Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Jun 27, 2024

Huruf foam tempahan customer.

 Bismillah.. 

Alhamdulillah .. kembali ke blog setelah agak lama menyepi. Bukan mudah nak constant menulis ni 😅. Betulkan? apatah lagi zaman med sos tik tok dan sebagainya. Tapi ..tetap juga nak update blog walaupun tiada yang singgah atau baca. Kalau tak sengaja singgah tu u all komen la ya.. tinggalkan jejak untuk kami follow back. 

Blog ni dah macam rojak pun ada, since adminnya kurang rajin nak buat banyak-banyak blog so mix aje semua di sini. cerita jalan - jalan cari pasal pun ada sumbat jugak. Sabarlah korang. 

The blogging main idea .. adalah tentang handmade craft. Dulu - dulu kita buat felt craft. Sekarang felt dah tak buat. Tapi kalau ada yang nak request boleh je wasap tanya. Sekarang  ni lebih kepada produk printing "sublimation" seperti bantal bergambar, mug, keychain dan lain-lain. Still dengan konsep asalnya handmade & customized item. Disebabkan customized item maka ia ada sentimental value .. ha gitu. Contohnya bantal bergambar sendiri siap ada nama lagi.. item macam tu tak boleh beli di kedai-kedai atau gift shop kan. Sebab tu lah ia unik & istimewa.

Oklah..sebenarnya hari ni nak upload tempahan customer. Kali ni kita pilih huruf foam. Material yang kita guna kan adalah eva foam. Tebal lebih kurang 1.5 - 2mm. (mm ya bukan cm 🙊). Saiz yang ada adalah 5cm, 10cm & 15cm. Selalunya 5 & 10cm tu ramai yang tempah. 15cm jarang -jarang ada. Font nya style gemuk. Handmade ya.. kita gunting sendiri. 

Huruf ni sesuai untuk papan kenyataan & boleh juga di lekatkan di dinding. Huruf-huruf ni bukan sticker ya. Maksudnya kena letak gam lah. Okay, gam pula kalian boleh guna double sided. Tengok la atas permukaan apa yang nak tampal tu. Jika di dinding kami cadangkan guna double sided yang tebal. 

Ok jom tengok gambar ..






Dari segi warna , boleh pilih nak warna apa. Tapi warna basic sahaja. Gold silver tu tak ada tapi kelabu kita ada , boleh la ganti dengan silver tak 😆. Selain tu boleh pilih mix colour  dan jangan lupa bagitahu warna background yang nak tampal huruf-huruf tersebut. Supaya dapat matching warnanya. Kalau background hitam dan hurufnya pun hitam .. nanti tak nampak pula.

Jika ada yang berminat boleh contact kami, ada tab di bawah header blog ni. Klik kat tab tu, ada link wasap, ada link shopee sume situ ya.

ok.. till next time.. have a nice day 😁
Wassalam.






No comments: