Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Oct 12, 2011

Blog Review - Neerza's Craft

As Salam..
Hari ni K.Sue nak blog about Neerza's Craft punya blog. Sama mcm 2 blog yang dah K.Sue review..idea review blog ini datangnya dari group GENG FELT CRAFTERS di facebook. Kenalkan..

http://neerzacrafts.blogspot.com/

Blog ni macam fresh je lagi..walaupun cam tu, hasil handmadenya cantik sgt. Ada car charm, hp charm, keychain, plushies..sayangnya Kak Sue tak boleh right click & tak boleh la copy gambar2 sume tu. You all singgah je la. Link nye http://neerzacrafts.blogspot.com/ .

So good luck utk blog owner :)

Join blog review di sini TAG ME - GENG FELT CRAFTERS

Oct 11, 2011

Craft Tips

As Salam, Hi Crafters..
Hari ini igt nak share sikit ngan u all memanfaatkan lebihan felt.

Selalunya kan bila kita potong2 felt mesti ada lebihan kecik2 cam gambar bwh ni.
Nak buang rasa sayang .. nak simpan pun buat menyemak aje kan.


Pastu ada jugak felt yg colornya krg menarik ..mcm gambar ni. 
Kadang2 pening juga nak matchingkan color.. ni kes beli by pack yg kita x bole pilih warna. 


So nak buat apa dgn lebihan felt yg kecil ..yg korang nak buang rasa sayang.. ngan felt yg korang tak minat kalernyer tu ?? Cebisan felt tu boleh la kalau u all simpan utk huruf 2 atau utk patern yg lebih kecil. Tapi bagi kak sue lebih suka guna foam utk buat deco atau huruf2 kecik. Kemas & cantik & mudah utk gam :)

Tapi hari ni nak kongsi buat keychain love dari lebihan felt tu. Untuk lebihan yg kecik .. yg mana tak muat utk bentuk love penuh .. kita buat half je hihi. Rujuk gambar  bawah ni..


Selepas tu .. u all buat cam gambar di bawah. Kak sue guna kain felt yg kak sue x berapa suka kalernye tu utk bahagian belakang. tgk gambar yg bentuk 'love' penuh tu. Manakala utk bahagian depan.. guna felt kecik .. 2 warna. U all belah 2 love tu .. tapi satu bahagian , lebih kan sedikit .. sng nak cantum nt. 


Gambar bawah ni.. contoh yg kak sue buat ...


Nice kan.. bila dah combine jadi lebih cantik. Tgk yg grey tu pun cantik.
Seterusnya , U all boleh jahit atau gam saja , macam ni..

bahagian dpn
 please ignore jahitan x kemas tu.. 

ni bahagian belakangnya

meh tgk lak yang K. Sue dah siapkan utk tempahan org kawen..glamer sikit..penuh ngan manik..


Suka tak? hihi..hope sape yang tak de idea tu..dpt sedikit manfaat dari tips ni.
Wassalam..