Follow by Email

Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

ME


K.Sue & Encik Boss 
Salam kenal semua.. 
kata orang .. tak kenal maka tak cinta .. haha..kalau dah kenal pun x leh nak bercinta jg .. abg tu nak buang mana? oppss.. tp jangan kecilkan skop cinta .. jom kenal serba sikit tentang kak sue. 

Kak sue rasa, u all majoriti pangkat adik dengan kak sue.. Asal dari Pahang , Sg Lembing. Parents org Pahang juga. En Boss, ya habibi itu orang Kedah. Kak Sue adalah surirumah yang bekerja..haha mcmana tu? yup!! work from home. Kami ada sepasang cahayamata, Nisa (kakak) Kimi (adik). Sekarang bermastautin di Pekan, Pahang. 

Character kak sue .. happy.. penyayang.. pendiam (gelak besar bila org yg kenal baca ni). Betulla.. kak sue pendiam bila tak kenal .. atau topik tak masuk. Tapi kalau kena ngan topik, korang sabor je la. Kak Sue sgt tekun bila buat perkara2 yg kak sue suka.. Kak sue suka kanak2, , paling tak suka penipu.. sensitif, boleh memaafkan kesalahan org tapi sgt susah nak lupakannya. 

Rahsia .. Kak sue tak boleh bezakan jenis2 pisang & ikan. Nampak macam sume sama je kan hihihi..

Masa bersekolah, kak sue byk pindah2 sekolah, lbh kurang 5 buah sek dari djh 1 - form 5. hihi.. so ada ramai kawan.. tapi x de best friend :(. Pendidikan tertinggi.. Diploma Uitm .. kak sue belajar di Dungun. Ganu kite..

Kerja.. dulu bekerja makan gaji.. sekarang lebih senang bekerja dari rumah. Uruskan bisnes dan rumah sekaligus. Tapi rasanya, lebih mencabar dari makan gaji. Bisnes ada pasang surut..semua kena handle sendiri.. (tak mampu lagi nak pakai pembantu) .

Kak sue mula bisnes kraf ni , sejak 2010. Mula2 hanya untuk suka2.. kemudian menjual. Buat handmade & jual.. kemudian move selangkah lagi.. jual brg2 supplies. 2014 - buka sebuah kiosk 2015 - upgrade kiosk kepada kedai. Alhamdulillah sekarang dah ada kedai. Mari la singgah hihi. Doakan juga bisnes kak sue makin berkembang ya. 

Okay.. cukup lah kan.. banyak dah tu.. pape kita story nanti.  Jangan lupa subscribe / follow blog kak sue ye. Jumpa Lagi.
Wassalam.


No comments: