Nov 14, 2026

Persediaan Base Keychain Nama: Bila Order Banyak, Sistem Kerja Kena Upgrade!

السلام عليكم

Hi ..Hari ni kita cerita tentang Base Keychain. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini, keychain nama memang antara item yang laris di Chummy Craft setiap kali menjelang hujung tahun.

Untuk menjimatkan masa, kali ini saya cuba sediakan stok base keychain terlebih dahulu. Jadi, apabila order masuk, saya hanya perlu tampal huruf mengikut nama pelanggan. Nampak mudah, kan?



Ini lah yg sy maksudkan base keychain. Jika ada order nanti, boleh terus tampal nama sahaja.  

Tapi bila jualan bergerak laju, stok yang disediakan pun boleh habis dalam sekelip mata!

Cabaran paling besar sebenarnya bukan pada proses menyiapkan keychain, tetapi memastikan stok huruf sentiasa mencukupi. Bayangkan, untuk satu nama sahaja mungkin memerlukan 6–8 huruf. Jadi, saya perlu menyediakan beratus-ratus huruf sebagai stok.

Dalam kelam-kabut mengejar order, saya belajar sesuatu dan mula upgrade cara kerja.

1. Kenal pasti huruf dan warna yang menjadi pilihan

Saya mula menyusun keutamaan huruf yang paling kerap digunakan. Bukan itu sahaja, saya juga memilih warna foam yang mahu digunakan.

Dua group warna - pastel & bold colour

Sebelum ini, saya gelek sahaja semua warna yang ada. Akhirnya, banyak juga huruf yang tersimpan tetapi jarang digunakan. Ada warna yang sebenarnya saya sendiri kurang gemar kerana kurang menarik pada pandangan saya.

Jadi, kali ini saya lebih selektif. Fokus kepada warna yang lebih menarik dan huruf yang memang diperlukan.


2. Potong dan pasangkan base lebih awal

Untuk base pula, saya mula menyediakan potongan foam mengikut kategori warna dan terus buat pairing antara lapisan atas dan bawah.

Sebelum ini, saya potong dan pasangkan ikut suka sahaja. Kali ini, semuanya disusun mengikut kuantiti yang diperlukan.

Harapnya dengan sistem baru ini, kerja menjadi lebih tersusun, masa dapat dijimatkan dan proses menyiapkan order pun lebih lancar.

Kadang-kadang, bila bisnes semakin berkembang, kita bukan sekadar perlu bekerja lebih laju. Kita juga perlu belajar bekerja dengan lebih bijak.

Sedikit demi sedikit, kita upgrade!

No comments:

Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "