Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Apr 2, 2024

Keychain Nama Murah

Bismillah.. Alhamdulillah..

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat-sihat ya. Hari ini hari ke 23 Ramadhan , malam-malam akhir memburu lailatuqadar. Semoga kita dapat menambah amal dengan lebih baik tahun ini InsyaAllah.

Saya nak share antara hot item di Chummy craft , Keychain nama. Keychain ni ada beberapa variasi. Yang petak tu , gambarnya kita print & press atas kain felt. Kita panggil dia keychain printed. Bahagian bawah menggunakan foam.

Yang panjang tu pula hanya gambar doodle nya sahaja printed, yang lain foam. Kita guna eva foam sheet. Material dia lembut dan macam sponge sikit. 

Keychain ni boleh sangkut pada beg. Nak buka sekolah haritu ramai ibu-ibu yang tempah untuk anak-anak mereka. Dah ada nama siap InsyaAllah tak tertukar. Maklumlah anak-anak kecil apatah lagi yang baru mula melangkah ke sekolah. Teringat pula kisah anak sendiri pernah tertukar beg masa mula sekolah dulu. Buka beg nak buat homework..ahh sudahh.. buku nama orang lain. 😂


OK, Di sini saya sertakan link shopee untuk produk di atas. 
Jika ingin terus berhubung melalui whatsapp , boleh klik pada button contact us .

Keychain
1. Keychain petak 5cm
https://shp.ee/0h0lszw

2. Keychain foam panjang
https://shp.ee/3vxhlh1

3. Keychain panjang printed
https://shp.ee/dzfmyef

No comments: