Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Oct 29, 2011

Car Charm

CAR CHARM

As Salam all. Entry petang Sabtu. 2nd time k.sue buat car charm. Order ni pending lama sangat. Rasa cam malas nak buat, nak cari design dll. Tapi bila da buat..x sampai 1/2 hari pun dah siap. Actually ni member K.sue punya..(that's why la peram lama2). Rasa cantik lak bila da siap cam ni. Saiz ni lbh kurang 12-15cm. Anggaran sebesar tapak tangan pompuan la gitu.

Kalau ada yang minat nak order, email ye. chummycraft@gmail.com

Oct 21, 2011

Bulk Order - Mira

AsSalam & Good Morning.. Apa Khabar? Semoga sihat selalu & terus kreatif hihi.
Alhamdulillah..satu lagi bulk order yang K.Sue siapkan minggu lepas. Bukan orang lain..adik hubby K.Sue yg study kat UMK.

 Mira oder keychain & handphone. Yang syoknyer..barang2 tu semua sampai kat dia hari Isnin.. Keesokkannya..dia sms, 'kak, nak tambah order..keychain tinggal 3,4 biji je lagi" terkejut K.Sue..
Jom kita tengok order Mira .


Oct 17, 2011

Bulk Order - Tq Zulie

As Salam.. selamat tengahari..
Last week K.Sue dah siapkan satu bulk order utk kawan K.Sue. 300pcs love keychain nak buat wedding gift adik dia. K.Sue buat cantek2 utk dia.. so meh layan gambarnye. (actually x semua design sempat snap..sorry ye)




Okay ..time utk lunch. See You Around.
Wassalam.

Oct 14, 2011

Sengal tak ?

Assalammualaikum ..happy Friday morning. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya,

Apa nak cerita hari ni??  Hari-hari mengadap barang kraf..jari2 sume dah nak kematu.. Crafting is partime..yg fulltime itu ialah suri rumah tangga @ pengurus rumah tangga, hihi manager..

Sebelum ni pernah kerja? Actually byk..last before pindah ke Pekan ni, K.Sue pernah kerja kat Bukit Bendera Resort. Banyak2 tempat kerja..kat sini paling best. 
BUKIT BENDERA RESORT, MENTAKAB PAHANG
K.Sue kerja bahagian Sales & Marketing..clerk je. (sekolah x pandai). Handle sume kerja berkaitan dengan sales..keluar juga untuk buat marketing. Department K.Sue mula2 ada 3 org..pastu tinggal K.Sue ngan head department je. Bayangkan sibuknya kerja K.Sue. Layan walk in guest (utk wat fucntion, meeting dll), clerical job lg huhuhu.. 

K.Sue teringat satu citer lucu & sengal..
Pada satu hari yang sibuk, maybe lebih sibuk dari hari biasa..Kak Sue ambik satu call..lebih kurang cam ni..

K.Sue : Sales marketing, good morning.
Caller : May I have your head department names's, please (K.Sue dah lupa dia mintak nama tu untuk apa)
K.Sue : Gan Wee Kuan
Caller : Sorry..
K.Sue : Gan..Wee..Kuan
Caller : How to spell,  GUN ? 
K.Sue : (Dlm hati geram..cam ne la dia boleh terfikir nama org GUN) .. No , Not U, A..GAN.

Caller : Ok..Gan what?
K.Sue : Gan Wee (after a few sorries..dpt lah eja Wee) 
So dia dah dapat - Gan Wee
Sambil2 tu K.Sue menjeling kerja2 yang banyak tu.. 
Caller : How tu spell Kuan? 
K.Sue : K
Caller : Sorry..(line x clear)
K.Sue : K ..for Kuda (hampeh..tadi speaking kan main..keluar kuda)
Caller : Oh.. K, ok then
K.Sue : U
Caller : Ok
K. Sue : D
Tanpa tunggu respon dia K.Sue terus sebut huruf seterusnya A
then K.Sue terdengar mcm dia sebut eh.. dan dia ketawa kecil..kalau ikut ejaan yang K.Sue bagi ..inilah hasilnya..

Then..baru K.Sue perasan .. tapi sebab malu , terus je cakap...
" okay, that's all ya? Tq, bye"

Hahaha..ingat ini sampai mati..apa ke sengal..

Oct 13, 2011

Blog Review - Haajaa Craft

As Salam.. Seronok kan blog walking. Boleh tengok macam-macam..apalagi crafters macam kita ni memang seronok mengintai hasil handmade orang lain. Bukan niat nak meniru kan, mencari ilham kata orang, mudah-mudahan tercetus idea baru..

Kali ni dalam blog review, K.Sue bawak u all ke 'HAAJAA CRAFT'. Ownernya Haanie.  Blog ni sangat-sangat fresh.. Meh tengok
Blog : haajaacraft.blogspot.com
FB : Haajaa Craft
K.Sue suka tengok brooch yang dibuat dari kain felt tu. Cantik.. rasa cam nak cuba buat..tapi ntah bila la. Ni gambar brooch & hair clip yang K.Sue copy dari FB Haaja Craft.

