Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Apr 4, 2024

Ramadan is leaving ..

 Saya copy tulisan ustaz wadi annuar..


"Semoga Allah ﷻ pilih kita semua untuk sama-sama kita menghidupkan sepuluh malam terakhir.

Pejam celik berbaki lagi seminggu tetamu yang dihantar oleh Allah ﷻ akan meninggalkan kita semua. Tetamu itu adalah Ramadan al-Mubarak.

Dalam kesempatan masa sepuluh hari terakhir ini merupakan fasa yang paling ramai umat Nabi ‎ﷺ lalai. Sedangkan dalam sepuluh hari terakhir inilah ada satu hadiah yang sangat istimewa kerana hadiah itu hanya diberikan kepada umat Nabi ‎ﷺ sahaja. Hadiah itu adalah malam Lailatulqadar, yang mana ibadat, zikir, baca al-Quran dan kebaikan yang kita buat pada malam itu lebih berharga, dan lebih banyak fadilat daripada seribu bulan.

Semoga Allah ﷻ memilih kita semua tidak lalai untuk tekun mencari reda Allah dalam malam Lailatulqadar. Kata para ulama salaf, sekali pun kita tidak mampu untuk bangun malam, sepuluh rakaat tarawih dan sebagainya, cara untuk mendapatkan fadilat Lailatulqadar ialah dengan bersedekah pada tiap-tiap malam tersebut, walaupun satu ringgit. Ataupun jika tak sempat mengerjakan tarawih, jangan tinggal solat isyak dan solat subuh berjemaah.

Akhir kata, marilah kita doakan semoga Allah ﷻ pilih kita semua untuk sama-sama menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan."

— Ustaz Wadi Annuar

Sebarkan, semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Link asal https://www.facebook.com/share/UZEFWM3sEd55rjTf/?mibextid=oFDknk

No comments: