Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Dec 12, 2014

Tabung Sedekah Subuh

Salam Jumaat ..

Ramai dari kita yang mengamalkan amalan bersedekah terutama pada hari Jumaat. Alhamdulillah kak sue dah lama amalkan ..tapi kekadang ter 'skip' jugak. Ada macam2 kaedah yg dianjur supaya sentiasa istiqamah dalam bersedekah yg mana ramai maklum kehebatan bersedekah.


Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)


Dulu.. citer masa dulu la hihi.. kak sue mmg jarang bersedekah..sebab or alasan masa tu .. " tak de duit" .. skrg bersedekah bukan sebab byk duit..sebab dah ada sikit ilmu tentang sedekah.. ada keyakinan .. sudah merasai kehebatannya bersedekah. Skrg sdg usaha utk upgrade lagi.. supaya lebih ikhlas & istiqamah.

Bercakap mengenai istiqamah , ada yg suggest bersedekah setiap hari..cthnya RM1 sehari, ada yg memberi setiap Jumaat dll cara utk melatih diri. Dan waktu pula.. adalah lebih baik pada waktu pagi sebaiknya selepas subuh & sebelum syuruk. Sebab setiap hari org yg bersedekah di doakan malaikat.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Muhammad shollallahu ‘alahi wa sallam bersabda:“Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.’ Dan satu lagi memohon: ‘Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil.” (HR. Bukhary 5/270 Muslim 1678)

Tapi errr.. lepas subuh ?? Yg ada online banking kak sue rasa no problem.. kak sue pernah cuba..tapi kurang berkesan untuk kak sue. Masa blogwalking pagi tadi kak sue jumpa post tentang TABUNG SEDEKAH SUBUH. Yess.. boleh cuba ni.. kak sue nak buat utk family. Duitnya seminggu @ sbln sekali bagi kat masjid or sedekah makanan kt kwn2 anak kak sue yg agak susah or else.. 

Caranya : 
  • cari balang kosong
  • tulis "tabung sedekah subuh kami" or ganti ngan nama sendiri
  • setiap lepas solat subuh , masukkan duit dlm tabung
  • selepas sebulan/seminggu keluarkan & guna utk bersedekah
  • okay kwn2 kita mula esok ye :)
Kredit utk blog life is beautiful .. details u all bole baca di SINI

*********************************

*********

No comments: