Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Nov 21, 2012

Alphabet beads

Assalam & afternoon :)
yeay..last week alphabet bead sudah selamat sampai.. Alhamdulillah bagi yang join pre oder ..parcel sume kak sue dah pos. Cantik sangat beads tu.. geram la pulak .. 


Semalam .. nak try main2 ngan beads ni.. senang sgt you .. pas ni kalau customer request nama pada keychain..mmg akan guna beads sebagai alternatif kepada foam yg selalu kak sue guna. Alphabet button juga membantu ..tapi kos bead lebih murah. jom layan pic kat bwh ni..


Tapi .. kena beli beads yang leper ye.. macam yg kak sue guna tu (gambar atas), bead yg bentuk kiub , pada kak sue kurang sesuai..tapi kalau u all nak guna juga , x de masalah pun. Kak Sue hanya guna gam tembak utk lekatkan beads pada kain felt. Kuat...Insyaallah tak mudah tanggal. 
Meh tgk gambar keychain yang dah siap ni..


Yang berminat utk dptkan beads ni.. boleh isi form ye. Please jgn oder di comment box ye :)
Jumpa lagi, Wassalam.

~Please Pray For Gaza~

Nov 20, 2012

Pray For Gaza



USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebi
h dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, serta sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika dan sekutu jahat mereka.

Nov 9, 2012

Pre order - Due 15 Nov 2012

Assalam readers..
post hari ni khusus utk crafters yang nak cari craft supplies. Kak sue buat pre oder utk brg2 craft u all.
Due date utk payment pada 15 Nov 2012. Barang akan sampai lbh kurang 14-20 hari slps tarikh tutup.

Gambar u all boleh tgk sini ALBUM PRE ORDER.
Kalau tak de barang yang u all cari .. boleh rquest kat kak sue..insyaallah kak sue carikan. Harga?? BEST price InsyaAllah.



Brooch, hp straps dll boleh tgk kat Link di atas ye.
Tq
Wasslam :)