Assalam .. Bertemu di hari Jumaat yang penuh barakah .. Alhamdulillah.
Masih ingat buku MMR yg pernah kak sue tulis dulu? Kak Sue suka sangat buku ni.. dan bersyukur kerana di izinkan Allah untuk membelinya. Sebetulnya..buku MMR ini kak sue dah pernah jumpa di kedai buku.. tapi tak tergerak hati pun nak beli. Akhirnya.. kak sue beli online sahaja. (dah mmg kaki shopping online hihi)
Apa yg menarik nya buku ni? Memang .. kalau u all baca strategi menjemput rezeki.. perkara2 biasa sahaja. Perkara yang sudah kita maklum.. contohnya strategi menjemput rezeki melalui solat. Semua org tahu, kita muslim perlu solat.. dan kita memang bersolat.. memang biasa kan? sememang nya perkara yg kita sudah maklum. Tapi ..adakah kita sedar dengan bersolat itu menjadikan rezeki kita bertambah mudah? Ganjaran2 yang kita perolehi dengan bersolat? solat2 yang bagaimanakah menyebabkan rezeki kita menjadi deras?
MasyaAllah..
kadang kita hanya bersolat sebab solat itu wajib..tak buat nanti berdosa pulak ..kadang bersolat dalam keadaan malas dan terpaksa..kadang bersolat sebab segan kat mertua.. tapi bila kita tahu ganjarannya bersolat.. bagaimanakah agaknya solat kita?
Kak sue rasa , ini lah yg ingin disampaikan oleh penulis.. mengupas setiap strategi menjemput rezeki dengan begitu baik & santai sekali. Ada beberapa teknik dalam buku ni..boleh ikut semua teknik atau amalkan teknik tertentu sahaja.. terpulang pada kita. Tapi yang penting, perlu yakin !
Kak Sue copy sedikit petikan dalam buku MMR - utk preview u all.. ni pun copy dari penulis hihi :-
Sehari sebelum konvokesyen, saya benar-benar tidak ada duit! I'am broke!
Saya seluk saku di belakang dan mengeluarkan dompet. Tinggal hanya sekeping not RM50 dan beberapa keping wang RM5 dan RM1.
Saya berdoa: " Ya Allah, jika ujian ini adalah untuk lebih mematangkan aku dan sebagai signal daripada Engkau, bahawa apa yang ditakdirkan terjadi pasti akan terjadi, aku redha!" Lalu, saya mengambil not Rm50 dan dimasukkan ke dalam tabung. Nekad.
...Dalam perjalanan menuju ke kereta , Allah datangkan lagi ujian. Kali ini berbeza. Seorang mak cik yang agak tua datang menghampiri. Diangkat tangan kanannya dan menggerak-gerakkan sebagai isyarat bahawa dia perlu sesuatu untuk makan.
Saya serba salah! Serba tidak kena pada waktu itu. Saya sudah hampir kehabisan wang untuk diberi. Namun, spontan saya menyeluk poket dan mengambil wang di dalam dompet.
Saya berikan beliau RM10!... (Petikan Bab 24: Ikhlas RM50 dibalas RM10,000 )
Boleh baca bukunya untuk tahu citer lanjut.. x silap kak sue, skrg bole beli di MPH. Kalau nak beli dgn kak sue pun ok.. just email , sms me :)
Wassalam..
No comments:
Post a Comment