuti raya yang panjang hihi.. apa khabar u all? Hope kembali bersemangat !! Hidup mesti diteruskan .. manfaat sebaik mungkin. huhu , kak sue agak emo hari ni.. mungkin sbb isu di Mesir.. saban hari di sajikan dgn berita2 sedih.. Ya Allah , bantulah mereka.. bantulah para mujahidin kami..Amiin.

Ok.. well .. before raya hari tu, sempat siapkan oder my old friend.. (dulu dah citer) .. so ni kira repeat order. Katanya .. most of them suka sangat dengan pencil case tu.. ada yg nak simpan je.. sayang nak guna .. sbb cantik katanya. Owh.. terharu la .. btw .. bersyukur sgt :) ..

So guys.. esok kak sue upload yg lain plak ye.. ada byk juga tempahan pencil case yg kak sue belum upload. Tunggu K ..

Aug 1, 2013

New Buttons

Assalam.. buttons lover mesti tengok ni.. ada 4 jenis buttons baru.. actually ada 1 lg tiny button .. mula2 x sempat nak update..pastu terus lupa..hadoi la kak sue..

jom tgk button apa yg baru masuk ni..


Jul 24, 2013

Name Keychain ..

As- salam .. evening everyone..
Sebahagian lagi name keychain yg masih dalam proses. Alhamdulillah.. even item yg harganya x seberapa ini.. tapi tempahannya tak putus2..tq adik2 n TQ Allah.

So .. just wanna keep u update.. & x de idea nak tulis panjang2 .. so layan pic aje la.. gambar ada a few.. tp bila dah masukkan sekali .. jd 'seketul' je.. layan je la..walau 'seketul' je pun ye..


aduh.. sleepy yg amat .. c.u ye.. take care.. wassalam.

Jul 20, 2013

BUKU MINI MMR

As salam readers..
K.sue nk menulis sikit ttg buku mini mudahnya menjemput rezeki yg k.sue nk bg gift utk 20 lucky customers k.sue. citer ttg free gift tu..bole tgk post yg lepas. bole jg tgk buku full version..di SINI.

Maybe ada yg kata...jual buku pulak k.sue ni.. actually itu bkn niat yg utama.. niat utk berdakwah ;). Dalam buku ni terdapat amalan2 menjemput rezeki. Org bisnes..mesti nak tau ni. Bgaimana utk mnjemput rezeki..bgmana mgatasi kebocoran wang dsb.. bgmana utk membina hubungan dgn Allah.. So share2 buku ni dgn u all , semoga dikira sbgai dakwah. Kandungan buku mini MMR adalah 10% dari kandungan buku edisi penuh. Kalau malas sgt nak baca satu buku, baca buku mini ni pun dah cukup baik.

Nak citer ni, pada hari buku mini ni sampai.. sambil2 sembang ngan posmen pos laju tu, (hihi tiap kali hantar parcel bersembang ) kak sue terus buka parcel n bagi dia 1 naskah buku mini MMR. Pastu, esoknya dia (posmen tu) singgah umah kak sue lagi, dia tanya.. " buku tu mmg sikit2 ke kak" maksudnya bab dlm tu, x lengkap. Mmg la kan, edisi mini je. Slps kak sue terangkan serba sikit.. dia tanya buku full version plak. wah, rezeki .. kan mudah je !!

Klau ada nak tau beza buku mini dgn full version..bole tengok pic ni.. gambar kdt kat nadiah ..



Buku ni tinggal sikit aje lagi .. Insyaallah..rasanya usaha ni tak terhenti setakat 20 org.. ada bajet lebih .. bole beli & beri lagi. Tak bole kedekut.. kena igt formula ni, 1-1 = 10 .. kalau nak tahu kenapa bukan '0', dptkan buku full version. Harga RM24 aje. Sudah termasuk postage.. utk org sbh , srwk.. biasalah..kena tmbh RM3.

Wassalam.

Jul 19, 2013

FREE GIFT

Bismillah..
Dengan setiap pembelian barangan handmade & supplies, minimum RM20 - tidak termasuk postage , anda akan dapat buku Mudahnya Menjemput Rezeki (Edisi MINI). Buku terbaik dengan bahasa yang santai & mudah. Buku mini ini mengandungi 10% kandungan buku Full Version.. PERCUMA untuk anda. Stok adalah terhad.. siapa cepat dia dapat :)

Jul 15, 2013

Name Keychain - TQ

Assalam ..
Kak Sue nak share name keychain ..
Hot item ni.. oder yg tak putus2...Yang syok nya name keychain ni ,  oder yg dah siap dgn order baru selalu bertukar tangan. Kita bagi dia oder yg dah siap.. dia bagi list order yg baru. Syukur Alhamdulillah... Tq Allah.

So jom .. tgk sebahagiannya ..


