Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Sep 23, 2024

Day trip to Kelantan by Ekspress Rakyat Timuran KTMB

 Assalamualaikum.

Hari ni kita off topic craft, nak story pasal jalan-jalan cari pasal we all pula. Kemana kita?

Okay .. the main point ialah "nak merasa naik tren berkatil", so maknanya kita naik ekspress rakyat timuran la kan. Laluan nya dari Jb sentral ke Tumpat , Kelantan. So kita boleh pilih stesen mana nak naik & turun sepanjang laluannya. Kami dari rumah bonda di Temerloh, so of course lah Stesen Mentakab yang paling hampir.

Nak turun di mana? Berapa hari nak pergi? Apa aktiviti?
Since travel partners semua bizi ..payah cuti, kami decide nak buat day trip sahaja. Weekend je la semua orang free kan. Sebab utama tu just nak merasa sleeper train , maka semua setuju. Masa survey info haritu ramai aje yang buat day trip ni, meyakinkan lagi nak juga buat day trip.

Ok .. first tiket la. 

Tiket 

Beli mana? Boleh beli di kaunter dan juga online. Kami beli melalui apss ktmb. Lebih mudah, boleh pilih-pilih seat yang kita nak. 

So target kami tiket berkatil. Untuk tiket ni ada 3 coach sahaja. Coach 6,7,8. Tiket berkatil ni giler hot .. nak lagi yang katil bawah. Dipendekkan cerita untuk hari pergi kami tak dapat tiket bawah. Semua ambil katil atas. Ni adalah kesilapan pertama hahaha.. Dah kata tadikan , katil bawah memang hot, even masa kami beli tiket tu KTMB baru aje buka untuk pembelian online. (dengar citer ada tarikh dia tutup & buka , so kena rajin follow medsos mereka) 

Ada orang ok sahaja katil atas pun, but for me..no no no... waktu pergi wajib katil bawah sebab lebih luas. Ada tingkap yang besar & perjalanannya ada waktu siang. Nak tengok view ke apa .

Waktu pergi kita akan solat subuh dalam train dan tiada surau. U kena solat atas katil. So katil bawah lebih selesa. 

Kami solat katil atas yang mana bila duduk kepala pun dah nak sampai atap. Tingkap yang sangat kecil, kalau duduk , tingkap tu separas pinggang sahaja. Maksudnya kena baring la baru dapat tengok luar. Serius la.. memang sangat tidak mencadangkan ambil upper berth. Jika terpaksa, pastikan ada satu seat bawah. So nanti yang atas boleh turun lepak katil bawah. Untuk tidur, katil atas ok. My kids nyenyak aje sampai ke pagi. Me & my sis .. tak keruan di buatnya. Mujurlah..orang seat bawah kami semua turun di Dabong & tiada penumpang baru naik.. so kami tumpang duduk katil bawah. Baru lah boleh bernafas..Alhamdulillah lega sungguh sebab perjalanan kami masih berbaki 3 jam lagi. 

So untuk beli tiket 
* pilih katil bawah 
* elak katil tepi pintu (bunyi bising)
* elak katil tingkap berpalang (tak igt no berapa, no 14, 16 kot)
* harga tiket berbeza, bawah mahal sikit.

Tarikh perjalanan kami ada lah mengikut ketersediaan tiket ..so carilah sampai dapat tiket pergi dan balik sebab tu disarankan guna apps dia, lebih mudah.

Untuk day trip , tarikh pergi dan balik perlu tarikh yang sama. Ni kesilapan yang kedua huhuhu.. Masa beli tu konon beli sekali tiket return. Kalau nak beli return punya sekali, tarikh tak boleh sama. Kami dah siap beli baru perasan salah tarikh. Sila guna jam 24 hours ya.. Kami dari mentakab lebih kurang  jam 4 pagi, sampai wakaf baru 1pm dan balik 8.45 pm hari yang sama. Sampai semula di mentakab 6am, ni baru tukar hari lain. Tapi waktu pulang itu masih tarikh yang sama dengan masa pergi. Jangan buat silap macam kami ya. 

Jadi tiket sudah salah tarikh itu bagaimana pula? Boleh refund dengan syarat tertentu. Tapi tak dapat full refund la. Hari ni beli, esok baru perasan salah date.. apply cancel tiket tu , dapat 70% sahaja. Kami beli sebulan awal dari tarikh trip. Kalau cancel 3 hari sebelum dapat 50% sahaja .. cancel 2 jam sebelum perjalanan, no refund. Refund akan masuk ewallet dlm apps tu la. Bukan masuk dalam bank account ya. So boleh beli semula tiket yang baru, tapi harus top up dulu .. sudah terkurang 30% 😖. Salah sendiri kan?. Gara-gara inilah ambil sahaja tiket yang mana ada ..tak sempat nak fikir dah. Alhamdulillah..akhirnya settled untuk tiket walaupun tak puas hati. Time balik, kami dapat 2 katil bawah. At least la kan.. 

Tiket tu boleh print atau tunjuk sahaja melalui apps. Nanti ticketer akan scan.


Panjang bab tiket hahaha.. ok next , suasana dalam train ya.. ok train ni train lama. Banyak benda tak ada , surau tak ada, plug charger tak ada, tandas ... ha..tandas ada tapi uzur.. kecil. Kalau boleh tahan nak buang air akan ku tahan. Tapi  untuk perjalanan 8 jam tu payah sikit. Tandas ini yang menyebab tak nak repeat dah untuk long distance. Naik DMU intercity je lepas ni huhu.. Maaf KTMB , I review on opinion of myself. Orang lain i tak tahulah. Tapi i redho lah , i dah tahu train ni train tua. Cafe ada , food ok-ok jer, price harga atas train mahal la sikit dari biasa. Macam harga food panda la 😂😂 . Lupa pulak nak snap menu & harga.

Kami start perjalanan jam 4 pagi dari Mentakab, masing-masing panjat katil & tidur sekejap. 6 pagi di Kuala Lipis, bangun untuk solat subuh. Kena solat duduk la.. belajar lah dulu caranya sebelum pergi trip. Train ni stop-stop jugalah , orang naik turun. 

Waktu kami naik dari Mentakab tu , ada penumpang yang turun dan kami lihat staff ktmb tukar bedsheet, pillow sheet. So maknanya mereka akan tukar la jika ada penumpang baru nak guna katil tu. 

I'm not enjoying the view yang orang kata cantik-cantik view dia.. tak tahu camne nak tengok yang cantik ke apa, entahla.. jungle train kan nick name dia .. mostly sepanjang perjalanan nampak hutan. Lagipun separuh perjalanan dok katil atas tu tak nampak apa. Masa lepak sarapan kat cafe tu ok la sikit tingkap luas. 

Masa survey ada orang cakap, kat stesen gua musang mesti turun ambil gambar & beli food kat stesen tu. Kami tak turun pun , takut kena tinggal. Kejap je dia stop. 5 minit je kot. Bunyi wisel tu kalau tak naik time tu kena tinggal la korang hahaha.. ye ke gitu? 

Sampai Dabong dalam 9 pagi lebih kurang, ramai giler yang turun. Rasa lengang coach kitaorang. Tak ada penumpang baru di coach kami. Dah siang buat apa nak ambil seat berkatil kan. Aish..logikla. So seat yang kosong kat bawah tu..kita tumpang la huhu.. Anak bujang ku tetap juga tidur kat katil atas tu.. tak ada masalah bagi dia. Aircond ok nice .. so dia tidur sampai wakaf baru . Bertuah punya anak.

So bergambar la sikit-sikit dalam gerabak buat kenangan. 

View upper berth (katil atas)

Nampak sangat tak boleh move on dengan katil atas ni kan .. 😂

Sampai sudah...

Sampai wakaf baru dah tengah hari. Time lunch dah. Sebab day trip so tak yah ambil bilik la kan.. jalan-jalan je la kan.. ambil grab ke Kota Bharu, round- round pastu petang balik semula ke wakaf baru untuk balik. Train balik Jam 8.45 pm. Kami setuju untuk buat macam ni.. So ini adalah kesilapan ke-tiga. 😑

Sampai Wakaf Baru kami ambil grab ke Kota Bharu. Tak mahal dalam RM11 dan jarak pun tak jauh. 15 minit cam tulah. Kan dah tengahari panas dan lapar. Kesilapannya ialah tak ambil bilik. Sebelum trip dah survey bilik yang berdekatan pasar siti khadijah dan dekat area tu ada tempat-tempat menarik boleh lawat. Walking distance sahaja. Masa tanya bilik tu (hotel bajet) ada bilik kecil untuk 2 orang. Tak ada rate day use. Kami request bayar full day tapi nak masuk 4 orang. Just nak mandi , solat je. Tapi owner tak bagi ..bilik tu untuk 2 orang je dia kata. Suh amik bilik family RM110. Rasa macam tak berbaloi, so decide tak nak book awal. 

Jadi .. setibanya di KB .. kami cari tempat lunch.. ramai yang viral restoran nasi ulam cikgu. Serius..ramai giler. Kena tunggu orang habis makan. Unfortunately .. tak kena dengan selera kami. Bukan tak sedap..kami tak makan ulam-ulaman. Ikan pun bukan favourite .. So makan nasi putih , ayam goreng + masak lemak telur. sayur entah..tak jumpa or tak berkenan ..tak ingat dah. Satu jug air sirap. Harga tak mahal mana.

Next jalan ke pasar siti khadijah. dekat situ je .. salah enterance ke apa , masuk ikut pasar.. i ada bende nak beli , pusing-pusing tak jumpa. Then kami naik ke aras 3 kalau tak silap. Beli baju kelawar untuk bonda. Itu sahaja lah. Turun semula dan cari Masjid yang femes tu .. time ni la lupa nama dia.. nanti korang google la ya.. sebab kami tak jumpa masjidnya. berjalan pusing-pusing dalam kepanasan. Kalau ikut kata makcik jual kaftan tu, turun je pasar tadi dah boleh jumpa .. 

