Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Jun 28, 2024

Nasihat buat wanita.

 Buat saudara wanita seislamku. Saya mau kongsi 5 nasihat Al-Quran buat para wanita. Jom kita jaga 5 perkara ini. Semoga Allah izin kita menjadi wanita terbaik di mana pun kita berada 🤲


1. Menjaga Kehormatan dan Kesucian:

   Wanita digalakkan untuk menjaga kehormatan dan kesucian diri dalam pergaulan dan berpakaian.

   - Surah An-Nur, ayat 31: "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat."


2. Berpakaian Sopan dan Menutup Aurat:

   Islam menekankan pentingnya berpakaian dengan sopan dan menutup aurat.

   - Surah Al-Ahzab, ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


3. Menjaga Lisan dan Ucapan:

   Wanita dianjurkan untuk menjaga lisan dan berbicara dengan sopan dan baik.

   - Surah Al-Ahzab, ayat 32: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."


4. Berbuat Baik dan Menghindari Fitnah:

   Wanita dianjurkan untuk berbuat baik dan menghindari segala bentuk fitnah.

   - Surah Al-Ahzab, ayat 33: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."


5. Mendidik Anak-anak dan Memastikan Mereka Beriman:

   Wanita mempunyai peranan penting dalam mendidik anak-anak dan memastikan mereka beriman serta bertakwa kepada Allah.

   - Surah Luqman, ayat 14: "Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."


Fb: Marhamah Rosli

Jun 27, 2024

Huruf foam tempahan customer.

 Bismillah.. 

Alhamdulillah .. kembali ke blog setelah agak lama menyepi. Bukan mudah nak constant menulis ni 😅. Betulkan? apatah lagi zaman med sos tik tok dan sebagainya. Tapi ..tetap juga nak update blog walaupun tiada yang singgah atau baca. Kalau tak sengaja singgah tu u all komen la ya.. tinggalkan jejak untuk kami follow back. 

Blog ni dah macam rojak pun ada, since adminnya kurang rajin nak buat banyak-banyak blog so mix aje semua di sini. cerita jalan - jalan cari pasal pun ada sumbat jugak. Sabarlah korang. 

The blogging main idea .. adalah tentang handmade craft. Dulu - dulu kita buat felt craft. Sekarang felt dah tak buat. Tapi kalau ada yang nak request boleh je wasap tanya. Sekarang  ni lebih kepada produk printing "sublimation" seperti bantal bergambar, mug, keychain dan lain-lain. Still dengan konsep asalnya handmade & customized item. Disebabkan customized item maka ia ada sentimental value .. ha gitu. Contohnya bantal bergambar sendiri siap ada nama lagi.. item macam tu tak boleh beli di kedai-kedai atau gift shop kan. Sebab tu lah ia unik & istimewa.

Oklah..sebenarnya hari ni nak upload tempahan customer. Kali ni kita pilih huruf foam. Material yang kita guna kan adalah eva foam. Tebal lebih kurang 1.5 - 2mm. (mm ya bukan cm 🙊). Saiz yang ada adalah 5cm, 10cm & 15cm. Selalunya 5 & 10cm tu ramai yang tempah. 15cm jarang -jarang ada. Font nya style gemuk. Handmade ya.. kita gunting sendiri. 

Huruf ni sesuai untuk papan kenyataan & boleh juga di lekatkan di dinding. Huruf-huruf ni bukan sticker ya. Maksudnya kena letak gam lah. Okay, gam pula kalian boleh guna double sided. Tengok la atas permukaan apa yang nak tampal tu. Jika di dinding kami cadangkan guna double sided yang tebal. 

Ok jom tengok gambar ..






Dari segi warna , boleh pilih nak warna apa. Tapi warna basic sahaja. Gold silver tu tak ada tapi kelabu kita ada , boleh la ganti dengan silver tak 😆. Selain tu boleh pilih mix colour  dan jangan lupa bagitahu warna background yang nak tampal huruf-huruf tersebut. Supaya dapat matching warnanya. Kalau background hitam dan hurufnya pun hitam .. nanti tak nampak pula.

Jika ada yang berminat boleh contact kami, ada tab di bawah header blog ni. Klik kat tab tu, ada link wasap, ada link shopee sume situ ya.

ok.. till next time.. have a nice day 😁
Wassalam.






Jun 12, 2024

Foam keychain customized.

Hai ..Assalamualaikum.

Order baru-baru ni. Yang ni untuk single order je bukan grouping. Kita pun buat sikit-sikit pun. Jangan risau nak order ya. Pembelian semua boleh buat di shopee. Di shopee boleh jimat postage. 

Tapi kita tak open COD tau, sebab barang customized kan. Susah nak jual semula .. nak pula item seperti bantal bergambar..menangis la kalau mereka return. Boleh klik button shopee di bawah header blog ni. Jomm..

In The Making ..

buyer request base hitam

buyer tak mention nak warna apa, so kita pilih untuk dia , hope dia sukalah.

 

Jun 7, 2024

Cara mudah buat tali penyangkut keychain.

Hai.. Assalamualaikum.

Lama tak share craft tips kan? Hari ni nak share tips untuk penyangkut keychain. Details di caption gambar ya.

Tali penyangkut tu yang hitam tu ya. Untuk kita sangkut keychain nanti. 


Yang kita perlukan :- tali , plier, lilin, gunting, pembaris

First gulung tali pada pembaris. Kemudian gunting, Cara ni menjimatkan masa dari gunting tali tu satu-satu. after a few years buat keychain, baru dapat kaedah ni..geram je rasa kann haha.

Kemudian bakar sedikit hujungnya dan kepit dengan plier. Lihat gambar bawah.


tali yang dah potong tu , lipat dua dan bakar hujungnya.
Guna plier jenis apa pun boleh..yang tak de gigi cam ni pun cantik hasilnya.
 

Ok siap dah ni..
boleh buat banyak-banyak dan simpan.
Time nak guna ambil je. 

Semoga Bermanfaat. 
Wassalam.

 

Jun 6, 2024

Warna baru keychain foam.


Hi .. Assalamualaikum.

Jom check warna baru untuk keychain nama. Kita dah tambah variasi untuk kalian pilih. Sebelum ni memang tak letak pilihan. Ada customer yang berikan details order , ada juga yang hanya bagi nama sahaja. Selebihnya seller lah yang pilihkan. 

Kami terima bulk order ya. Urgent pun kadang ambil juga. Kalau tak banyak pending orders kita akan terima InsyaAllah. Boleh contact melalui whatsapp atau terus ke kedai shopee https://shopee.com.my/chummycraft



warna pastel pun cantik juga ❤

base untuk huruf putih, lower base warna warni.

yang ni pun ramai suka 

biasa bulk order ambil yang ni. Gambar ni yang dah siap tampal doodle.