Okay.. layan ye.. Wassalam..

Jul 5, 2013

TQ Nadia

Assalam.. Alhamdulillah , jumpa lagi.

Wah..last week , bz betul kak sue.. rushing sungguh menyiapkan order yg dah nak due date. Kena kejar dateline supaya order lain tak kena tempias kan. Kalau satu order dah delay.. maknanya kena double kerja supaya order seterusnya boleh ikut plan. Itu plan kita.. plan Allah siapa tahu. Yg penting..buat plan kita..dan mohon pertolongan dari Allah.. hanya Allah yg tahu ..plan terbaik untuk kita ;).


Jom kak sue nak tunjuk oder dari Nurul Nadia.. First time dia order dengan kak sue. Langsung tak cerewet. Senang berurusan dengannya.


Itu.. 2pcs  pencil case - 3D, beberapa pcs keychain . Sume ni dah selamat sampai kat tuannya .. seronok dengar komen Nadia " Cantik sangat..terima kasih ye kak " . Katanya nak oder lagi.. & skrg tgh diskus2 order baru.. bertambah odernya kali ni.. Alhamdulillah.. terima kasih pada Allah atas idea & anugerahNya .. 

Crafters ... tips nya .. buat sampai diri sendiri puashati. Jangan buat cincai2.. selagi tak puashati jangan pos!!.. salah jahit..buka semula.. salah gam.. gam semula. Untuk pencil case.. test zip sebelum jahit. kalau dah jahit pastu zip rosak..naye!!

Ok.. nak stop dah ni.. sesiapa nak sembang ngan kak sue.. boleh PM kak sue kat page CHUMMY CRAFT @ add friend SUE ANUAR di Facebook. Kak sue pengguna FB tegar huhu..

Wassalam .

Jul 4, 2013

Restock Supplies

Assalam .. Dear crafters.. jom layan gambar craft supplies. Kot ada yg berkenan di hati, boleh order kan. Boleh sms kak sue - 013.946.8836, email - chummycraft@gmail.com, pm di Facebook - PM, atau order terus di blog SUPPLIES. Kalau oder kat blog supplies.. dapat 5% less tau ;)

Okey..jom tengok apa item yg di Restock ...


15mm - wood buttons

24mm - flower appliques

hp straps + lobster : black & mix colours

okay.. yg ni pulak .. butang baru .. besar ni ..

big mickey buttons

So.. u all tahu dah kan klau nak oder cam ne.. till next time.. see you :)
Wassalam.

Jun 28, 2013

Salam Jumaat - 28 Jun 2013


Gambar dari sini
Assalam readers,
Friday again kan..So post hari Jumaat yang barakah ni sesuai untuk ladies yg ABC . Uhh ...apa tu ? it's shortform dari ~ Allah Bagi Cuti , aa yg period la tu ..

So kalau ABC ada perkara2 yang tak perlu buat kan?..tak perlu solat, tak perlu baca quran.. kan CUTI.. tapi bukan maksudnya kita boleh tengok TV 24 jam.. .jadi apa amalan kita ketika haid supaya kita tak kerugian nak2 pulak kalau bulan Ramadhan dimana umat Islam berlumba-lumba mengutip pahala Allah.

Hasil blogwalking tadi.. kak sue kongsikan bersama u all. semoga memberi manfaat.

1) Perbanyakkan Zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi - Nabi, Rasul - Rasul, keluarga serta sahabat - sahabat sekalian.

2) Mendengar Ceramah dan Mendengar bacaan Al - Quran.

3) Mengamalkan sifat - sifat yang terpuji, seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakal, redha, mengingati mati dan lain - lain lagi sifat terpuji.

4) Bersedekah dan tolong menolong antara sesama keluarga, sahabat - handai serta mukmin mukminah sekalian.

5) Membaca tafsir Al - Quran dan hadith - hadith yang sahih.

6) Menjaga batas seharian; menjaga pandangan dan pendengaran serta zina.

7) Menyebarkan artikel - artikel yang berguna kepada orang - orang islam bagi memberi peringatan kepada kita sendiri dan orang lain.

8) Menghindari diri daripada sifat dusta, mencela perkataan orang, memuji diri dan melaknat, pemarah, dengki, bakhil, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, membesarkan diri, merasai diri lebih sempurna, menunjuk-nunjukkan amalan dan lain - lain sifat yang di murkai Allah.

9) Senyum dan berkata - kata manis dengan orang sekeliling.

10) Membersihkan rumah dan halaman rumah sambil berzikir. Dan lain - lain lagi..

Lanjut ..boleh la ke blog asalnya .. SINI
Wassalam , C.U


Jun 27, 2013

Pre Order - New Item Added

Assalam & hi dear readers..
Malam2 ni ..just nak buat announcement ...


