Ramai dari kita yang mengamalkan amalan bersedekah terutama pada hari Jumaat. Alhamdulillah kak sue dah lama amalkan ..tapi kekadang ter 'skip' jugak. Ada macam2 kaedah yg dianjur supaya sentiasa istiqamah dalam bersedekah yg mana ramai maklum kehebatan bersedekah.
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)