Follow by Email

Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Dec 11, 2014

Craft Tips ~ Benang

Hi.. Salam
Apa khabar readers?
Dah lama sgt tak menulis di blog kesayangan kak sue ni.
Yup.. agak busy & terlebih malas juga..

Aktiviti masih di teruskan .. menggunting, menjahit etc .. tapi dalam slow mood hihi. Maklumlah kan .. nak pulak cuti sekolah ni, sgt malas. Kiosk pun kak sue "rehat" kan . Ada kat rumah je lah sehingga tahun depan :).

Sambil tu.. prepare readymade & juga update stok supplies. Tempahan customer hanya ambil beberapa order sahaja. Yg penting bukan urgent order.

Alamak.. terlebih intro pulak..
so actually hari ni nak share pasal benang.



Benang ni kak sue tak tau namanya apa.. pape pun diaorg guna utk jahit kain yang tebal2 macam seluar jeans.. so kita panggil benang jeans. Bezanya..  lebih tebal dari benang biasa (gambar kanan) & lebih kuat.. i mean x mudah putus.

Biasanya kalau nak jahit bantal kak sue akan guna 4 layer benang, tapi dengan benang ni kak sue just guna 1 layer sahaja. Jimat??? Tak tahu ... sebab harganya lebih mahal dari benang biasa. Harga benang biasa kak sue beli RM0.60 sen je.. tp benang ni RM3.50 segulung. (tak tahu harga pasaran .. maybe ada yg jual lebih murah) 

Kak sue guna benang ni untuk jahit bantal, pencil case etc. Nampak cantik sebab dia tebal..tapi yang tak best, warna tak banyak pilihan.

Gambar bawah ni contoh hasil jahitan menggunakan benang jeans ni, kak sue guna 1 layer je.


Okay...bg yg belum try..bole cuba try test.. tgk resultnya u all suka ke tidak.. 
sampai sini dulu... InsyaAllah akan menulis lagi :)

********************
Rasulullah SAW bersabda:
 “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad).
*copy paste dari FB ustazah Siti Nor Bahyah

**********************


No comments: