Tempahan keychain printed. Sesuai untuk gift anak2 dan boleh dijadikan bag tag. Sangkut pada pencil case pun cantik juga.
Lets Pray For Gaza
Aug 18, 2023
Tq Fatin
Tempahan keychain printed. Sesuai untuk gift anak2 dan boleh dijadikan bag tag. Sangkut pada pencil case pun cantik juga.
Tali mask
Agak lama tak buat tali mask ni. Musim pkp haritu memang menjadi hot item. Ini permintaan repeat customer. Katanya yang lama talinya sudah rosak.
Walaupun customer ni agak detail permintaannya tapi kita ikutkan jugalah. Biasa beads adalah random mengikut stok yg ada. Kita akan sesuaikan dengan warna tali.
Tapi order ni semua customer perincikan 🤣. Satu dua order boleh layan ..banyak² tak boleh la..bead huruf & bunga tu supplier pun jual random aje warnanya.
So alhamdulillah..dah siap pos. Semoga sampai dengan selamat.
Jul 5, 2023
Printed Pillow
![]() |
Design by customer |
![]() |
print depan belakang |
Mar 23, 2023
Selamat berpuasa
Hi..assalamualaikum.
Selamat berpuasa untuk semua umat Islam di Malaysia khususnya.
Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik. Rebut peluang & ganjaran Allah setahun sekali ini. Manfaatkan sebaiknya.
Igt juga..waktu berbuka jangan sampai membazir ya.
Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua.
#Ramadhan2023.
Mar 12, 2023
Sepupu
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"
Semoga roh arwah adinda Mohd Zaki b. Muhammad dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin, Aamiin.. Al-Fatihah..
08.03.2023
Tanah perkuburan Islam batu 8, Kuantan.
Mar 7, 2023
Mini Drill
Assalamualaikum..
Hari ni menyiapkan tempahan penunjuk mengaji pula. Tool paling penting kena ada haa ni ..mini drill ni.
Bamboo stick ni kena lubangkan sedikit di hujungnya untuk masukkan tali atau jump ring.
Masa hot memula keluar drill ni kan main harga dia..masa tu otai-otai kraf yg jual.
Yang ni sis beli kat shopee jer. Dapat pula waktu sales .. Bawah RM10 alhamdulillah.
Tapi sekarang jarang jumpa harga macam tu. Sis survey juga sebab nak beli lagi satu. Range harga RM20 ke bawah still boleh beli.
Kualiti bagus..alhamdulillah setakat ni dah guna banyak tahun juga. Kalau nak beli boleh cari di shopee.
Tq for reading. Jemput singgah sini
Keychain nama tempahan Sherly
Assalamualaikum..
Alhamdulillah .. Customer request nama sahaja tanpa doodle atau decoration.
Actually keychain ni biasanya , tampal doodle kartun boy or girl mcm tu.
Sudah terbang ke Borneo ni 😄.
Mar 6, 2023
Keychain Printed Tempahan Diana
Assalamualaikum.