Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Jun 7, 2024

Cara mudah buat tali penyangkut keychain.

Hai.. Assalamualaikum.

Lama tak share craft tips kan? Hari ni nak share tips untuk penyangkut keychain. Details di caption gambar ya.

Tali penyangkut tu yang hitam tu ya. Untuk kita sangkut keychain nanti. 


Yang kita perlukan :- tali , plier, lilin, gunting, pembaris

First gulung tali pada pembaris. Kemudian gunting, Cara ni menjimatkan masa dari gunting tali tu satu-satu. after a few years buat keychain, baru dapat kaedah ni..geram je rasa kann haha.

Kemudian bakar sedikit hujungnya dan kepit dengan plier. Lihat gambar bawah.


tali yang dah potong tu , lipat dua dan bakar hujungnya.
Guna plier jenis apa pun boleh..yang tak de gigi cam ni pun cantik hasilnya.
 

Ok siap dah ni..
boleh buat banyak-banyak dan simpan.
Time nak guna ambil je. 

Semoga Bermanfaat. 
Wassalam.

 

Jun 6, 2024

Warna baru keychain foam.


Hi .. Assalamualaikum.

Jom check warna baru untuk keychain nama. Kita dah tambah variasi untuk kalian pilih. Sebelum ni memang tak letak pilihan. Ada customer yang berikan details order , ada juga yang hanya bagi nama sahaja. Selebihnya seller lah yang pilihkan. 

Kami terima bulk order ya. Urgent pun kadang ambil juga. Kalau tak banyak pending orders kita akan terima InsyaAllah. Boleh contact melalui whatsapp atau terus ke kedai shopee https://shopee.com.my/chummycraft



warna pastel pun cantik juga ❤

base untuk huruf putih, lower base warna warni.

yang ni pun ramai suka 

biasa bulk order ambil yang ni. Gambar ni yang dah siap tampal doodle.