Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "
Showing posts with label foam keychain. Show all posts
Showing posts with label foam keychain. Show all posts

May 11, 2025

Keychain Nama

 Assalamualaikum. 

Wow.. so loooong tak jenguk blog. Layankan je la mood bloging yang on off ni.

Macam biasa kita just nak update order . This year kita target jual 1 juta keychain nama ni. Sekarang dah masuk bulan Mei , berapa dah terjual .. paling kurang mesti setengah juta kan.. hahahaha.. 

Mohon support korang untuk capai target nih 🤣🤣

Oklah .. nanti kita update lagi projek satu juta keychain .. babai.



Sep 3, 2024

Keychain nama

Hi.. Salam semua.
Buat beberapa ketika tak sempat menulis blog. Blog ini hanyalah sekadar catatan umpama journal untuk dikenang dan dibaca satu hari nanti, InsyaAllah. Pengisiannya masih sekitar cerita kraf dan selebihnya dicampur aduk oleh admin dengan pelbagai cerita. Maaf sangat-sangat ya. Sudah umpama rojak.

Baiklah.. kali ini ceritanya tentang keychain nama. Hot item ni. Lebih-lebih lagi di penghujung sesi persekolahan. Tak menang tangan dibuatnya. Saya cuba detail kan sedikit ,  manalah tahu jika ada yang teringin membuatnya sendiri.

Perkara perlu ada , paling utama ialah printer. 
Saya guna printer jenama epson. Jenama ni agak mahal sedikit tapi untuk ink sangat jimat. Saya dah guna dalam 3-4 tahun dan ianya masih berfungsi dengan baik.

Dah ada printer, ink nya harus guna "sublimation ink". 
Ink sublimatian khas untuk produk-produk seperti mug , bantal, puzzle dan apa-apa sahaja item sublimation yang lain. Ink biasa tak boleh. 

Seterusnya, sediakan design dan cetak menggunakan kertas khas "sublimation paper." 
Pernah terbaca , ada yang guna kertas a4 yang biasa. Tapi kualitinya berbeza sedikit. Pastinya sublimation paper lebih baik. Kertas biasa bolehlah guna masa kecemasan. .contohnya waktu terlupa nak restok kertas atau kurier lambat sampai .. perkara macam ni kadang-kadang berlaku kan ? At least kita ada cara untuk selamatkan diri 😂

OK, Langkah seterusnya, press keatas kain felt menggunakan "heat press". Caranya macam iron on patch tu, tapi yg ni kita guna heat press. Tak ada heat press mungkin boleh guna iron tapi saya tak pernah cuba. 

Dah siap press, gunting dan tampal atas foam. Pasang tali atau keychain dan tambah charm untuk lebih menarik. 

Saya cerita sambil lalu sahaja sebagai gambaran proses penghasilannya. Saya kongsikan beberapa gambar di sini.


Ini gambar keychain yang dah siap pack.

Saiz tulisan ikut banyak mana huruf. Huruf banyak, tulisan jadi kecil.

Gambar ni, selepas kita tampal pada foam. Belum di gunting bahagian tepinya.

Guna gunting scallop untuk gunting foam,

Ok.. last, jika ada singgah blog ni.. saya ucapkan ribuan terima kasih. Sehingga saya rajin lagi untuk menulis di sini. Wassalam.

 

Jun 12, 2024

Foam keychain customized.

Hai ..Assalamualaikum.

Order baru-baru ni. Yang ni untuk single order je bukan grouping. Kita pun buat sikit-sikit pun. Jangan risau nak order ya. Pembelian semua boleh buat di shopee. Di shopee boleh jimat postage. 

Tapi kita tak open COD tau, sebab barang customized kan. Susah nak jual semula .. nak pula item seperti bantal bergambar..menangis la kalau mereka return. Boleh klik button shopee di bawah header blog ni. Jomm..

