Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Sep 3, 2024

Keychain nama

Hi.. Salam semua.
Buat beberapa ketika tak sempat menulis blog. Blog ini hanyalah sekadar catatan umpama journal untuk dikenang dan dibaca satu hari nanti, InsyaAllah. Pengisiannya masih sekitar cerita kraf dan selebihnya dicampur aduk oleh admin dengan pelbagai cerita. Maaf sangat-sangat ya. Sudah umpama rojak.

Baiklah.. kali ini ceritanya tentang keychain nama. Hot item ni. Lebih-lebih lagi di penghujung sesi persekolahan. Tak menang tangan dibuatnya. Saya cuba detail kan sedikit ,  manalah tahu jika ada yang teringin membuatnya sendiri.

Perkara perlu ada , paling utama ialah printer. 
Saya guna printer jenama epson. Jenama ni agak mahal sedikit tapi untuk ink sangat jimat. Saya dah guna dalam 3-4 tahun dan ianya masih berfungsi dengan baik.

Dah ada printer, ink nya harus guna "sublimation ink". 
Ink sublimatian khas untuk produk-produk seperti mug , bantal, puzzle dan apa-apa sahaja item sublimation yang lain. Ink biasa tak boleh. 

Seterusnya, sediakan design dan cetak menggunakan kertas khas "sublimation paper." 
Pernah terbaca , ada yang guna kertas a4 yang biasa. Tapi kualitinya berbeza sedikit. Pastinya sublimation paper lebih baik. Kertas biasa bolehlah guna masa kecemasan. .contohnya waktu terlupa nak restok kertas atau kurier lambat sampai .. perkara macam ni kadang-kadang berlaku kan ? At least kita ada cara untuk selamatkan diri 😂

OK, Langkah seterusnya, press keatas kain felt menggunakan "heat press". Caranya macam iron on patch tu, tapi yg ni kita guna heat press. Tak ada heat press mungkin boleh guna iron tapi saya tak pernah cuba. 

Dah siap press, gunting dan tampal atas foam. Pasang tali atau keychain dan tambah charm untuk lebih menarik. 

Saya cerita sambil lalu sahaja sebagai gambaran proses penghasilannya. Saya kongsikan beberapa gambar di sini.


Ini gambar keychain yang dah siap pack.

Saiz tulisan ikut banyak mana huruf. Huruf banyak, tulisan jadi kecil.

Gambar ni, selepas kita tampal pada foam. Belum di gunting bahagian tepinya.

Guna gunting scallop untuk gunting foam,

Ok.. last, jika ada singgah blog ni.. saya ucapkan ribuan terima kasih. Sehingga saya rajin lagi untuk menulis di sini. Wassalam.