Bismillah ..
Cerita tentang setem & poskad. Rare kan ? Tapi ada komuniti yang suka dua benda ni 😁. Siap ada web yang menghubungkan mereka peminat poskad & setem. Seluruh dunia.. ya betul ..mereka berkumpul di postcrossing.com.
Dan .. seketul kak sue ni pernah aktif satu ketika dulu. Beberapa hari yang lalu, dah pergi hidupkan kembali akaun lama tu. Mujur masih boleh..cuma terlupa username dan password. Just email mereka & dapat trace semula. Alhamdulillah..
Entah kenapa rasa rindu nak bermula semula .. so cari balik poskad & setem .. banyak rupanya yang boleh digunakan lagi. Poskad kosong pun banyak. setem pun banyak. So malam ni boleh request address di postcrossing. Sebab esok nak kena pos barang tempahan customer. Ada pulak yang guna economy delivery..kena la pegi pejabat pos... molek sangat dah tu kannn...
Nanti free kita cerita tentang postcrossing. Yang tak sanggup tunggu..boleh klik link kat atas tu .. interesting tau.
No comments:
Post a Comment