So masa mencari masjid , terjumpa hotel bajet yang nak tempah tak jadi tu. Kami jenis tak tahan panas ni ambil jugalah bilik tu . Tapi rate dia naik rm2 dari sebelumnya. Tambahan sebab guna bahasa luar ke tu? (Gurau je ya). Bilik family 1 double 1 single bed. 

Kalau u all jenis macam kami ni , yang tak tough sangat. Book la bilik , at least selesa untuk mandi & solat. Sepatutnya, dari wakaf bharu ambil grab terus ke hotel di kb tu. Mandi solat, keluar untuk lunch, cari tempat menarik bergambar dll. kesilapan mula-mula tadi memusing dengan beg bagai ..merosakkan suasana. 

Kami tuju area pasar siti khadijah sebab ada tourist attraction yg walking distance. Tapi tak berapa menjadi plannya.

Mujurlah cik mek Niesa ada kawan di sana. So after rest kejap, member dia pick up bawak pergi pantai. Pantai cahaya bulan nama dia. Tak jauh sgt, tapi time tu masih panas terik lagi. Cuma best sikit sebab berangin. 

Ada tempat makan-makan. So makan lagi. Afternoon tea break pulak kita huhu.. 

Anak beranak suka teh ais .. tak leh lupa ganu, kelantan punya teh ais. Warna pun lain. The best.

So kami habiskan masa tepi pantai..beli belon buih, makan aiskrim , bergambar .. jam 5-6ptg ..still panas wei.. Sendiri plan day trip kan..sendiri cari pasal so kena redho.

Jam 6 lebih kami balik bilik. Lepas maghrib check out dan ambil grab ke Wakaf baru semula. Senang je grab, cepat je dapat.

8.45pm perjalanan pulang , apa lagi ..tido saje la. Nak tengok view pun tak nampak apa. Dah hampir tiba stesen kami nak turun, nampak staff ktm meronda ..mungkin kalau kami masih tidur dia kejutkan kot haha. Tapi kami dah standby dengan beg semua. 

Sampai mentakab , adik yang jemput kami. 
Alhamdulillah.. Selesai trip kali ni. Nak merasa trip dengan sleeper train dah berjaya. Matlamat sampai tapi not fun. 

Tq sudi baca. Ni video untuk korang.






Sep 3, 2024

Keychain nama

Hi.. Salam semua.
Buat beberapa ketika tak sempat menulis blog. Blog ini hanyalah sekadar catatan umpama journal untuk dikenang dan dibaca satu hari nanti, InsyaAllah. Pengisiannya masih sekitar cerita kraf dan selebihnya dicampur aduk oleh admin dengan pelbagai cerita. Maaf sangat-sangat ya. Sudah umpama rojak.

Baiklah.. kali ini ceritanya tentang keychain nama. Hot item ni. Lebih-lebih lagi di penghujung sesi persekolahan. Tak menang tangan dibuatnya. Saya cuba detail kan sedikit ,  manalah tahu jika ada yang teringin membuatnya sendiri.

Perkara perlu ada , paling utama ialah printer. 
Saya guna printer jenama epson. Jenama ni agak mahal sedikit tapi untuk ink sangat jimat. Saya dah guna dalam 3-4 tahun dan ianya masih berfungsi dengan baik.

Dah ada printer, ink nya harus guna "sublimation ink". 
Ink sublimatian khas untuk produk-produk seperti mug , bantal, puzzle dan apa-apa sahaja item sublimation yang lain. Ink biasa tak boleh. 

Seterusnya, sediakan design dan cetak menggunakan kertas khas "sublimation paper." 
Pernah terbaca , ada yang guna kertas a4 yang biasa. Tapi kualitinya berbeza sedikit. Pastinya sublimation paper lebih baik. Kertas biasa bolehlah guna masa kecemasan. .contohnya waktu terlupa nak restok kertas atau kurier lambat sampai .. perkara macam ni kadang-kadang berlaku kan ? At least kita ada cara untuk selamatkan diri 😂

OK, Langkah seterusnya, press keatas kain felt menggunakan "heat press". Caranya macam iron on patch tu, tapi yg ni kita guna heat press. Tak ada heat press mungkin boleh guna iron tapi saya tak pernah cuba. 

Dah siap press, gunting dan tampal atas foam. Pasang tali atau keychain dan tambah charm untuk lebih menarik. 

Saya cerita sambil lalu sahaja sebagai gambaran proses penghasilannya. Saya kongsikan beberapa gambar di sini.


Ini gambar keychain yang dah siap pack.

Saiz tulisan ikut banyak mana huruf. Huruf banyak, tulisan jadi kecil.

Gambar ni, selepas kita tampal pada foam. Belum di gunting bahagian tepinya.

Guna gunting scallop untuk gunting foam,

Ok.. last, jika ada singgah blog ni.. saya ucapkan ribuan terima kasih. Sehingga saya rajin lagi untuk menulis di sini. Wassalam.