In The Making ..

buyer request base hitam

buyer tak mention nak warna apa, so kita pilih untuk dia , hope dia sukalah.

 

Jun 6, 2024

Warna baru keychain foam.


Hi .. Assalamualaikum.

Jom check warna baru untuk keychain nama. Kita dah tambah variasi untuk kalian pilih. Sebelum ni memang tak letak pilihan. Ada customer yang berikan details order , ada juga yang hanya bagi nama sahaja. Selebihnya seller lah yang pilihkan. 

Kami terima bulk order ya. Urgent pun kadang ambil juga. Kalau tak banyak pending orders kita akan terima InsyaAllah. Boleh contact melalui whatsapp atau terus ke kedai shopee https://shopee.com.my/chummycraft



warna pastel pun cantik juga ❤

base untuk huruf putih, lower base warna warni.

yang ni pun ramai suka 

biasa bulk order ambil yang ni. Gambar ni yang dah siap tampal doodle.

 

May 2, 2024

Keychain nama

 Hi ..salam.. Semoga sihat semuanya ya. 

Keychain nama.
.
Salah satu hot item di kedai shopee kami. Tiada minimum order. Tapi biasa ordernya pukal seperti ini.
.
Selain cikgu - cikgu yang tempah untuk anak murid , ibu-ibu juga membeli sebagai hadiah birthday kawan² sekelas anaknya. Sebab tu sekali tempah memang banyak.
.
Details utk keychain nama
(7huruf) *jgn lebih..tak muat
Asingkan nama :-
- lelaki
- perempuan
- perempuan non muslim/ free hair

Jika request utk warna keychain nyatakan :
- Warna tapak keychain
- warna huruf
Jika tiada request sy random sahaja.
.
Link shopee https://my.shp.ee/dBCNwLD




Apr 2, 2024

Keychain Nama Murah

Bismillah.. Alhamdulillah..

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat-sihat ya. Hari ini hari ke 23 Ramadhan , malam-malam akhir memburu lailatuqadar. Semoga kita dapat menambah amal dengan lebih baik tahun ini InsyaAllah.

Saya nak share antara hot item di Chummy craft , Keychain nama. Keychain ni ada beberapa variasi. Yang petak tu , gambarnya kita print & press atas kain felt. Kita panggil dia keychain printed. Bahagian bawah menggunakan foam.

Yang panjang tu pula hanya gambar doodle nya sahaja printed, yang lain foam. Kita guna eva foam sheet. Material dia lembut dan macam sponge sikit. 

Keychain ni boleh sangkut pada beg. Nak buka sekolah haritu ramai ibu-ibu yang tempah untuk anak-anak mereka. Dah ada nama siap InsyaAllah tak tertukar. Maklumlah anak-anak kecil apatah lagi yang baru mula melangkah ke sekolah. Teringat pula kisah anak sendiri pernah tertukar beg masa mula sekolah dulu. Buka beg nak buat homework..ahh sudahh.. buku nama orang lain. 😂


OK, Di sini saya sertakan link shopee untuk produk di atas. 
Jika ingin terus berhubung melalui whatsapp , boleh klik pada button contact us .

Keychain
1. Keychain petak 5cm
https://shp.ee/0h0lszw

2. Keychain foam panjang
https://shp.ee/3vxhlh1

3. Keychain panjang printed
https://shp.ee/dzfmyef

Mar 22, 2024

Keychain Foam

 Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ .. Alhamdulillah, today is Friday, March 22, 2024, corresponding to the 11th of Ramadan. It has entered the second phase of Ramadan. May we be blessed with good health to practice worship & ease all our affairs. Amen.

Haa.. let's show you a picture of a foam keychain today. This is a hot item, you know.. it's a bit fussy to make, but the customer feedback is very good. They say beautiful. Urgent order can't be accepted. so ... "early order" you know! 

keychain nama

name keychain

keychain nama

For inquiries you can click here linktr.ee/suechummy