So ini bermakna.. pre order dibuka ..yay..
Peluang utk dapatkan harga yang murah.. murah..murah ... kualiti yg sama aje dgn ready stok kak sue kat blog supplies tu. Kenapa murah..? sebab u all kena bayar dulu..kemudian tunggu ..2,3 minggu. Paling lama pun sebulan .. tak pernah lebih dari tu.. tapi.. cuba tanya.. ada kalanya 10 hari je barang2 dah sampai sini. Kenapa lama? Sebab order dari luar.. dari China :) . Jauh kan.. kalau nak guna express shipping , berganda2 postage kena tambah.. masa pulak..tak lah express mana pun. huhu.. so disebabkan kesabaran u all menunggu..maka u all berhak dapat harga istimewa ni :)

Well.. yg dah selalu ikut pre order .. kali ni kak sue ada tambah barang baru ni.. aaa... jom tengok ..sambil u all layan pic tu.. kak sue nak mintak diri.. mengantuk dah ni... wassalam.. eh.. nah !! gambar2 item BARU :)
Untuk details PRE ORDER .. klik SINI







Jun 26, 2013

Craft For Charity

Assalam readers & crafters..
Well.. acara tahunan GFC ~ Geng Felt Crafters :)
Kak sue copy paste je la ye..

AS SALAM & Hai.. warga GFC...
Projek amal kembali. Projek ni lebh krg sambungan projek lepas.. disebabkan dulu item yg di derma tak sama..maka ada anak2 yg kecil hati sbb x dpt apa yg dihajati. So kita setel dulu dgn anak2 rumah anak yatim yg sama.. kemudian kita beralih ke rumah anak yatim yang lain.

KATEGORI ITEM utk didermakan.
1. Pencil case simple - tak perlu zip..buat yg mudah2 supaya semua org boleh buat.
2. Brooch - bebas.. kalau bole buat 1 set ( 1 kecik, 1 beso)
3. Alat Tulis - basic yg perlu ada dlm pencil case .. pencil, pen, eraser, ruler 

TARGET : 100pcs terkumpul utk setiap kategori 

DUE DATE : 31 AUG 2013

Bagi sesiapa yg nak join...BILA DAH SIAP & SEDIA UTK POS ..
1. pm kak sue list item yang u all derma
2. kak sue akan bagi alamat ke mana u all kena pos

Ada pape persoalan .. pm kak sue ye..hope sgt projek ni berjalan lancar & lebih baik dari yang lalu. Semoga dengan usaha yang kecil ni, rezeki kita akan bertambah & lebih berkat.. wassalam.

------------***------------
Link yg berkaitan : 
FB Group - GFC
Gambar item yg telah disumbangkan - ALBUM 1
Gambar penyerahan sumbangan - ALBUM 2
-------------***-------------
pape nak tanya kalau boleh jgn komen di sini..takut tak perasan so pm kak sue di FB, email, sms .. 

Jun 21, 2013

Salam Jumaat

Assalam .. morning readers..
Alhamdulillah.. masih bernafas dibumi Allah.. bertemu kembali dengan penghulu hari .. Hari Jumaat yang penuh barakah ;)

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

  • Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.
  • Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.
  • Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.
  • Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
  • Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Asar.
Nak details bole ke SINI

So ..apa projek terbaru u all.. skarg kak sue tengah siapkan pencil case & beberapa pcs keychain..
Lama sangat2 tak buat design ni. Bear tu pulak, tiba2 jadi kiut atau kak sue yg perasan eh.. 


Dan ini.. idea baru untuk mata Domo.. hihihi...

Well sampai sini untuk hari ini.. Semoga memberi manfaat. Wassalam :).

--------------------------------


Jun 20, 2013

Inspirasi, Terapi...

Assalam & evening readers..

Bagaimana hari kita hari ini?
Hari Kak Sue agak bagus.. sales juga bagus.. Alhamdulillah !! (Kak Sue sdg praktik formula MMR) sape x tau MMR, sila baca post yg lalu. Tapi.. adoi !! penat .. menyiapkan order yg que listnya dah agak panjang. Berdoa pada Allah, supaya dipermudahkan segala urusan.. Aminn.

Kalau dah penat.. jom kita terapi minda hihi.. cam ne? Tengok gambar .. :)
TIPU!! ...kalau u all crafters & u all tak tergoda dengan gambar yg kak sue upload ni !! Crafters memang kejenyer buat sepah.. pastu kemas..pastu sepah semula kan.. hihi.. sama la kita .

Untuk itu.. sambil berangan2..niatkan yg kita mahu craft room seperti ini.. yg mana pilihan u all..pilih sendiri.. Jom layan...
** sume gambar dari google.. line tenet kak sue slow.. x dpt copy link web..**

simple kan




Bestnye kalau dapat yg cam ni.. :)

Ok tak? so.. jumpa lagi