Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Dec 23, 2011

Pencil Topper

Pencil Topper 
Assalammualaikum , Good Friday Morning.
TQ Allah ..

Wah..cantik tak Pencil Topper Kak Sue? Macam sambung menyambung je post akak ni yek, semalam dan kelmarin bercerita tentang pencil case.. hari ni lak Pencil Topper.
Ini sebenarnya adalah sebahagian dari item yang Kak Sue nak derma bagi projek amal Geng Felt Crafter di FB. Hope diaorang suka nanti.

Wassalam.

Dec 22, 2011

Pencil Case


Tada...sambungan dari post yang lepas, semalam siap juga pencil case ni. Bukan satu..tapi 2pcs. Mula2, adik je yang nak, tapi x leh tahan, kakak pun mintak satu.

Bertemakan angry bird, keychain pun mau angrybird juga. Yang hitam kuning tu kakak yg punya, yg hitam merah, adik punya..lebih lebar , kakak punya lebih tinggi. Ukuran tak sama sebab ikut ukuran kain. Patern lak, main hentam je. Kalau ada lak yang oder pas ni..owh..

Dec 21, 2011

New Project

As Salam & Morning all..
New project eh..apa ni?  hihi..konon2 nak buat pencil case.
Lama sangat dah anak K.Sue mintak buatkan, "sebab sesi sekolah baru ni, x pe lah..ibu buatkan juga".

Sebenarnya tak tau boleh buat ke tidak, tu yg pending lama. Patern pun main potong2 je. Nanti kalau dah siap, Kak Sue uploadkan  gambarnya.

Dec 19, 2011

Scale Baru

Aset tetap..  hahaha..scale baru mengantikan yang tak berapa baru. (tak leh kata yang lama, sebab scale yg satu lagi tu pun baru beli gak) , sebabnya yang satu lagi tu guna jarum, Was-was je rasa. So yang ni digital punya. Boleh timbang sampai 7kg. Lepasla kalau setakat nak pack 100g fiber tu.

Okay, K.Sue dah tak risau lagi..fiber u all akan ditimbang menggunakan penimbang baru ni. Meh beli ramai2.

Dec 14, 2011

Supplies : TALI


As Salam & Hi crafters..
New item in the house.. tali halus. Biasa tengok tak tali ni. Crafters selalu buat untuk sangkut keychain ataupun hp straps. Boleh juga jadikan sebagai tali keychain seperti gambar kanan. Ada 5 warna , purple, pink, kuning, biru & merah.

Harga : RM2.00 satu pack - 6m - mix colour.

Untuk yang baru nak try buat felt craft , boleh try BEGINNER PACK ni

Dec 13, 2011

Beginner Pack A

BEGINNER PACK A
Klik gambar untuk lebih jelas
Assalammualaikum, Good morning sume.
Tadaaa.. akhirnya siap juga pek beginner chummy craft ni. Sebab ramai yang tanya so K.Sue buat khas untuk yang baru-baru nak belajar. Pack ni memang sangat lengkap untuk beginner. Selain raw material, ada tutorial juga. Tutorial yang K.Sue buat sendiri..dalam bahasa melayu serta gambar-gambar yang jelas. For sure boleh ikut :). Dalam gambar kat atas tu, K.Sue terlupa nak masukkan hair clip huhu. Ada sepasang klip rambut silver. Yang lain2 , seperti dalam gambar. 

Harga, terlupa pulak , RM50.00 termasuk postage. Value for your money kan. So cepat oder sebab stok terhad aje :)

*****sold out..tunggu k.sue restok ye ***

Dec 9, 2011

Perkongsian Ilmu : Cara menjahit riben untuk keychain

Assalammualaikum.
Alhamdulillah , Kak Sue nak kongsi satu lagi ilmu kraf. Maybe dah ramai yang tahu tapi untuk beginners mungkin membantu. Dulu-dulu K.Sue tak tau nak jahit cam ne, buat beberapa kali tapi x cantik so jalan mudahnya, tak mahu  guna riben. Tapi selepas tu, berjaya juga fikirkan cara jahit jadi cantik hihi..


Biasanya sampai kat sini, ramai yg buat jahitan jelujur kan. Tapi yang ni mula2  K.Sue gam dulu  bahagian belakang riben pada felt  yg bawah, bahagian atas riben jgn gam. aih..faham ke tak ni?


 Kemudian, lipat riben kebelakang seperti dalam gambar , seterusnya jahit seperti biasa. Jahitkan sedikit riben tu ye.


Ini hasilnya..senang je kan. Suka tak ? Semoga memberi manfaat.
Like & share ..tq

Wassalam

Dec 8, 2011

Fiber restock ..


AsSalam crafters.. 
Yang menunggu-nunggu stok fiber, k.sue da restok fiber. so boleh la oder. 
Ada barang baru.. Hp straps colour2. 1 pek ada 12pcs, mix colour ye. RM3.00 satu pek.

nak tengok barang lain kat sini .. http://chummycraft.blogspot.com/search/label/supplies