Brooch Felt

Hair Clips 

Oct 12, 2011

Blog Review - Neerza's Craft

As Salam..
Hari ni K.Sue nak blog about Neerza's Craft punya blog. Sama mcm 2 blog yang dah K.Sue review..idea review blog ini datangnya dari group GENG FELT CRAFTERS di facebook. Kenalkan..

http://neerzacrafts.blogspot.com/

Blog ni macam fresh je lagi..walaupun cam tu, hasil handmadenya cantik sgt. Ada car charm, hp charm, keychain, plushies..sayangnya Kak Sue tak boleh right click & tak boleh la copy gambar2 sume tu. You all singgah je la. Link nye http://neerzacrafts.blogspot.com/ .

So good luck utk blog owner :)

Join blog review di sini TAG ME - GENG FELT CRAFTERS

Oct 11, 2011

Craft Tips

As Salam, Hi Crafters..
Hari ini igt nak share sikit ngan u all memanfaatkan lebihan felt.

Selalunya kan bila kita potong2 felt mesti ada lebihan kecik2 cam gambar bwh ni.
Nak buang rasa sayang .. nak simpan pun buat menyemak aje kan.


Pastu ada jugak felt yg colornya krg menarik ..mcm gambar ni. 
Kadang2 pening juga nak matchingkan color.. ni kes beli by pack yg kita x bole pilih warna. 


So nak buat apa dgn lebihan felt yg kecil ..yg korang nak buang rasa sayang.. ngan felt yg korang tak minat kalernyer tu ?? Cebisan felt tu boleh la kalau u all simpan utk huruf 2 atau utk patern yg lebih kecil. Tapi bagi kak sue lebih suka guna foam utk buat deco atau huruf2 kecik. Kemas & cantik & mudah utk gam :)

Tapi hari ni nak kongsi buat keychain love dari lebihan felt tu. Untuk lebihan yg kecik .. yg mana tak muat utk bentuk love penuh .. kita buat half je hihi. Rujuk gambar  bawah ni..


Selepas tu .. u all buat cam gambar di bawah. Kak sue guna kain felt yg kak sue x berapa suka kalernye tu utk bahagian belakang. tgk gambar yg bentuk 'love' penuh tu. Manakala utk bahagian depan.. guna felt kecik .. 2 warna. U all belah 2 love tu .. tapi satu bahagian , lebih kan sedikit .. sng nak cantum nt. 


Gambar bawah ni.. contoh yg kak sue buat ...


Nice kan.. bila dah combine jadi lebih cantik. Tgk yg grey tu pun cantik.
Seterusnya , U all boleh jahit atau gam saja , macam ni..

bahagian dpn
 please ignore jahitan x kemas tu.. 

ni bahagian belakangnya

meh tgk lak yang K. Sue dah siapkan utk tempahan org kawen..glamer sikit..penuh ngan manik..


Suka tak? hihi..hope sape yang tak de idea tu..dpt sedikit manfaat dari tips ni.
Wassalam..


Oct 7, 2011

Blog Review - Cantek Kraft

Malam ni dengan bateri laptop yg tinggal beberapa minit ni..K.Sue nak buat entry cepat & tepat hihi..
Okay blog review lagi.. nak tau detail klik sini - GFC . Sape yg x leh bukak link tu..request utk join ye..sebab close group.
So kali ni nak review blog CANTEK KRAFT  .. Tadaa..

Memang cantek kraf dia..secantek namanya. K.Sue sempat copy2 dia punya gambar. 
K.Sue amik pics yg K.Sue jarang jumpa je. Nice and creative.. Pas ni boleh la korang jenguk blog dia.. 
or FB nyer di sini.. https://www.facebook.com/cantek.kraft. So, layan gambor yek..

Headband butang.. comel kan..rasa cam nak gigit2.

Bookmark .. nice n colourfull..

Brooch - cantik.. x reti K.Sue nak buat cam ni eh..



Oct 4, 2011

Iklan jap eh..

campaign image
Help me in my quest to be the strongest & let’s unlock some exciting prizes together! #CastrolEDGE

Aduhai hati...

Tak de mood.. x de semangat..aduhai hati ..jiwa yg lara..

https://www.facebook.com/fadzilahkamsah
Tips dari Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah 
CARA RAWAT SAKIT ROHANI
  1. Jaga solat 5 waktu
  2. Solat taubat & istighfar 70x sehari
  3. Qada' solat yang tertinggal
  4. Baca Quran
  5. Maafkan orang & mohon maaf
  6. Cari Ilmu berterusan & cari guru yg mursyid
  7. Berkawan dengan org2 +ve
  8. Sedekah kepada yang memerlukan.
  9. Beri binatang makan
  10. Beri khidmat kpd yang perlu bantuan
  11. Cuci pinggan, tandas dsbnya
  12. Kekalkan wudu'
  13. Puasa sunat.
  14. Sentiasa ingat mati.
  15. Hidupkan sunnah harian.
  16. Seru ke arah kebaikan.
  17. Tunaikan hj n umrah.
Mari kita amalkan agar rohani kita sihat & kita selamat dunia & akhirat. Wassalam.

Credit to DHMFK